Pages

Showing posts with label cerita2. Show all posts
Showing posts with label cerita2. Show all posts

Monday, November 12, 2012

Nabi Sulaiman & Semut

Menurut sejumlah riwayat, pernah satu hari nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut, "wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam satu tahun? "sebesar biji gandum,"jawabnya.
 kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap setahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu. Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?"tanya Baginda.
"Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,"jawab si semut. "Dengan tawakal padaNya aku yakin Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku pasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya untuk peroleh sebiji gandum lagi atau engkau akan terus melupakanku.Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.
Walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah swt semata-mata. Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, Namun khuatir baginda tidak dapat memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah swt semata, bukan kepada manusia.

Wednesday, November 7, 2012

SEJARAH RINGKAS TABUT

Al-Qurthubi mengatakan tabout diturunkan kepada Nabi Adam dan terus bersamanya sehingga Nabi Yaqub.Dan kemudiannya kepada Musa a.s, Bani Israel berjaya memerangi banyak musuh sehinggalah ketika bani Israel memasuki palestine & menguasainya di bawah pimpinan yusya' bin Nun, dan menjadi serangan bangsa-bangsa sekelilingnya,seperti bangsa palestine sendiri, bangsa arab dan bangsa aramiyin. kemenangan dan kekalahan silih berganti.Atas sikap bani Israel yang gemar bermaksiat, pada suatu waktu datanglah bangsa palestine yakni penduduk "Usydud" satu daerah dekat Gaza menyerang bani israel, dimana kemenangan Palestine berhasil merampas peti keramat mereka iaitu " TABUT", sebuah peti penyimpanan kitab Taurat.Kaum Israel diusir dari Jurussalem oleh tentera Jalut.

Tabout berfungsi sebagai sambungan langsung daripada Musa kepada Tuhan. Tabut mendampingi kaum israel selama 40 tahun di dalam mengembara dan berperang. Kurniaan Allah kepada bani Israel ini dianggap benda keramat yang memberi sumber kekuatan dan keberanian.
Sejak ditinggalkan Nabi Musa,bani Israel tiada pemimpin yang berwibawa. Berkat doa Nabi Samuel, Thalout diangkat menjadi Raja dan sebagai bukti Peti Tabut yang sudah 7 bulan dirampas orang Palestine dikembalikan kembali kepada Bani Israel.

"sesungguhnya tanda dia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabout kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari tuhanmu peninggalan keluarga Musa dan Harun, tabout itu dibawa oleh malaikat" al-baqarah-148.

Jalut telah mempersiapkan tentera untuk berperang. Bani Israel memang terkenal atas sifat engkar sejak dari pemerintahan Musa lagi, namun kemenangan tetap berpihak kepada mereka atas kepintaran pemuda tampan iaitu Nabi Daud mengalah Jalout, panglima perang Palestine.

Keakraban Nabi Daud dan Thalout tidak lama, dimana Thalout,bapa mertua Daud berkali-kali termakan hasutan iblis dan merasa tergugat  dengan kehandalan Nabi Daud dan kekhuwatiran nya hilang kepercayaan rakyatnya. Namun segalanya diatasi dengan mudah oleh Nabi Daud dan baginda diangkat menjadi Raja selepas Thalout lari menghilangkan diri kerana malu atas sikap iri hatinya sendiri.
Dibawah pemerintahan Daud, pernah suatu ketika sebahagian kaum Israel yang ingkar akan perintah Allah telah diturunkan azab dimana, mereka yang ingkar ditimpa gempa bumi yang dasyat.

Seterusnya selepas kewafatan Daud, tampuk pemerintahan diambil alih oleh Putera baginda Sulaiman a.s, Sulaiman menerima wasiat Daud bagi membina Haikal Sulaiman dimana disitu ditempatkan Tabut lambang kebesaran bangsa Israel....

Friday, October 19, 2012

Fatimah Azzahra kesayangan Muhammad saw.

Dikala Fatimah Azzahra r.a. menangis mengeluh akibat keletihan mengisar dan menepung gandum serta melakukan kerja-kerja urusan rumah. Berdiri Rasullullah di sisi pengisar gandum itu, dengan membaca Bismillahirraahmanirrahim baginda memegang batu pengisar sambil meletakkan gandum. Dengan izin Allah Taala, batu pengisar berpusing sambil bertasbih dengan loghat yang salah hingga gandum habis digiling. Baginda mengarahkan agar batu itu berhenti, lalu dengan izain Allah batu itu bercakap dengan bahasa Arab. 
Katanya, "Wahai Rasullullah, jika engkau perintahkan aku menepung dari timur ke barat aku pasti melakukan kesemuanya kerna aku mendengar di dalam kitab Allah bahawa bahan api pembakar di neraka adalah batu dan manusia. Oleh itu aku berasa takut wahai Rasulllullah, adakah aku juga termasuk golongan batu yang masuk kedalam neraka?" Jawab Rasullullah saw," Bergembiralah engkau kerana engkau adalah kepunyaan Fatimah dalam syurga."Maka sukacitalah batu itu.

Kemudian Bersabda Rasullullah,

Anakandaku Fatimah...
"Sekiranya Allah Taala mahu, tentu boleh batu ini mengisar dengan sendirinya tetapi Allah Taala hendak mencatatkan nama engkau dalam senarai kebaikan dan menutup kejahatan serta menaikkan darjat engkau."

Wahai Fatimah...
"Di mana-mana saja perempuan mengisar tepung gandum utuk suami dan anaknya, Allah Taala mencatatkan setiap biji gandum ganjarannya satu kebaikan dan kejahatannya terhapus serta mendapat darjat yang lebih tinggi.

Anakku Fatimah...
Isteri yang paling diutamakan yang mendapat keredhaan suaminya..keredhaan suami kepada isteri bermakna keredhaan Allah taala. Kemarahan suami bermakna kemarahan Allah taala juga.

Wahai Fatimah..
Walau apa pun kalau isteri melayan suaminya sepanjang hari dan malam, dengan hati yang mulia dan ikhlas, ditambah pula dengan niat yang betul, maka Allah taala mengampunkan semua dosanya dan diberi pakaian yang berupa pakaian hijau di kemudian hari? selain itu, dicatatkan untuknya seribu kebaikan pada tiap-tiap rambut ditubuh badannya dan dikurniakan pahala haji dan umrah.

Kesayanganku Fatimah... 
Dimana-mana saja kalau perempuan itu benar tersenyum di depan suaminya, Allah akan melihatkan untuknya nikmat yang berkekalan. Juga, Dimana-mana pun, jika isteri menyapu minyak dikepala suaminya, janggutnya, menggunting misainya dan mengerat kukunya, Allah Taala memberikan minuman air makhtum iaitu sejenis air tuak yang suci dan memudahkan rohnya tinggal sewaktu mati nanti. Dalam kuburnya memperoleh kebun syurga, dan namanya tercatat dalam senarai terlepas daripada seksaan api neraka dan melalui siratul muataqim.."

Ini hanyalah sebahagian kenikmatan yang Allah berikan kepadamu wahai wanita.....