Paksu Mid ni seperti katanya cuma orang tua - tua usia dan tua ilmu. Orang tua yang diberi kelebihan sebagai wali Allah, warak, kuat beribadat dengan puasa yang tak putus-putus. Paksu sudah berpuasa selama 30 tahun tanpa henti. Orang tua yang pernah disebut oleh Syeikh Nuruddin al Banjari dalam pengajiannya. Hatta dikhabarkan setiap kali syeikh datang ke sini pasti berjumpa dengan Pak Su Mid.
Sekadar mengagumi. Akhlak dan peribadi Paksu Mid amat menyentuh sekali. Setiap perkara yang hendak dilakukan semuanya bermula dengan basmalah. Nak letak alas kaki baca basmalah, nak buka tingkap pun baca basmalah, pendek kata hampir kesemuanya bermula dengan basmalah.
Orang tua berdarah Indonesia ini cukup cenderung dengan kitab-kitab karangan Ibnu Arabi. Bukan calang-calang orang boleh baca kitab karangan Ibnu Arabi ni. Bahasanya tuntas, padat dan kadang susah difahami. Bukan sahaja orang melayu, orang-orang Arab sendiri pun jarang benar nak beli apatah lagi nak baca buku karangan Ibnu Arabi.
Perbincangan dengan kawan baik arwah datukku ini pada kali ini banyak berkisar tentang aspek kerohanian, alam ghaib dan perubatan Islam. Banyak sungguh mutiara ilmu yang dihamburkan. Persoalan demi persoalan dirungkai dengan begitu mudah sekali berserta dalil dan nas. Tak ubah seperti Syeikh 'Atiah Saqar masa aku menuntut kat Mesir dulu. Semoga Allah memanjangkan usianya (kini sudah menjangkau 80 tahun) dan dirahmati Allah selalu.
Rumah kediaman Pak Su Mid
No comments:
Post a Comment