Pages

Friday, October 18, 2013

Dunia Malam

Malam seringkali menjadi penyaksian keindahan kejadian Allah.. Para abid menjadikan  malam masa bermadu asmara dengan Kekasihnya.. Para Syuhada menggunakan malam berjuang di medan perang.. Kesempatan malam digunakan oleh alim ulama menelaah ilmu dengan baik. Pelbagai agenda boleh diisi sepanjang malam.. Hanya perlu di pilih samada jalan kejahatan atau jalan kebaikan..

Aku? Apa yang aku perbuat kala malam menjelma? ibadat sepanjang malam...hah! Itu tentunya PENIPUAN yang nyata..

Aku apa lagi jika tidak bermantera putar alam..meniup angin sepoi-sepoi bahasa menyeru jin dan polong datang mengadap..? Jeng..jeng..jeng..! hah! Ha!

Tak mampu aku kejangkan kaki berdiri sepanjang malam mengadap Allah..aku bukan ahli ibadah, bukan alim ulama.
Aku hanya anak mak..

Firman Allah An-Naba, 10-11,
Dan kami telah menjadikan malam sebagai pakaian, dan kami telah menjadikan siang untuk mencari penghidupan.

Kita meninggalkan roh tanpa makanan kerna asyik menyara kehidupan di siang hari, dijadikan Allah malam untuk membalut tubuh dengan pakaian malaikat, menguatkan rohani.
Jasad pula di matikan untuk menghadapi esok hari. Begitulah rutin yang tiada henti hingga kiamat menjelang.

Menelusuri dunia malam adalah sesuatu yang mengasyikkan..
sungguhpun kejahatan dan kebaikan seiiring menelanjangi malam hari. Aku suka sangat malam nih..selain boleh putar alam, tidur ialah faveret aku melebihi makan..

Allah menjadikan tidur untuk kita beristirehat, An-Naba-9.

Bagaimana tidur yang dikatakan rehat itu merehatkan?
Usahlah tidur jika hanya meletihkan..ia hanya merosakkan roh dan jasad. Carilah bahagian malam yang baik untuk istirehat. Sementara lainnya, Isilah malam dengan tidur berpakaian zikir mengingati Allah. Itulah pakaian malam yang terbaik. Dan seterusnya, tentunya rehat itu merehatkan.

Zikir itu ingat, bila ingat kita terbayang, bila terbayang sudah tentu rindu, bila rindu menjadi igauan, bila igau tentunya tersebut dimulut. Bangun pagi tentu segar merindu-rinduan sang kekasih.

Samalah seperti mati nya kita sebelum adanya persiapan amalan yang baik dilakukan, matinya kita tentu menyakitkan..
Mati yang merehatkan adalah mati sebelum mati..Dengan mati sebelum mati, kita sudah ada appointment & reservation dengan Allah sebelum memulangkan kembali rumah yang kita pinjam ke tanah.tiada yang akan menyoal status kewarganegaraan serta tanah yang disewa jika tempahan awal dibuat. Mungkar Nakir tentunya tak berani jengah tanah sewaan bagi siute kita, kerna kita dah jumpa tuan tanah minta permit..tentunya kita akan dilayan first class. ?

2 comments:

  1. Salam, ermm ada yang email pada aNnur bekenaan mantera di malam hari vs zikir.
    Korang jgn pening kepala, fahami ilmu mantiq, rugilah korg dah zikir berlori2 tetiba nak p mantera pulak tengah2 malam..adus! itu ayat perli bagi yg suka sgt seru menyeru putar alam, janji jd apa yg dia nak! Ade sesetengah org tak tahu pun yg dia seru tuh undang kehadiran jin. Ni kire cuba jd bomoh terjun ar..ni mmg tahap tak kenai tuhan ar.. tuhan hanya dibuku dan dimulut..siang bek giler..mlm jd malaun..bg aku, ni mcm bomoh to be yg penakut ar..baling batu sembunyi tangan.

    ReplyDelete
  2. Syidah, TQ, ade yg anNur jwb tru email..

    ReplyDelete