Pages

Friday, November 23, 2012

Berita dari orang-orang fasik

"wahai orang-orang beriman, jika datang kepada kamu seseorang yang fasik dengan membawa suatu berita, maka selidikilahterlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (secara jahil), maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang-orang yang menyesal."  (Al-Hujurat:6)

Di dalam ayat ini Allah Ta'ala meminta agar orang yang beriman supaya berhati-hati menerima berita dari orang-orang Fasik, juga jangan bertindak melulu, terburu-buru apabila menerima sebarang berita.Sebab nuzulnya ialah antaranya sebagaimana diriwayatkan oleh ulama, seorang bernama al-Walid bin Aqabah pulang menemui Rasulullah selepas pergi mengambil harta sedekah dengan membawa berita bahawa penduduk bani Mutallib telah murtad. lantas baginda mengumpul bala tentera untuk lancarkan serangan, Baginda menugaskan Khalid al Walid sebagai ketua dan berpesan supaya menyiasat terlebih dahulu.. Pengintip dihantar dan tiba pada malam hari, apabila sampai disana mereka terdengar suara azan dan penduduk mendirikan solat menunjukkan mereka adalah orang-orang Islam..Khalid menemui penduduk dan sememangnya mereka orang Islam. Khalid dan bala tentera pulangke Madinah menemui Rasullullah. Berhubung peristiwa tersebut, maka Allah taala menurunkan ayat ini.

Kita hendaklah mengkaji terlebih dahulu sesuatu berita yang disampaikan, terutama berita itu disampaikan oleh orang yang Fasik, maka ia menjadi satu malapetaka besar ke atas umat Islam samada melalui percakapan atau perbuatan.
Menurut hukum Islam, orang yang fasik bukan sahaja kita tidak boleh menerima berita daripadanya, bahkan dia juga tidak boleh menjadi saksi di dalam mahkamah.

Sumber:Tafsir Surah Al-Hujurat (Tuan guru Abdul Hadi Awang)

No comments:

Post a Comment