Pages

Thursday, October 17, 2013

AYAT PENAWAR DARIPADA API DAN RASA SAKIT

 
Surah al-Anbiya' ayat 69

Maksudnya: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!"

 
Apabila Maharaja Namrudz mendapati setiap kerja jahat yang dilakukan terhadap Ibrahim a.s. menemui jalan buntu, maka beliau telah mengambil keputusan untuk membakarnya. Taktik kotor itu mendapat sokongan setiap rakyatnya, sehinggakan seorang perempuan tua yang uzur turut bernazar menghantar kayu api untuk merealisasikan taktik kotor itu jika dia sembuh.

Sebuah lubang besar digali untuk dimuatkan dengan kayu api tersebut lalu dinyalakan api untuk membakar nabi Ibrahim di dalamnya. Nabi Ibrahim a.s. telah dicampak menggunakan lastik yang besar atas usulan seorang dari daerah Akraad-Persia (Syu’aib Al Jabay berkata, “Namanya adalah Haizan”, Allah menenggelamkan Haizan ke dalam bumi dan ia tetap  berada di dalamnya hingga hari kiamat.
Pada masa itu datanglah Jibrail a.s. untuk menawarkan pertolongan tetapi ditolak oleh Nabi Ibrahim a.s. kerana baginda hanya mendambakan kasih dan perlindungan Allah.

Malaikat penjaga awan turut menawarkan khidmat menurunkan hujan untuk memadamkan api yang besar itu, tetapi baginda tetap menolaknya. Diriwayatkan semua binatang merasa simpati dan berusaha memadamkan api dengan kudrat masing-masing melainkan wazagh (cicak atau tokek) (berdasarkan hadis riwayat Bukhari). Cicak makhluk yang jahat sebaliknya berusaha meniupkan api itu agar semakin bersemarak membakar Nabi Ibrahim a.s.. Menurut al-Zuhri daripada Aisyah r.h.a. itulah sebab mengapa cicak dipanggil sebagai 'Fuaisiq' yang bermaksud jahat. (Tafsir Ibn Kathir, tafsir surah al-Anbiya' ayat 69). Oleh karena itulah, mengapa Rasulullah shallalllahu ‘alaihi wa sallam menyuruh untuk membunuh cicak, dan menjelaskan bahwa membunuhnya sekali pukul akan mendapatkan seratus kebaikan, jika dua kali pukul, pahalanya berkurang dst. (berdasarkan hadis riwayat Muslim). Wallahu a’lam

Rupa-rupanya kasih sayang Allah s.w.t mengatasi kasihnya makhluk-makhluk itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Api yang sifatnya panas dan membakar bertukar menjadi sejuk dan nyaman untuk Nabi Ibrahim a.s. Mukjizat Allah kepada Nabi agung ini dalam api tidak menjejaskan baginda sedikit pun. (Tafsir Ibn Kathir, tafsir surah al-Anbiya' ayat 69)

Khasiat Beramal

Menurut keterangan ramai orang-orang soleh dan bertaqwa, ayat ini mampu menjadi penawar bagi bahaya kepanasan yang berpunca daripada demam, api dan sebagainya.
 
Caranya ialah ayat ini dibaca tatkala berlakunya musibah itu sebanyak tujuh (7) kali dengan yakin akan rahmat Allah yang menyelamatkannya.

An-Nur terus tersenyum : Memadailah bagiku Hanya Allah sebagai penolong dan Dia sebaik-baik Pelindung. 

حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ                          



 

No comments:

Post a Comment