Pages

Monday, December 31, 2012

aku dan Aku dan pecinta neraka




Apa kamu fikir, aku senyum Aku sangat suka?
Kerana sifat Rahman-Ku, Aku hanya senyum,
dan Aku tanam rasa kasih dalam hati kekasihKu.
Agar buka ruang kamu memperbaiki.
Tapi kamu  tidak cuba sadar akan kesilapan yang ada?
Aku masih beri peluang.

Apa kamu fikir, aku diam Aku bodoh bisa dipermainkan?
Kerana Aku Maha Kuasa Penciptamu, Aku hanya diam,
kerna tindakan bodohmu tiada memberi kesan pada-Ku dan pencinta-Ku.
Aku biar kamu memperbodohkan diri.
Tapi kamu terus membuat angkara, tiada takut pada-Ku?
Aku beri amaran.

Apa kamu fikir, aku tidak pandang Aku tidak tahu ?
Kerna Neraka aku jadikan untuk manusia seperti kamu,
jadi atas kehendak nafsu serakahmu, Aku nyalakan neraka itu untukmu.
Aku tidak mengalu-alukanmu.
Namun kamu lebih suka menjadi arang pembakar rumah ciptaan-Ku.
Malik setia menantimu.
Tanda Aku murka.


Teruslah jadikan maksiat kehidupan mu…
Teruslah jadikan khurafat permainan mu…
Teruslah bersembunyi, dengan membuat fitnah…
Teruslah berpura-pura, mencari cinta manusia dan dunia…
Teruslah merasa takut akan perbuatan diri, kerna takut pada manusia…
Teruslah turut cinta nafsumu.. walaupun tiada menjanjikan apa-apa…

Kerna AKU bukan untuk dicari oleh manusia sepertimu.
Kerna AKU juga tidak mahu didampingi oleh manusia sepertimu.
Neraka-Ku terbuka luas untukmu, itu yang kau mahu.
Syurga-Ku tidak pernah sempit untuk para pencariKu.
Jalan itu hanya satu, tanpa mengira yang Engkar dan yang Ikut.
AKU juga benci pada mu..


Nukilan: An-Nur




No comments:

Post a Comment