Nabi ajar.. kadang-kadang walaupun kita tahu kejahatan sedang berlaku dan kita tahu kedatangan dan puncanya. tetapi nabi tidak marah jika kita terpaksa tipu atau kias kan kesakitan/kejahatan yang datang itu berpunca disebabkan kelalaian diri kita sendiri. Moga-moga penjahat berubah dan beriman. Inilah tarbiah diri yang diajar nabi supaya kita redha dan lebih dekat dengan Allah. Baik kan ajaran rasullullah..
Biarkanlah manusia jahat itu yang tidak mahu bertaubat itu terus dengan agendanya, mengkambing hitamkan orang lain demi menutup salah diri..baling batu sembunyi tangan.walau berkali-kali ditegur, tiadanya peduli.
Namun, Apakah selamanya kita bisa menutup salah diri dengan mencari kambing?habis kambing? Nak cari lembu?
Apa salahnya.. berwuduk, solat.. pohon ampunannya, mohon hidayah Allah. Tunjukkan jalan.. tidak perlu berusaha terus berusaha menegakkan benang yang basah. Berhenti menyalahkan orang lain.
Kadang-kadang bukan Allah tidak beri hidayah, tetapi kita yang menolak cahaya itu kerna masih sayangkan nafsu serakah yang belum puas..
Kata ibn al-Qayyim: seksa kubur terbahagi kepada dua, iaitu seksaan yang berkekalan, dan seksaan yang terhenti. Seksaan yang berkekalan dikenakan kepada orang kafir dan sesetengah orang mukmin yang melakukan maksiat. Seksaan yang terhenti itu ialah yang dikenakan kepada orang yang ringan dosanya, maka mereka diseksa mengikut kadar dosanya, kemudian dilepaskan daripada seksaan itu. adakalanya seksaan itu dilepaskan kerana doa dan sedekah oleh orang yang masih hidup.
Janganlah terus-terusan menyalahkan Allah jika nafsu kotor kita tidak dapat dilempiaskan. Hairan, tiadakah secalit iman dijiwa untuk meratap dosa-dosa diri? bukan dengan manusia tetapi tangislah pada Allah. Apa guna solat kamu tunging terbalik jika tiada langsung takut pada Allah?
Ingatlah! Allah akan jaga kita, jika kita jaga Allah. Tak perlulah cari tukang-tukang sihir, pak mentera, Tok Moh untuk cover salah kita. Atau berlindung dengan mereka. Allah yang menjadikan kita, secalit tahi lalat ditubuh kita, Dia yang adakan. Bagaimana mungkin jasad kotor kita boleh menyorok disebalik rimbunan pokok bunga? dengan harapan Allah tidak perasan wujudnya kita disitu? Dosa kita..tetap kita punya! Tiada wakil yang akan menggantikan kita untuk terima azab dunia dan akhirat. Jadi, carilah jalan terbaik untuk menghapus dosa, Tiada jalan pintas..Juga tidak mungkin boleh sedekahkan dosa.. Fikir-fikirkan..
No comments:
Post a Comment