Tulisan saya ini bagi memahamkan pada kita semua agar tidak terpesong fahamannya pada Allah. Moga Allah bantu untuk saya menerangkan kebaikan Allah, Dan Allah jualah memahamkan anda semua. Khuatirnya saya hendak menjelaskan ini, tapi wajib bagi saya agar kita tidak salah kefahaman pada kebaikan dan kemurkaan Allah. Ampunkan aku ya Allah berbicara agar ada sedikit kefahaman.
"Allah tidak marah kita berbuat salah tetapi Allah marah jika kita tidak mahu mengaku berdosa dan bertaubat"
Ada bersetuju, dan ada yang tidak? Sejauh mana kalian memahami maksud ini? jangan pula menjadikan tiket untuk kita bebas hempas pulas melakukan maksiat pada Allah. kemudian bertaubat.
Secara tidak sedar, sebenarnya banyak diantara kita TELAH dan SEDANG menggunakan Kebaikan Allah ini. Bermaksiat dikala muda, bertaubat bila sudah tua. Berdendang irama dengan gembira, masih menunggu masa kala sesuai untuk kembali pada Allah. Tolonglah ingat semua! ini bukan suatu fakta bersahaja, Ini adalah pujukan Amaran dari Allah supaya lekas kita kembali muhasabah diri bangkit menuju Allah! Usah fahami secara dasarnya saja, tetapi selami Hakikat Sayang dan Sifat Murka yang ada pada Allah taala.
Allah Murka jika melakukan dosa! tetapi kita manusia yang sentiasa lalai, tidak gentar dengan kemarahan Allah.
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.(surah an-nisa:ayat 93)
Tetapi, Allah berkata pula dengan pujukan keras.. Aku ampunkan dosa jika kalian bertaubat dari bermaksiat,
Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya :“Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At Tahrim ayat 6)
Imam At-Tobari (rahimahu ‘llah) menyatakan di dalam tafsirnya : “Ajarkanlah kepada keluargamu amalan ketaatan yang dapat menjaga diri mereka dari Neraka.
”Ibnu Abbas r.a juga mentafsirkan ayat ini : “Beramallah kamu dengan ketaatan kepada Allah, takutlah kamu untuk bermaksiat kepadaNya dan perintahkan keluarga kamu untuk berzikir, nescaya Allah menyelamatkan kamu dari Neraka.”
Ini yang saya hendak kalian faham akan kasih sayang Allah. lembutnya bahasa Allah itu sehingga dikatakan Aku sentiasa ampunkan kalian, dan tidak marah jika kalian berbuat dosa tetapi Samsengnya aku jika kalian tidak mahu tunduk mohon ampun padaKu.
Dimana keadaan yang Allah masih memberi peluang tika kita bermaksiat? Disaat kita menunggang arak, Allah biar kita sehingga langgah berbotol-botol, tiada bencana bala menimpa kita dikala itu, Allah dengan ehsannya menunggu kita bertaubat.. Sedarkah kalian betapa sayangnya Allah pada kita sentiasa menunggu taubat kita? Masih tidak nampak kah kasih sayang Allah itu yang tidak langsung setanding walaupun dengan kasih yang ibu kita curahkan? Kadang kala sehingga tua Allah melihat kita terus belumba-lumba mengejar harta dunia, tanpa sedikit pun rasa insaf dihati tua kita untuk mengejar harta akhirat.
Masih belum Allah matikan kita supaya ada usaha sedikit untuk tambah amal, namun sayang kita masih mempertikaikan hukum kerna sudah tidak relevan pada usia kita. Pada usia tua kulit berkedut, rambut beruban, jalan bertongkat..kata kita usia begini tak mengapa sudah. Dalam kebenaran bicara, kita tetap menafikan hukum Allah.. Inilah yang saya sedang cuba jelaskan agar tiada yang tersalah faham pada kebaikan yang Allah beri itu. baiknya Allah itu kerna masih dan terus menunggu kita kembali.. Inilah yang dimaksudkan pada penyataan diatas, bukan Allah izinkan kita bermaksiat tetapi cepat-cepatlah kembali meraih ampunan Allah jika melakukan kesilapan.
Hati-hatilah dalam perjalanan mencari Cinta dan Redha Allah agar tidak tersasul..Moga diberiNya kefahaman yang lebih mendalam. Hakikat diraih, syariat usah diabaikan, syiar mulakan perjalanan.
Showing posts with label Taubat. Show all posts
Showing posts with label Taubat. Show all posts
Friday, March 7, 2014
Saturday, September 7, 2013
Allah jua sebaik-baik Penasihat
Assalamualaikum..
Sengaja aku biarkan sepi berusang blog ini tanpa suara.. kerna sengajanya juga aku ambil pendekatan memerhati dari berkata-kata..
Adakala Allah suka kita bersunyi-sunyian denganNya..
Ambillah Allah sebagai PENASIHAT, kerna Allah lebih dekat dengan kita berbanding manusia, in sya Allah tidak akan sesat kita hingga kiamat..Cukuplah jadikan makhluk sebagai penasihat kalian..Yakinlah Allah saja kaunter petanyaan kita yang dapat menjawab segala persoalan dengan baik. Usah khuatir tidak dapat memahami bahasa Allah, kerna Allah faham dan dengar dengan baik soalan-soalan kita, Dia tidak akan biar kita terkebil-kebil dungu tiada memahami jawapan yang telah dijawabNya.
Kerna apa aku berkata begini kawan? Kerna makhluk, setiap manusia masih belum terlepas dari pengaruh syaitan,..boleh jadi jawapan manusia ada pengaruh jin dan syaitan, boleh jadi jawapan manusia hanya dapat diterima oleh akal kita, yang dangkal pula..tetapi tidak dapat di sahkan pada iman dan islam yang benar..jadi, semaklah kembali jawapan kita dengan Allah sebelum menerima pendapat manusia, double check juga istikharah kita.. kerna kita tidak terlepas dari dosa yang menghijab kita dan Allah, sunat taubat jangan dilupakan setiap kali interaksi dengan Allah dilakukan..

Labels:
Isthikharah,
penasihat hati.,
Taubat
Tuesday, October 23, 2012
Syarat dan Tatacara Bertaubat
Peringkat ASAS bertaubat:
Pertama, Menyesali Perbuatan Dosa, Nabi saw bersabda," Menyesal adalah sebahagian dari taubat.
Ciri seseorang telah benar-benar menyesal adalah hatinya menjadi lembut dan air matanya deras menyucur. Sabda Nabi saw," Bertemanlah dengan para ahli taubat. Mereka adalah orang yang paling lembut hatinya."
Kedua, menjauhkan diri dari semua dosa, walau dimana berada.
Ketiga, Setelah semua itu, bertekad bulat untuk tidak mengulangi dosa.
Di riwayatkan dari Abu Hurairah r.a., Nabi bersabda," Tahukah kalian siapakah yang disebut orang yang miskin papa? Orang tiada wang dan harta, sahabat menjawab.
Nabi saw menunkas," Orang yang papa adalah pada hari kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat, namun ia dulu juga pernah memaki, menfitnah, memakan harta, memukul dan membunuh orang lain. Ia akan dihukum dengan cara pahala kebaikannya diserahkan kepada orang yang teraniaya. Jika pahalanya telah habis, sementara hak orang lain masih ada padanya, maka dosa orang lain itu akan diambil, lalu ditimpakan kepadanya. Ia kemudian dilemparkan ke neraka.
Kerana itu, bersegeralah bertaubat, sebelum maut menjemput.
Luqman al-Hakim berpesan kepada anaknya, " Wahai anakku , janganlah engkau menunda-nunda taubat, sebab maut akan mendatangimu bila-bila masa sahaja."
Diriwayatkan dari ibn Abbas r.a., NAbi saw bersabda, " Binasalah orang yang suka menunda-nunda, yakni orang suka berkata kami akan bertaubat."
Labels:
Taubat
Subscribe to:
Posts (Atom)