Showing posts with label pemimpin. Show all posts
Showing posts with label pemimpin. Show all posts
Wednesday, November 21, 2012
Apa itu orang Fasik ?
Fasik ialah orang yang keluar dari garis panduan Islam. Mengikut syarat fasik ialah orang yang tidak mentaati Allah dan mengerjakan dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil secara berkekalan. Fasik boleh dibahagikan 3 peringkat:
Peringkat pertama: Melakukan dosa besar secara sekali sekala sahaja. Selepas dia melakukan perbuatan tersebut, dia merasa bersalah dan tersangat menyesal terhadap perbuatannya itu.
Peringkat kedua:melakukan maksiat atau dosa besar dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati.
Peringkat ketiga: Melakukan maksiat atau dosa besar did dalam keadaan berterusan, di samping itu dia menganggap betapa buruknya dosa besar yang dilakukannya itu. Peringkat ini adalah sebahagian daripada peringkat kekufuran.
Imam Syafie mengharuskan orang fasik menjadi imam, pendapat ini diutarakan kerana dizaman beliau ramai pemimpin yang fasik. Sungguhpun demikian mereka rajin bersolat dengan rakyat jelata dan menjadi imam. Telah menjadi adat pada waktu itu, jika ketua atau raja tanpa mengira fasik atau tidak, dialah yang akan menjadi imam solat jika berjemaah.
Imam Syafie berpendapat orang yang fasik tidak sah menjadi wali nikah, Imam Abu Hanafi dan Imam Maliki berpendapat wali fasik Harus menjadi wali kerana dia layak menjadi wali kepada hartanya.justeru dia lebih layak menjadi wali perkahwinan anaknya dan sebagainya.
Jika orang fasik menjadi pemimpin, ketua negara atau sebagainya, maka segala arahan nya yang tidak bercanggah dengan syariat islam hendaklah dilaksanakan dan apabila berlaku percanggahan dengan syariat Allah maka mestilah ditolak, tidak harus dipatuhi.
Petikan:Tafsir Al-Hujurat (Tuan Guru Abdul Hadi Awang)
Tuesday, October 23, 2012
Fikir- Fikirkan...
Pesan Imam ‘Ali bin Abu Thalib r.a
Dari buku “Mutiara Nahjul Balaghah”
Dari buku “Mutiara Nahjul Balaghah”
“Akan datang suatu masa ketika orang yang didekatkan oleh para penguasa hanyalah mereka yang pandai memfitnah orang lain; yang diterima ucapannya hanyalah mereka yang menyimpang dari agama, dan yang dianggap bodoh ialah mereka yang mengatakan kebenaran."
Pada masa seperti itu, sedekah akan dianggap sebagai kerugian, bantuan untuk sanak kerabat hanyalah sebagai alat pamer dan beribadah kepada Allah sebagai perbuatan “sok alim”. Pada saat itu kekuasaan negeri dijalankan berdasarkan saran-saran kaum wanita,
kepemimpinan anak-anak dan perencanaan kaum banci.”
Labels:
Ali bin Abi Thalib,
pemimpin,
Wanita
Thursday, October 18, 2012
ReNuNGaN
Daripada hadis dan Firman Alalh Taala,
" Aku berasa hairan terhadap hamba-Ku yang mengumpulkan harta sebagai peninggalan untuk anak-anaknya. Dia tidak percaya bahawa Akulah yang menjadikan anaknya. Akulah yang menentukan rezekinya sejak azali lagi tanpa boleh bertukar ganti atau tokok tambah walaupun ia berusaha. Bahkan tidak berkurang kerana tidak dicarinya, hanya wajib diadakannya."
" Aku berasa hairan terhadap hamba-Ku yang suka sangat mendapatkan kemegahan dan amat gemar meniru pakaian orang kafir dan perangainya."
Labels:
pemimpin,
Umar al-khatab
Subscribe to:
Posts (Atom)
