Pages

Wednesday, May 21, 2014

Ustaz Fadzil Mohd Noor



" JANGAN BIARKAN SEHARI DALAM HIDUPMU BERLALU TANPA MEMIKIRKAN TENTANG ISLAM" 

Perginya seorang guru..23 Jun 2002


Annur-Inilah penyebab kerunsinganku...

Hentikan Propaganda

Ingat lah menang nya Islam itu bukan atas daya usaha kita. Ia semata-mata atas petolongan Allah. Apa yang kita buat adalah usaha kecil semata.. Laksanakan syariat. Kenalkan Allah. Berjalan lah kamu atas rasa hakikat adanya Allah membantu kamu.. Kemenangan pasti milik MU. 


Kemenangan al Fateh

Pada awalnya laksanakanlah syariat, letakkan keikhlasan itu milik Allah.. Ajaran yang hebat seorang guru.. Amat benar dan berkesan.. Ini semua agar kita tidak terus jatuh bila terus sahaja berada di atas.. Mendaki gunung perlu berhati-hati agar tidak tergelincir, Kekuatan itu akan datang perlahan-lahan.. Usah takut mendaki hingga ke puncak.. Usah berdengki bergaduh mencari salah manusia kerna kamu akan jatuh menjunam jika betelagah di denai yang licin.. Perlahan-lahan mengikut barisan tidak mengapa..

Daki gunung itu perlahan-lahan, jangan sampai tergelincir menjadi makanan binatang buas di hutan.

Usah berebut mencapai cinta Allah. Yakin, tawakkal dan Redha akan ketentuan Nya. Kamu tidak akan ditinggalkan.. Allah itu kan maha penyayang.. Asalkan kamu tiada sedikit pun keinginan untuk meninggalkan NYA.

Cinta Manusia dan Cinta Allah itu pasti berbeza. Keagongan seorang lelaki itu hanya dikata cinta pada yang bernama suami.

Lebihkan doa dan terus tawakkal.

Tinggalkan jika menyesak, Lawan jika mendesak, Tunggu jika menyenangkan, Tepis jika mengelirukan, Serang jika ada kelapangan.

Nabi tidak menyuruh kita membuta tuli jika berada dilapangan perang. Harus disertakan strategi..

Kerna musuh itu datang tiada isyarat, dahulukan strategi laksana al Fateh.

Kemenangan islam itu pasti. Usah berundur!


Taat Orang Tua

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.



Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya". Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.



Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk ke dalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.



Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajat kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada di situ. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa hairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.



Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.



Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut .



Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkan Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini.



Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tetapi ia mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada di dalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah malah sentiasa muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya". Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya". Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini". Nabi Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku". Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ke tempat asalnya.



Setelah kubah tersebut diletakkan ke tempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa seksanya orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya". Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ke tempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib

Cinta Agong antara Laut dan Sungai

Syariat pada syiar belum cukup mengukuhkan hakikat ketauhidan pada Allah. Bukan mudah membentuk ummah dengan hanya berpaksi atas nama satu.. Perjalanan dakwah harus digerakkan. Berulangkali aku nyatakan, menyampai, menyeru  juga perlu untuk menyatu..Usah jadikan wanita pemimpin dalam pengukuhan ummah. Perjuangan islam itu sungguh hebat.. tetapi kita tetap lemah tanpa pimpinan lelaki yang agong..

Kata guru, anak kecil yang tidak tahu diajar, orang dewasa yang tidak tahu perlu belajar.. tidak mengapa.. salah boleh dibetulkan, silap harus dimaafkan.. 

Bagaimana mungkin kita mengajar tauhid berlandaskan nafsu sedangkan cinta Allah itu tiadanya nafsu.. Pulang dan kembalikan pada yang mereka.. Allahuakhbar.

Keagongan Cinta ilahi itu tiada bertepi, amatlah rugi jika kita cuba menyatakan melalui cinta manusia.. Cinta itu satu, Itu benar sekali.. Tapi usah disamakan.. Cinta Allah dan cinta Manusia.. bodoh namanya.. kerna ia hanya akan mengundang kebencian.  

Mungkin kita masih belum faham bagaimana agong NYA cinta akan Allah itu.. Usah menyalahkan nafsu yang tiada. Usah dibuka nafsu yang di tutup. kerna Cinta Allah itu tak mungkin bisa diubah menjadi Cinta manusia yakni dunia. 

Sungai dikuala mungkin menyatu menuju ke laut.. laut yang asin tidak mungkin bercampur dengan ketawaran air yang mengalir deras tetapi tenang.

Namun keduanya menuju pada yang SATU.

Islam yang terpetri..

Buku Kecil Buku Besar.
Hati Besar Hati Kecil
Perjuangan Sunyi perjuangan Sepi
Cinta Sepi Cinta Sunyi

Cinta Ilmu Cinta Hakiki
Cinta Allah Kasih Abadi
Itulah Ia kasih sejati yang
Tak dapat di Nafi..

Tiada yang terlebih baik dari kasihnya kita kepada Allah.. Yang pastinya utuh tidak akan pudar. Ilmu itu milik Allah tidak akan pernah sesekali menjadi milik kita manusia. Begitu juga kita akan kekal menjadi Haknya, sungguhpun jasad di usung kita.

Kita lupa kita alpa bila sering memandang sesekeliling tanpa mempedulikan hak manusia..
Kita leka, kita suka, kita gembira namun kita lupa juga  sedetik ADAnya Allah sedang memandang kita.
Begitulah kita dengan keAKUan diri..

Tidak mengapa Allah itu sentiasa Ada.. namun jangan terus lupa..
Harapan ada ampunan dari Allah kepada kita yang sering alpa..
Bersama kita muhasabah diri...
Menjadi Islam yang terpetri..