Pages

Thursday, January 23, 2014

Kasih si anak kecil

Semakin hari semakin bodoh rasanya diri.. seperti tiada apa, malah kosong rasanya di fikiran untuk di nukilkan di sini. Apa yang terlintas hanya Aku ada Allah! Itu pun ucapan dari seorang anak 10 tahun pada ayahanda tatkala ayahnya di caci oleh penduduk kampung.
Ceritanya begini..

Pakcik: "Ayah kamu tuh bodoh, kerja tak menentu, makan gaji hari.. sekejap jadi driver..sekejap keja kilang, gaji sikit pulak tuhh.."

Si Anak: "Tapi kami boleh makan nasi jugak mcm orang lain..", kata si anak sambil masam mukanya.

Pakcik:  "Sudah lah makan tak serupa orang, ko tu dah lah anak angkat ja..sbb tu bapak kau tak usaha lebih bagi ko senang.."

Si Anak: "Tapi abah kami jaga kami lebih dari pakcik jaga anak pakcik, abah kami ajar kami mengaji quran, ajar kami solat, ajar kami doa, bacakan kami kitab, anak orang lain pun abah kami ajar jugak.." kata anak kecil itu tidak mahu mengalah sambil disokong kakak nya.

Pakcik: "Sapa kata aku tak jaga anak aku?.anak aku pergi sekolah aku hantar, aku bagi duit..ko naik basikal.. Aku kaya dari bapak ko, tak la makan ikan kembung hari-hari.." org tua itu terus membodohkan diri di hadapan anak kecil.

Si Anak: "Sebab tu anak pakcik gemuk..hahahhaa" anak-anak itu ketawa bederai".

Pakcik: "Sudah lah bapak ko tuh yang bodoh, bapak ko tu kutip jer korang berdua".

Si Anak: "Abah kami bodoh tak per.. Abah kami ada Allah, kami pun ada Allah.." anak-anak berdua itu terus berlari meninggalkan pakcik tua terkebil-kebil".

Di rumah, anak kecil menceritakan apa yang terjadi siang hari tadi pada ayahnya..ayahnya hanya tersenyum..Tiada apa yang perlu di jawab, semuanya sudah di jelaskan sendiri oleh si anak pada orang kampung yang seringkali memperlekehkannya. Sedari kecil, anak-anak ini sering di caci kerna status anak angkat sehinggakan jiwa mereka menjadi kental menerima segala tohmahan.
Usai solat bejamaah malam itu, si anak tiba-tiba menangis mengucapkan terima kasih pada si ayah kerna sudi menjaga mereka, membela mereka lebih dari bapa-bapa kawan mereka yang lain.

 "Abah abg mintak maaf tak leh bela abah siang tadi bila pakcik tu kata kat abah.. abg tau abah sayang kitaorang, makasih abah jaga kitaorang..cikgu dgn kawan abg selalu kata abah hebat.. ",
teresak-esak anak itu menangis kerna merasakan tidak cukup hebat membela ayahnya dihadapan orang kampong bebanding jasa si ayah menjaga mereka sedari kecil..

"Abang, bila abang dah besar, abah mungkin dah tak ada kat dunia ni lagi.. abang kan ada Allah..Abang mintaklah doa pada Allah supaya Allah bela abah kat alam akhirat nanti, itu pembelaan yang terbaik yang abah nak. Sesiapa jua di dunia ni bukan siapa-siapa lagi bila mati kelak, semuanya akan berseorangan, abang jangan risau lagi.. anak abah juga hebat",
Pujuk Si Ayah memahami perasaan hiba seorang anak yang sedar dia hanya menumpang kasih..




Wednesday, January 22, 2014

Tanda-tanda kematian menurut imam Al-Ghazali

Tanda-tanda awal kematian, normalnya mata mulai rabun, rambut mulai putih, gigi juga gugur, Umat-umat Muhammad s.a.w adalah sekitar 60 tahun merujuk kepada umur baginda sendiri , sabda rasullullah, Allah menanguh akhir ajal seseorang hingga sampai 60 tahun.

Tanda tanda jarak jangka waktu untuk menghadapi kematian
1. 100 hari, seluruh badan rasa bergetar. Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. 40 hari, Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika juga kelihatan seperti sedang runsing..
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


3. 7 hari, mengidam makan. Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

4. 5 hari, anak lidah bergerak gerak
5. 3 hari, bahagian tengah di dahi bergerak gerak
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
6. 2 hari, seluruh dahi bergerak gerak
7. 1 hari, terasa bahagian ubun bergerak gerak di antara waktu subuh dan asar
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

8. Nazak / Tanda akhir, terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan)
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

*Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Seelok- eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan diam dan jangan lagi bercakap cakap.

Laman Sosial

Bloging-ada yang menjadikan ia satu hobi, public diary, full time blogger, personal closet, recepi collection, journeys, novel, macam-macam lagi. Satu yang sama, semua orang MENULIS dengan pelbagai aksi dan cara. Namun tujuan pasti berbeza. Apa jua objektif, kita semua sama = MENYAMPAIKAN. Walaupun sepatah perkataan yang ditulis dan ia memberi manfaat pada yang membaca, itu juga satu amal berpanjangan. Tak lupa juga muka buku dan pencicit..gunalah sebaik mungkin, moga bermanfaat kepada diri dan semua. Walau sepatah perkataan ia akan akan dihitung sebagai amal.. cubalah coretkan sedikit sebagai amal jariah.
Kadang-kadang kita menulis perkara santai, kisah keluarga, perjalanan diri, kita fikir itu perkara kosong. Sebenarnya ia tetap menjadi ilmu pada yang tidak mengetahui, juga mungkin menjadi inspirasi kepada yang baru bermula.
Jadi, teruslah menulis asalkan ia tidak menjadi mudharat, atau tidak terkandung unsur negative serta tidak menjatuhkan maruah diri.Kita bersama-sama beri manfaat sesama kita menuju ke jalan akhir.

Sunday, January 12, 2014

Mengenal diri dan Allah

Alhamdulillahirabil a'lamin. Bismillahirrahmanirrahim. Sudah lama rasanya kita tidak bicara hal Allah. Mari kita duduk memikirkan sekejap akan Allah..akan kekuasaanNya.. kehebatanNya..agar kita tidak lupa akan Dia..agar kita tidak ditinggalkan Dia.
Banyak cara kita belajar dan mengenal Allah.. sifat 20, Syahadah, Martabat 7, ilmu mati..melalui pelbagai tarikat yang wujud di serata bumi.. semuanya adalah jalan menuju Allah..Allah yang hanya satu!

Hebatnya ulama kita terdahulu.. membawa kita kepada Allah dengan menyusun pelbagai cara dan jalan agar kita kenal siapa itu tuhan kamu, yakni Allah.
Allahu rabbi, bagaimana mungkin saya yang serba tidak tahu ini ingin mengajak anda semua pergi kepada Allah. Kitab-kitab hebat karangan ulama besar sudah cukup untuk kalian dan kita semua tahu, faham dan kenal siapa diri kita, siapa Allah.

Bagaimana jua jalan dan cara kita menuju Allah, yang pasti fahamkan bahawasanya diri kita hamba adalah selamanya HAMBA Allah. Tidak akan sesekali duduk bersama Allah atau menjadi 'ana al haq'. Aku Allah hanya begema dijiwa kerna roh qudsi itu adaNya tesembunyi di dalam. Tidak akan mungkin bisa jasad menyatakan keberadaan Allah pada bibir jasad. Roh dan jasad tidak mungkin besatu untuk masuk ke qurbah Allah.

Ini yang saya perhatikan pada kebanyakan yang mereka yang mendalami ilmu tauhid. Lupa untuk turun pijak ke tanah apabila baru saja cuba-cuba belajar mengepak kan sayap. Yang akhirnya, jatuh rebah menjadi sukar untuk bangun berdiri.

Feqah |syariat, Tauhid/usululluddin |hakikat , Tasawwuf |tarekat.
Kurang salah satu antara 3, tempanglah langkah kita.
Jalan tanpa kepala, tak nampak jalan. Jasad yang tak berkaki, tidak mungkin boleh melangkah.
Tanpa bekal di dada, untuk apa kita berusaha mencari jalan untuk mengorak langkah?

Untuk apa mencari Allah jika tiada apa untuk dipersembahkan..
Apa jua cara untuk mengenal Allah, usah gelojoh untuk lekas sampai.  sentiasa memohon agar kita tetap di bawah pimpinan Nya. Dan percaya lah, jika kita di jalan yang benar menuju Allah. Allah akan lindungi dan memimpin kamu sehingga sampai ke hadratNya walau bagaimana jua jalan yang kamu ambil. Hanya satu iktikad yang perlu diletakkan dalam hati iaitu kamu tetap HAMBA Allah selamanya.