Pages

Friday, October 18, 2013

Dunia Malam

Malam seringkali menjadi penyaksian keindahan kejadian Allah.. Para abid menjadikan  malam masa bermadu asmara dengan Kekasihnya.. Para Syuhada menggunakan malam berjuang di medan perang.. Kesempatan malam digunakan oleh alim ulama menelaah ilmu dengan baik. Pelbagai agenda boleh diisi sepanjang malam.. Hanya perlu di pilih samada jalan kejahatan atau jalan kebaikan..

Aku? Apa yang aku perbuat kala malam menjelma? ibadat sepanjang malam...hah! Itu tentunya PENIPUAN yang nyata..

Aku apa lagi jika tidak bermantera putar alam..meniup angin sepoi-sepoi bahasa menyeru jin dan polong datang mengadap..? Jeng..jeng..jeng..! hah! Ha!

Tak mampu aku kejangkan kaki berdiri sepanjang malam mengadap Allah..aku bukan ahli ibadah, bukan alim ulama.
Aku hanya anak mak..

Firman Allah An-Naba, 10-11,
Dan kami telah menjadikan malam sebagai pakaian, dan kami telah menjadikan siang untuk mencari penghidupan.

Kita meninggalkan roh tanpa makanan kerna asyik menyara kehidupan di siang hari, dijadikan Allah malam untuk membalut tubuh dengan pakaian malaikat, menguatkan rohani.
Jasad pula di matikan untuk menghadapi esok hari. Begitulah rutin yang tiada henti hingga kiamat menjelang.

Menelusuri dunia malam adalah sesuatu yang mengasyikkan..
sungguhpun kejahatan dan kebaikan seiiring menelanjangi malam hari. Aku suka sangat malam nih..selain boleh putar alam, tidur ialah faveret aku melebihi makan..

Allah menjadikan tidur untuk kita beristirehat, An-Naba-9.

Bagaimana tidur yang dikatakan rehat itu merehatkan?
Usahlah tidur jika hanya meletihkan..ia hanya merosakkan roh dan jasad. Carilah bahagian malam yang baik untuk istirehat. Sementara lainnya, Isilah malam dengan tidur berpakaian zikir mengingati Allah. Itulah pakaian malam yang terbaik. Dan seterusnya, tentunya rehat itu merehatkan.

Zikir itu ingat, bila ingat kita terbayang, bila terbayang sudah tentu rindu, bila rindu menjadi igauan, bila igau tentunya tersebut dimulut. Bangun pagi tentu segar merindu-rinduan sang kekasih.

Samalah seperti mati nya kita sebelum adanya persiapan amalan yang baik dilakukan, matinya kita tentu menyakitkan..
Mati yang merehatkan adalah mati sebelum mati..Dengan mati sebelum mati, kita sudah ada appointment & reservation dengan Allah sebelum memulangkan kembali rumah yang kita pinjam ke tanah.tiada yang akan menyoal status kewarganegaraan serta tanah yang disewa jika tempahan awal dibuat. Mungkar Nakir tentunya tak berani jengah tanah sewaan bagi siute kita, kerna kita dah jumpa tuan tanah minta permit..tentunya kita akan dilayan first class. ?

Thursday, October 17, 2013

AYAT PENAWAR DARIPADA API DAN RASA SAKIT

 
Surah al-Anbiya' ayat 69

Maksudnya: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!"

 
Apabila Maharaja Namrudz mendapati setiap kerja jahat yang dilakukan terhadap Ibrahim a.s. menemui jalan buntu, maka beliau telah mengambil keputusan untuk membakarnya. Taktik kotor itu mendapat sokongan setiap rakyatnya, sehinggakan seorang perempuan tua yang uzur turut bernazar menghantar kayu api untuk merealisasikan taktik kotor itu jika dia sembuh.

Sebuah lubang besar digali untuk dimuatkan dengan kayu api tersebut lalu dinyalakan api untuk membakar nabi Ibrahim di dalamnya. Nabi Ibrahim a.s. telah dicampak menggunakan lastik yang besar atas usulan seorang dari daerah Akraad-Persia (Syu’aib Al Jabay berkata, “Namanya adalah Haizan”, Allah menenggelamkan Haizan ke dalam bumi dan ia tetap  berada di dalamnya hingga hari kiamat.
Pada masa itu datanglah Jibrail a.s. untuk menawarkan pertolongan tetapi ditolak oleh Nabi Ibrahim a.s. kerana baginda hanya mendambakan kasih dan perlindungan Allah.

Malaikat penjaga awan turut menawarkan khidmat menurunkan hujan untuk memadamkan api yang besar itu, tetapi baginda tetap menolaknya. Diriwayatkan semua binatang merasa simpati dan berusaha memadamkan api dengan kudrat masing-masing melainkan wazagh (cicak atau tokek) (berdasarkan hadis riwayat Bukhari). Cicak makhluk yang jahat sebaliknya berusaha meniupkan api itu agar semakin bersemarak membakar Nabi Ibrahim a.s.. Menurut al-Zuhri daripada Aisyah r.h.a. itulah sebab mengapa cicak dipanggil sebagai 'Fuaisiq' yang bermaksud jahat. (Tafsir Ibn Kathir, tafsir surah al-Anbiya' ayat 69). Oleh karena itulah, mengapa Rasulullah shallalllahu ‘alaihi wa sallam menyuruh untuk membunuh cicak, dan menjelaskan bahwa membunuhnya sekali pukul akan mendapatkan seratus kebaikan, jika dua kali pukul, pahalanya berkurang dst. (berdasarkan hadis riwayat Muslim). Wallahu a’lam

Rupa-rupanya kasih sayang Allah s.w.t mengatasi kasihnya makhluk-makhluk itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Api yang sifatnya panas dan membakar bertukar menjadi sejuk dan nyaman untuk Nabi Ibrahim a.s. Mukjizat Allah kepada Nabi agung ini dalam api tidak menjejaskan baginda sedikit pun. (Tafsir Ibn Kathir, tafsir surah al-Anbiya' ayat 69)

Khasiat Beramal

Menurut keterangan ramai orang-orang soleh dan bertaqwa, ayat ini mampu menjadi penawar bagi bahaya kepanasan yang berpunca daripada demam, api dan sebagainya.
 
Caranya ialah ayat ini dibaca tatkala berlakunya musibah itu sebanyak tujuh (7) kali dengan yakin akan rahmat Allah yang menyelamatkannya.

An-Nur terus tersenyum : Memadailah bagiku Hanya Allah sebagai penolong dan Dia sebaik-baik Pelindung. 

حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ                          



 

Imam Hasan al Basri

" Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti aku yang terbaik di kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerna aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila ia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. "
Imam Hasan al Basri.