Pages

Sunday, November 25, 2012

Menghapus kemungkaran

# Janganlah kalian mengingkari orang lain kerana hawa nafsu, tetapi ingkarilah kerana iman. Jadikanlah iman sebagai peningkar. Jika kalian mengingkari orang ingkar kerana Allah, Dia akan melindungi kalian dalam melenyapkan kemungkarannya dan menolong kalian dalam menyelamatkannya. Tetapi jika kalian mengingkarinya kerana hawa nafsu, hasutan syaitan, dan hasrat kalian, Allah akan membiarkan kalian. Kalian tidak akan mampu menyelamatkan orang ingkar itu dan tidak akan mampu menghancurkan kemungkarannya.Barangsiapa membasmi orang ingkar bukan kerana iman, ia sebenarnya bukanlah menghapuskan kemungkaran orang ingkar itu. Pengingkaran atau penghapusan haruslah dilakukan tanpa "dirimu", kerana Allah semata, bukan kerana makhluk, demi membela agama Allah, bukan demi membela nafsumu, untukNYA, bukan untukmu. #-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani


No comments:

Post a Comment