Terasa pada hari ini, ingin saya membincangkan perihal fitnah. Kesinambungan kisah fasik yang pernah dikisahkan sebelum ini.
Bila bercakap hal fitnah ini, ia selalu melibatkan hal wanita..Namun tidak terlepas juga kaum lelaki. Fitnah bukan sahaja percakapan dari mulut ke mulut atau tuduhan tetapi ia juga satu keadaan yang menjurus kepada keburukan samada di dalam diri, kepada masyarakat, atau antara diri dan Allah juga dikatakan fitnah.
Kita bincangkan fitnah yang pertama. Apa tujuan fitnah? jawapannya mudah..
Pertama ingin khabarkan pada umum perihal kejahatan manusia, kedua menunjukkan kebaikan/kehebatan/pengetahuan diri yang tidak seberapa (ini selalu terjadi kepada mereka yang kehabisan modal bercerita/atau pada mereka yang tiadanya ilmu) jadi ada sajalah cerita yang di buat untuk menonjolkan diri dan sebab yang ketiga jarang orang selidik, iaitu ingin menutup kesalahan diri empunya pembawa cerita.
Jika dikaji fitnah boleh berlaku kerana ketakutan seseorang manusia itu kepada manusia lainnya, tidak kira sesiapa pun. atau lebih senang kerana tiada takutnya manusia itu kepada Allah swt. Kenapa dikatakan takut kepada manusia tidak kepada Allah?
Ini kerana kecetekan ilmu, kerana terdesak untuk mengejar pangkat dan harta dunia, kerana khuatir diri ditindas, kerana tidak mahu berbuat kebaikan dan supaya terlindung perihal diri dengan cerita dibawanya, maka terlupa lah orang sekeliling akan perihal dan siapa si pencanang. Tidakkah kesemua sebab ini disebabkan takutnya pencanang fitnah kepada manusia?
Inilah yang dikatakan saidina Ali r.a. jika datang satu berita kepadamu, kajilah siapakah si pembawa cerita itu, kemudian baru kaji pada berita yang dibawanya. Bermakna di sini apa yang kita perlu tahu sebelum menerima sesuatu berita? ya.. Siapakah si tukang karut cerita, tidak kisahlah samada cerita yang dibawa sahih/ bohong. Bagaimana perlu dikaji? tanya pada diri, siapa pencerita? kenapa dicerita? apa tujuan? apa yang dicerita perlukah dikaji? Di sini ada 2 jawapan ya dan tidak. Ya! jika cerita yang dibawa memberi kebaikan kepada kita..contohnya" berhati-hatilah dengan si polan itu kerna dia selalu mengajak orang melakukan maksiat, tidak solat dan sebagainya, "jadi boleh supaya kamu tidak menjadi kufur jika berbaik dengan si polan, juga boleh jika tujuan kamu ingin membantu si polan supaya berbalik pada Allah dan menariknya dari terus melakukan maksiat. Jawapan Tidak! jika cerita yng dibawa menyakitkan hati kamu sehingga mencetuskan pergaduhan dan cerita yang dibawa tiada langsung membawa manfaat, contohnya" berhati-hatilah dengan pak imam tu, dia selalu ajak orang kemasjid,bahaya sebab dia boleh pengaruh orang ikut cakap dia supaya kita pakai tudung, sesat pak imam tu.. kadang-kadang dia boleh tahu, kalau-kalau dulu kita pernah mencuri,bahaya pak imam tu.."
Bagaimana cara fitnah di buat? pertama dengan mimik muka yang jahat iaitu tanpa selindung, kedua, dengan bahasa yang baik, suara perlahan, bersahaja supaya orang tidak perasan tujuan penceritaan dan ketiga mengadu domba tanpa ada apa tujuan, yakni meluahkan perasaan tanpa memikirkan akibat percakapan.. Setakat ini dahulu .. kita bincang lagi kemudian hari.
Berkata Rasullullah, " Jika kamu berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya, bererti kamu mengumpatnya, tetapi jika kamu berkata perkara yang tidak berlaku pada dirinya, bererti kamu memfitnahnya."
No comments:
Post a Comment