Pages

Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Wanita Syurga Neraka


Wanita SYURGA
  • Perempuan yang memelihara dirinya daripada yang haram dan taat kepada suami.
  • Mempunyai banyak anak
  • Sabar
  • Memadai apa yang ada walaupun sedikit bersama suaminya.

Mengenai kenyataan Rasullullah saw terhadap keempat-empat orang perempuan di atas, jika kematian suami sedangkan mempunyai anak kecil, perempuan itu bersabar terhadap anaknya, tambahan lagi tanpa ia berkahwin lagi tergolong ia di dalam hadith yang tersebut.
Sabda Rasulllullah saw,
"Allah Taala mengharamkan tiap-tiap anak Adam masuk syurga sebelum aku. Jika ada perempuan sedemikian, maka bersegeralah ia masuk ke mana-mana bahagian pintu syurga. 
Maka aku bertanya: 
" Siapakah orang ini, lebih segera daripada aku?' lalu berkata seseorang kepadaku: ' Muhammad, inilah perempuan yang mempunyai beberapa kebaikan, di sisinya (dalam jagaanya ada anak yatim dan dia sentiasa bersabar memelihara anak yatim itu.' ") 

Perempuan NERAKA
  • Perempuan yang amat keji lidahnya (bercakap kasar) kepada suaminya.
  • Jika tiada suaminya disisi, tidak ia menjaga kehormatannya.
Umar al kahttab r.a. berkata bahawa Rasullullah saw bersabda:
" Dimana sahaja perempuan itu meninggikan suara kepada suaminya, dilaknat oleh tiap-tiap sesuatu yang terbit dari atas matahari. Ini kerana perempuan itu menyusahkan suaminya dengan sesuatu yang tidak mampu ditunaikan oleh suaminya." 

Ali bin Abi Thalib berkata bahawa dia telah masuk ke rumah Rasullullah saw bersama dengan Fatimah. Mereka mendapati bahawa Rasullullah sedang menangis tersedu-sedu. Maka Ali bertanya kepada baginda: " Apakah sebab engkau menangis wahai Rasullullah?" kemudian bersabda Rasullullah:

" Wahai Ali, aku telah dibawa berjalan ke langit pada suatu malam. Aku mendapati ramai perempuan daripada umatku yang diisikan ke dalam neraka jahanam dengan berbagai-bagai azab. Ketika itu juga aku menangis kerana melihat mereka disiksa dengan penuh azab. Aku melihat ada diantara mereka yang digantung dengan rambutnya, ada pula yang mengelegak otak mereka, ada yang digantung dengan lidahnya, ada yang dituang air panas mendidih ke dalam mulutnya dan sesetengahnya pula ada yang diikat kakinya dibahagian teteknya, manakala kedua-dua belah tangannya di ikat dibahagian ubun-ubun kepalanya, ditambah dengan seksaan ular dan kala jengking. Sesetengahnya pula, digantung dengan teteknya, ada pula kepalanya menjadi kepala babi dan badannya menjadi badan keldai. Diatas langit itu, terdapat beribu-ribu azab dan antaranya ada ynag berwajah anjing, api neraka masuk dari mulutnya dan keluar melalui duburnya dan malaikat memukul kepalanya dengan tongkat besi."

Kemudian Fatimah berdiri dan berkata: " Wahai kekasihku, penyejuk mataku, apakah dosa mereka sehingga disiksa sedemikian?

Maka jawab Rasullullah saw: 

" Wahai anakku Fatimah:
  • Yang tergantung rambutnya itu perempuan/isteri yang tidak bertudung kepalanya dihadapan lelaki ajnabi, selain mahram/suaminya.
  • Perempuan yang tergantung lidahnya perempuan yang menyakiti suaminya dengan lidahnya.
  • Perempuan yang digantung teteknya ialah perempuan yang melakukan maksiat tanpa pengetahuan suaminya.
  • Perempuan yang dipasak kaki di bahagian teteknya dan kedua-dua belah tangannya diikat dibahagian ubun-ubun kepala nya dan diisikan dengan patukan ular dan gigitan kala jengking itu ialah perempuan yang tidak mandi junub dan memandang ringan terhadap sembahyang.
  • Kepalanya berkepala babi dan badannya berbadan keldai ialah perempuan yang suka mengada-adakan sesuatu yang tidak ada, iaitu bercakap bohong.
  • Perempuan yang berupa anjing dan api neraka yang masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya ialah perempaun yang suka menghasut, memfitnah dan hasad dengki."
Seterusnya Rasullullah bersabda lagi," Wahai anakku, amat celakalah bagi perempuan yang durhaka kepada suaminya."

# Hadith  yang kerap kita dengar, mungkin sekali malah mungkin lebih dari 100 kali. Namun sedarkah wahai sahabat, percaya atau tidak ia hanya menjadi angin lalu di telinga kita.. Kenapa dikatakan begitu? Renungkan diri apa perubahan yang telah kita lakukan setiap kali azab-azab Allah didengarkan kepada kita.
Wahai para wanita..hayati dan adakan rasa gentar dihati sebagaimana rasullullah menangisi azab yang bakal kita hadapi. Ayuh! bersama-sama kita muhasabah diri, hijrahkan diri.. bangunlah saudari sekalian..
Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah..

Author,
An-Nur akan kembali...






Perkahwinan & Hak

Faedah Berkahwin

  • ANAK 
Meramaikan zuriat dan ummat Islam, dari itu, kekallah doa anak yang yang soleh sehingga mati akan kedua org tua nya.
Sabda Rasullullah,
" Apabila mati seorang anak Adam, nescaya putuslah segala
amalnya melainkan daripada 3 perkara jua. sedekah yang diwaqafkanya, ilmu
yang manfaat, doa anak yang soleh."

Dan manfaat bagi ibu-bapanya pada hari kiamat apabila mati anaknya pada ketika kecilnya, dengan syarat sabar atas kematian segala anaknya dan tiada pula perkataan yang kemarahan.
Sabda Rasullullah,
" Bahawa sesungguhnya kanak2 kecil yang mati itu menarik ia
dengan kedua ibu-bapnya itu masuk kedalam syurga."

  • SYAHWAT
Menghilangkan akan nafsu agar terpelihara hati dan ibadah. lagi terpelihara daripada syaitan yng mengajak kepada yang haram,
Sabda Rasullullah,
"Barangsiapa berkahwin maka maka sesungguhnya telah terpelihara akan dia setengah agamanya, maka hendaklah ia takut akan Allah Ta'ala pada setengah agamanya yang lain itu."


  • MERINGANKAN PERMASALAHAN DUNIA KEPADA AKHIRAT
Kehidupan yang lebih terurus dengan hadirnya seorang isteri yang soleh mentadbir pekerjaan rumah, maka senanglah hati berbuat ibadah dan menuntut ilmu.
Sulaiman Ad-Darani" Bermula isterinya yang soleh itu bukan ia daripada dunia yang
sia-sia, maka bahawa sungguhnya adalah ia menyelesaikan bagimu dgn mentadbirkan
ia akan pekerjaan rumahtangga dan dapat menyampaikan syahwat sekaliannya"


  • KELAPANGAN HATI
Menyukakan hati akan sebab mu'asyarah dan muklhalathah, yakni bercampur dan bersekedudukan dgn isteri boleh menghiburkan hati dan seterusnya menolong menguatkan lagi ibadah kpd Allah.


Hak Lelaki - Perempuan

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.", An-nisa:34

Ini bermaksud dalam apa jua perkara, kaum lelaki mengatasi kaum perempuan, iaitu dilebihkan Allah taala terhadap sesetengah lelaki ke atas sesetengah wanita dengan memberi nafkah daripada harta mereka untuk menikahi bakal isterinya seperti mas kahwin dan nafkah seharian. Allah melebihkan kaum lelaki begitu banyak sekali sama ada dari segi hakikat mahupun hukum syarak.

Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasullullah bersabda,
" Sebaik-baik perempuan ialah apabila dipandang suaminya, menggembirakannya. Apabila disuruh oleh suaminya ia menurut sahaja tanpa ingkar, jika suaminya tidak ada, ia akan memelihara harta suaminya dan juga dirinya. Perempuan yang derhaka kepada suaminya tidak boleh diberi nafkah dan bahagiannya."

Sabda Nabi lagi,
" Sesiapa yang sabar terhadap perangai isterinya, Allah taala akan mendatangkan upah pahala seperti pahala Nabi Ayub. Sesiapa yang sabar atas perangai jahat suaminya, Allah taala akan mendatangkan upah pahala seperti pahala Nabi Ayub dan upah mati syahid perang fisabilillah."

Pahala kaum lelaki dan wanita di akhirat adalah sepuluh kali ganda dengan hanya satu kebaikan. WAJIB bagi isteri mengekalkan perasaan malunya kepada suaminya, menundukkan pandangan tanda hormat kepda suaminya serta patuh dan diam akan perintah suami. Duduk di dalam keadaan yang suami suka (berdiri/duduk/baring) ketika suami mendatanginya dan menunjukkan manjanya kepada suami agar mengembirakan suami.

Berkata Aisyah r.a.: " Kalau keluarga isterinya mengetahui hak suami terhadap isterinya, tentu mereka mahukan kamu sebagai isteri menyapu habuk dibahagian tumit suaminya dengan mukanya."

Aisyah bertanya kepada Rasullullah saw: " Yang manakah manusia yang paling besar haknya terhadap perempuan?" Jawab Rasullullah saw: " Suaminya." Bertanya Aisyah lagi: " Yang manakah hak yang paling besar ke atas lelaki?" Jawab Rasullullah saw: " Ibunya."

"Ada 3 perkara yang tidak diterima Allah taala:

  • Sembahyang iaitu yang tidak mendapat apa-apa pahala.
  • Tidak diangkat ke langit terhadap perempuan yang dimurkai suaminya.
  • Hamba yang melarikan diri dari tuannya dan dia pulang bersama orang yang mabuk hingga kembali siuman."