Pages

Showing posts with label hudud. Show all posts
Showing posts with label hudud. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Hudud dan Sihir

Pernahkah kalian mendengar sepasang kekasih yang khuatir dikenakan hudud, berusaha selagi upaya agar salah mereka tidak didedahkan dengan menggunakan sihir? Sihir juga terkandung dalam hudud, mungkin antara kita tidak tahu. tukang sihir, pengamal sihir semuanya tidak terlepas dari hudud Allah. Bila menjalankan hudud kita perlu mempunyai saksi. Jadi, mungkin sebilangan berfikir jika sihir atau mantera di amalkan orang tidak mengetahuinya, jadi tiada hukum ke atasnya. Itu salah. kita boleh kenal, tahu punca kedatangan sihir dan pengamalnya cuma pada situasi sekarang, pengamal perubatan mendiamkan diri kerana tiada lagi hukum yang difatwakan keatas pengamal sihir. Jangan pelik jika satu hari nanti, kita berada di mahkamah dibicarakan atas kesalahan sihir.

RIYADH-Seorang bomoh wanita yang mengamalkan ilmu sihir telah dijatuhi hukuman pancung di Arab Saudi, menurut kenyataan Menteri dalam Negeri.

September, Seorang lelaki Sudan, Abdul Hammid Hussain juga dijatuhi hukuman mati atas kesalahan mengamalkan ilmu sihir.

Tuesday, October 30, 2012

Kita & Tapi....

Syaitan dan iblis tak akan pernah putus asa menyesatkan manusia hingga ke akhir kiamat.. itu pasti! atas janji nya pada Allah swt. 
Gelarannya Iblis laknatullah dan suku sakatnya!! 

TAPI, Manusia juga tidak pernah berputus asa berbuat kejahatan kepada muslim yang lain, walaupun berkali-kali kejahatannya di patahkan oleh Allah taala..apa pula gelaran boleh diberi padanya?? sikap dan perbuatannya sama tapi tak serupa rupanya.. Adakah dia boleh digelar pengikut Iblis?

Di mulut kita kata anti-yahudi, benci yahudi, say NO to Yahudi atas nama islam..

TAPI Di hati kita benar masuk barang buatan yahudi, kita pro mainan yahudi, kita benar jiwa kita dijajah yahudi. Kononnya kita kata, kita kena hormat orang dia atas nama islam..

Kita kata kena amal sistem islam, kita kena wasyatiah, kita kata nak buat hudud, kita kata kena buat apa AllaH kata..

TAPI kita amal islam ikut keperluan nafsu kita, kita ambil separuh kita buang separuh, kita juga wasyatiah hanya pada barang yang bukan keperluan kita, kita buat hudud ikut peredaran zaman, kita buat apa yang kita suka bukan apa yang Allah suka..

Kita kena cuba buat apa syaitan tak suka..
Kita kena cuba lawan apa Nafsu kita suka..
Kita kena cuba buat apa Allah suka..
Kita kena cuba lawan apa kita suka..
Tapi sebenarnya kita kena paksa diri kita sampai kita suka apa Allah suka.

AN-NUR.