Pages

Friday, February 21, 2014

Hukum hanya berlandas hadis dan Quran

Lemah selemah manusia sebagai hamba Allah saya nyatakan di sini.. Sudah saya nyatakan jangan mengkaji jika tidak tahu.. henti mengkaji jika tiadanya ilmu. Bukan saja merosakkan iman tetapi atas kebodohan kita, ia merosakkan ilmu dan hukum Allah! Malah merosakkan ilmu manusia lainnya. Berdiam dirilah jika tidak tahu..usah mengkafirkan diri sia-sia dengan menyalahgunakan hukum.

Aku tidak perlu tahu dan tidak ingin tahu rahsia manusia, jika rahsia diriku dengan Allah belum habis ku kupas..
Usah bodoh dalam berdakwah, usah jelek dalam penyampaian, usah hinakan diri dalam kedunguan.

Hukum bukan untuk ditandingkan tetapi hukum boleh di bahas dan dibetulkan pemahaman tanpa menolak pendapat banyak ulama. Hukum boleh berubah mengikut keadaan..tapi haram tidak akan bisa menjadi halal. Usah sembang akan hal darurah jika masih berbumbung negara yang aman yang kononnya mengamalkan prinsip islam..Dalam hukum perkahwinan, cuma hanya satu benda yang haram boleh dihalalkan mengikut syarat-syarat fiqh iaitu akad nikah. Bila mahu mengajar biarlah berilmu..USAH guna hukum mengikut Nafsu. Tetapi betulkan nafsu menggunakan hukum!

Firman Allah Taala dalam Surah Ali Imran ayat ke 11:

Maksudnya: “Kamu adalah sebaik-baik umat diutuskan kepada manusia, kamu menyuruh dengan kebaikan dan melarang daripada kemungkaran, serta kamu beriman dengan Allah”.

Menghentikan kemungkaran itu hendaklah dilakukan dengan kuasa terlebih dahulu. Jika tiada kuasa barulah beralih kepada nasihat. Jika tidak mampu juga barulah beralih kepada hati dengan perasaan tidak redha terhadap kemungkaran itu.
Suami berkuasa di dalam rumahtangganya. Majikan berkuasa di tempat kerja. Pemerintah berkuasa dalam sesebuah negara.

Usaha, doa, tawakkal..jangan jadi segolongan puak yang menggunakan konsep tawakkal dalam mencari redha Allah dengan mengebom diri demi mendapat keredhaan iman yang masih berNAFSU.

Memang perit menegakkan hukum. Tetapi yakinlah dengan Allah, Berbaik sangkalah dengan manusia kerna ciptaan Allah tiada yang sia-sia..

Jangan di pandang hina akan seekor anjing yang melintas jalan atas rasa hebat berhukum. Tetapi berilah lah ia makan dengan cara yang baik atas dasar hukum seorang hamba yang mengenal Allah yang lebih hina dari anjing tidak berdosa itu. Jangan ingat kita berilmu kita hebat! Ilmu itu hak Allah tak akan pernah sesekali menjadi hak kamu!

Keluarlah tambah ilmu. Teruskan mencari guru, jangan rasa gah berguru dengan jin yang datang berbisik..Jangan duduk dan tunggu mengumpul harta dunia hingga langit dan bumi menjadi satu tapi kita masih ada rasa TAHU. Fahamilah hak dan kehendak Allah. Lengkapkan diri dengan fekah, tauhid dan tasawwuf.

#Usah Mengajar dan berubat menggunakan fantasi, sebaliknya hadapilah kenyataan menggunakan realiti.

Siapakah Tuhan kamu?Siapakah Nabi kamu?Apakah agama kamu?Apakah kiblat kamu?Siapakah saudara kamu?

Jika soalan pertama sudah tidak lepas bagaimana mungkin soalan ke 5..Renungkan..

No comments:

Post a Comment