Pages

Tuesday, October 30, 2012

Kita & Tapi....

Syaitan dan iblis tak akan pernah putus asa menyesatkan manusia hingga ke akhir kiamat.. itu pasti! atas janji nya pada Allah swt. 
Gelarannya Iblis laknatullah dan suku sakatnya!! 

TAPI, Manusia juga tidak pernah berputus asa berbuat kejahatan kepada muslim yang lain, walaupun berkali-kali kejahatannya di patahkan oleh Allah taala..apa pula gelaran boleh diberi padanya?? sikap dan perbuatannya sama tapi tak serupa rupanya.. Adakah dia boleh digelar pengikut Iblis?

Di mulut kita kata anti-yahudi, benci yahudi, say NO to Yahudi atas nama islam..

TAPI Di hati kita benar masuk barang buatan yahudi, kita pro mainan yahudi, kita benar jiwa kita dijajah yahudi. Kononnya kita kata, kita kena hormat orang dia atas nama islam..

Kita kata kena amal sistem islam, kita kena wasyatiah, kita kata nak buat hudud, kita kata kena buat apa AllaH kata..

TAPI kita amal islam ikut keperluan nafsu kita, kita ambil separuh kita buang separuh, kita juga wasyatiah hanya pada barang yang bukan keperluan kita, kita buat hudud ikut peredaran zaman, kita buat apa yang kita suka bukan apa yang Allah suka..

Kita kena cuba buat apa syaitan tak suka..
Kita kena cuba lawan apa Nafsu kita suka..
Kita kena cuba buat apa Allah suka..
Kita kena cuba lawan apa kita suka..
Tapi sebenarnya kita kena paksa diri kita sampai kita suka apa Allah suka.

AN-NUR.




Wednesday, October 24, 2012

santai-Kita adalah Pelakon

Saya, anda, kamu, awak, kami dan KITA semua adalah artis terkenal... kita sememangnya sudah menjadi pelakon malah sudah terlalu terkenal di sana tetapi sehebat manakah kita? Sehandal mana kita berlakon sehebat itulah juga kita dikenali.. Tetapi, Sejauh mana kita memahami erti lakonan kita?Ermm.. aN-Nur juga tak pasti... ayuh kita gali dan fahami bersama-sama watak kita di bumi Allah ini.

Sehari-hari kita makan minum dan tidur kenapa ya? Makan yang enak-enak untuk kenyangkan perut, atau kerna makanan memberi nutrien, zat kepada tubuh untuk kekal langsing dan sasa.Yup! makan untuk menjaga tubuh supaya boleh digunakan hingga umur 100 tahun..mungkin? Kita tidur untuk hilangkan keletihan selepas penat bekerja. Nikmat makan dan tidur, sungguhpun seperti perlakuan binatang tetapi ia adalah satu nikmat yang wajib disyukuri. Berbagai-bagai alasan / jawapan boleh dihuraikan di sini, ataupun kita makan,minum dan tidur kerna Nabi kita juga berbuat demikian untuk mengembalikan tenaga kepada tubuh melakukan ibadah..jika ya, atas niat, bermakna kita sehari-hari kita melakukan sunnah nabi. Sungguh! memang menjadi keWAJIBan kita menjaga pinjaman Allah ini. Persoalannya, kenapa semua perlakuan ini dikatakan berlakon?

Pertamanya kita melakonkan kembali apa yang telah nabi-nabi kita lakukan. Ini Sunnah..

Ke-2 Hidup Untuk Makan & tidor..?

ke-3 kita berlakon makan dan tidur sekadar memuaskan  
nafsu kita, namun tak pernah puas. Tiada penghujung....

Ke-4 Makan Tidor Untuk HiDup...?

ke-5 kita berlakon makan, minum dan tidur atas suruhan Allah DEMI menjalankan ibadah dan sujud padaNya. Ini ada tujuan...

Dengan tubuh badan yang segar bugar ini, kita pergunakan ia untuk menyembah Allah yang Satu. Ini bermakna tuntutan tubuh badan kita hanya sekadar memenuhi keperluan roh untuk bertemu Allah taala iAitU..
bertemu tatkala kita bersolat, berzikir dan LAin-LaiN..

jasad hanya berlakon menurut syariat yang ditetapkan Allah untuk menunaikan janji-janji roh 10,000 tahun dahulu, berjanji untuk taat, patuh dan sujud pada Allah.
Kita harus berterima kasih atas jasa tubuh kita membantu roh kita yang suci ini untuk menunaikan janji-janjinya pada Allah. Jasad dan roh bersatu beribadah siang dan malam kerna takutkan Allah, Bukan hanya diwaktu makan, tidur malah tika waktu bekerja juga ia bersatu mengingati Allah.
Syukur Alhamdulillah, jika bukan kerna lakonan yang baik dari jasad busuk haruman lumpur ini juga, kita pasti tidak akan dapat bertemu di syurga dgn pelakon-pelakon vateren seperti ibu, ayah kita juga rasullullah yang banyak mengajar aksi-aksi yang terbaik dari Allah yang amat sukar untuk ditiru..
Jika jasad ini makan, minum dan tidur berlebihan tentunya roh kita akan disoal tak terjawab. Apatah lagi jika jasad ini terus berlakon luar dari arahan pengarah, tidak mengikut script yang di tulis, sudah pasti roh ini akan terus bersedih mengenangkan nasibnya disana.

Usah gusar jika tubuh ini TIDAK dibaluti pakaian mahal, TIDAK menjamah makanan enak, TiDAK bekerja hebat bergaji mewah, sekadar mencukupi nafsu kita yang besar, khabarnya sudah memenuhi keperluan nafsu.
NAMUN tidak salah kita bermewah asalkan matlamat dan perjalanan hati juga derap langkah kaki bedendang zikir pada Allah.
Masyarakat langit sudah mengenali kita sebelum kita dilahirkan..mungkin sebagai pelakon pembantu, pak pacak atau the best actor.
Adakah mungkin kita boleh menjayakan watak yang kita tidak kenal siapa usul asal kejadiannya?
Jadi,jom! apa kata kita berusaha study watak kita..kita masih belum terlambat...


Tuesday, October 23, 2012

Syarat dan Tatacara Bertaubat


Peringkat ASAS bertaubat:

Pertama, Menyesali Perbuatan Dosa, Nabi saw bersabda," Menyesal adalah sebahagian dari taubat.
Ciri seseorang telah benar-benar menyesal adalah hatinya menjadi lembut dan air matanya deras menyucur. Sabda Nabi saw," Bertemanlah dengan para ahli taubat. Mereka adalah orang yang paling lembut hatinya."

Kedua, menjauhkan diri dari semua dosa, walau dimana berada.

Ketiga, Setelah semua itu, bertekad bulat untuk tidak mengulangi dosa.


Di riwayatkan dari Abu Hurairah r.a., Nabi bersabda," Tahukah kalian siapakah yang disebut orang yang miskin papa? Orang tiada wang dan harta, sahabat menjawab. 
Nabi saw menunkas," Orang yang papa adalah pada hari kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat, namun ia dulu juga pernah memaki, menfitnah, memakan harta, memukul dan membunuh orang lain. Ia akan dihukum dengan cara pahala kebaikannya diserahkan kepada orang yang teraniaya. Jika pahalanya telah habis, sementara hak orang lain masih ada padanya, maka dosa orang lain itu akan diambil, lalu ditimpakan kepadanya. Ia kemudian dilemparkan ke neraka.


Kerana itu, bersegeralah bertaubat, sebelum maut menjemput.

Luqman al-Hakim berpesan kepada anaknya, " Wahai anakku , janganlah engkau menunda-nunda taubat, sebab maut akan mendatangimu bila-bila masa sahaja."

Diriwayatkan dari ibn Abbas r.a., NAbi saw bersabda, " Binasalah orang yang suka menunda-nunda, yakni orang suka berkata kami akan bertaubat."


QUNUT NAZILAH


Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara ISLAM dimana saja berada, khususnya yang sedang terkena ancaman, penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah.



Doa Qunut Nazilah,(Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab)

"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin, Perbaikilah keadaan mereka, Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuhMu, dan musuh-musuh mereka Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,
Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka, Hancur leburkan kekuatan mereka, Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa..
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"


Ini juga Bacaan Qunut Nazilah,



Fatwa dari Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Qunut nazilah dapat dilaksanakan sebelum ruku' atau setelah ruku' di dalam sholat tersebut. Akan tetapi pelaksanaannya setelah ruku' lebih banyak dilakukan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam. Dua cara ini dicontohkan oleh Rasullah shallallahu `alaihi wa sallam dalam hadis-hadis baginda. Rasullullah melakukan qunut nazilah pada seluruh shalat-shalat wajib dan baginda lebih mengutamakan pelaksanaannya pada shalat Maghrib dan Subuh. Akan tetapi baginda tidak melakukan qunut setiap hari pada seluruh shalat lima waktu sekaligus.

 

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan- kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa.
Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah
Wahai tuhan yang menurunkan kitab
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka, Kalahkan mereka
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

Fikir- Fikirkan...

Pesan Imam ‘Ali bin Abu Thalib r.a 
Dari buku “Mutiara Nahjul Balaghah” 


Akan datang suatu masa ketika orang yang didekatkan oleh para penguasa hanyalah mereka yang pandai memfitnah orang lain; yang diterima ucapannya hanyalah mereka yang menyimpang dari agama, dan yang dianggap bodoh ialah mereka yang mengatakan kebenaran."

Pada masa seperti itu, sedekah akan dianggap sebagai kerugian, bantuan untuk sanak kerabat hanyalah sebagai alat pamer dan beribadah kepada Allah sebagai perbuatan “sok alim”. Pada saat itu kekuasaan negeri dijalankan berdasarkan saran-saran kaum wanita,
kepemimpinan anak-anak dan perencanaan kaum banci.”

Friday, October 19, 2012

Fatimah Azzahra kesayangan Muhammad saw.

Dikala Fatimah Azzahra r.a. menangis mengeluh akibat keletihan mengisar dan menepung gandum serta melakukan kerja-kerja urusan rumah. Berdiri Rasullullah di sisi pengisar gandum itu, dengan membaca Bismillahirraahmanirrahim baginda memegang batu pengisar sambil meletakkan gandum. Dengan izin Allah Taala, batu pengisar berpusing sambil bertasbih dengan loghat yang salah hingga gandum habis digiling. Baginda mengarahkan agar batu itu berhenti, lalu dengan izain Allah batu itu bercakap dengan bahasa Arab. 
Katanya, "Wahai Rasullullah, jika engkau perintahkan aku menepung dari timur ke barat aku pasti melakukan kesemuanya kerna aku mendengar di dalam kitab Allah bahawa bahan api pembakar di neraka adalah batu dan manusia. Oleh itu aku berasa takut wahai Rasulllullah, adakah aku juga termasuk golongan batu yang masuk kedalam neraka?" Jawab Rasullullah saw," Bergembiralah engkau kerana engkau adalah kepunyaan Fatimah dalam syurga."Maka sukacitalah batu itu.

Kemudian Bersabda Rasullullah,

Anakandaku Fatimah...
"Sekiranya Allah Taala mahu, tentu boleh batu ini mengisar dengan sendirinya tetapi Allah Taala hendak mencatatkan nama engkau dalam senarai kebaikan dan menutup kejahatan serta menaikkan darjat engkau."

Wahai Fatimah...
"Di mana-mana saja perempuan mengisar tepung gandum utuk suami dan anaknya, Allah Taala mencatatkan setiap biji gandum ganjarannya satu kebaikan dan kejahatannya terhapus serta mendapat darjat yang lebih tinggi.

Anakku Fatimah...
Isteri yang paling diutamakan yang mendapat keredhaan suaminya..keredhaan suami kepada isteri bermakna keredhaan Allah taala. Kemarahan suami bermakna kemarahan Allah taala juga.

Wahai Fatimah..
Walau apa pun kalau isteri melayan suaminya sepanjang hari dan malam, dengan hati yang mulia dan ikhlas, ditambah pula dengan niat yang betul, maka Allah taala mengampunkan semua dosanya dan diberi pakaian yang berupa pakaian hijau di kemudian hari? selain itu, dicatatkan untuknya seribu kebaikan pada tiap-tiap rambut ditubuh badannya dan dikurniakan pahala haji dan umrah.

Kesayanganku Fatimah... 
Dimana-mana saja kalau perempuan itu benar tersenyum di depan suaminya, Allah akan melihatkan untuknya nikmat yang berkekalan. Juga, Dimana-mana pun, jika isteri menyapu minyak dikepala suaminya, janggutnya, menggunting misainya dan mengerat kukunya, Allah Taala memberikan minuman air makhtum iaitu sejenis air tuak yang suci dan memudahkan rohnya tinggal sewaktu mati nanti. Dalam kuburnya memperoleh kebun syurga, dan namanya tercatat dalam senarai terlepas daripada seksaan api neraka dan melalui siratul muataqim.."

Ini hanyalah sebahagian kenikmatan yang Allah berikan kepadamu wahai wanita.....

Thursday, October 18, 2012

ReNuNGaN


Daripada hadis dan Firman Alalh Taala,


" Aku berasa hairan terhadap hamba-Ku yang mengumpulkan harta sebagai peninggalan untuk anak-anaknya. Dia tidak percaya bahawa Akulah yang menjadikan anaknya. Akulah yang menentukan rezekinya sejak azali lagi tanpa boleh bertukar ganti atau tokok tambah walaupun ia berusaha. Bahkan tidak berkurang kerana tidak dicarinya, hanya wajib diadakannya."


" Aku berasa hairan terhadap hamba-Ku yang suka sangat mendapatkan kemegahan dan amat gemar meniru pakaian orang kafir dan perangainya."


Wednesday, October 17, 2012

Wanita Syurga Neraka


Wanita SYURGA
  • Perempuan yang memelihara dirinya daripada yang haram dan taat kepada suami.
  • Mempunyai banyak anak
  • Sabar
  • Memadai apa yang ada walaupun sedikit bersama suaminya.

Mengenai kenyataan Rasullullah saw terhadap keempat-empat orang perempuan di atas, jika kematian suami sedangkan mempunyai anak kecil, perempuan itu bersabar terhadap anaknya, tambahan lagi tanpa ia berkahwin lagi tergolong ia di dalam hadith yang tersebut.
Sabda Rasulllullah saw,
"Allah Taala mengharamkan tiap-tiap anak Adam masuk syurga sebelum aku. Jika ada perempuan sedemikian, maka bersegeralah ia masuk ke mana-mana bahagian pintu syurga. 
Maka aku bertanya: 
" Siapakah orang ini, lebih segera daripada aku?' lalu berkata seseorang kepadaku: ' Muhammad, inilah perempuan yang mempunyai beberapa kebaikan, di sisinya (dalam jagaanya ada anak yatim dan dia sentiasa bersabar memelihara anak yatim itu.' ") 

Perempuan NERAKA
  • Perempuan yang amat keji lidahnya (bercakap kasar) kepada suaminya.
  • Jika tiada suaminya disisi, tidak ia menjaga kehormatannya.
Umar al kahttab r.a. berkata bahawa Rasullullah saw bersabda:
" Dimana sahaja perempuan itu meninggikan suara kepada suaminya, dilaknat oleh tiap-tiap sesuatu yang terbit dari atas matahari. Ini kerana perempuan itu menyusahkan suaminya dengan sesuatu yang tidak mampu ditunaikan oleh suaminya." 

Ali bin Abi Thalib berkata bahawa dia telah masuk ke rumah Rasullullah saw bersama dengan Fatimah. Mereka mendapati bahawa Rasullullah sedang menangis tersedu-sedu. Maka Ali bertanya kepada baginda: " Apakah sebab engkau menangis wahai Rasullullah?" kemudian bersabda Rasullullah:

" Wahai Ali, aku telah dibawa berjalan ke langit pada suatu malam. Aku mendapati ramai perempuan daripada umatku yang diisikan ke dalam neraka jahanam dengan berbagai-bagai azab. Ketika itu juga aku menangis kerana melihat mereka disiksa dengan penuh azab. Aku melihat ada diantara mereka yang digantung dengan rambutnya, ada pula yang mengelegak otak mereka, ada yang digantung dengan lidahnya, ada yang dituang air panas mendidih ke dalam mulutnya dan sesetengahnya pula ada yang diikat kakinya dibahagian teteknya, manakala kedua-dua belah tangannya di ikat dibahagian ubun-ubun kepalanya, ditambah dengan seksaan ular dan kala jengking. Sesetengahnya pula, digantung dengan teteknya, ada pula kepalanya menjadi kepala babi dan badannya menjadi badan keldai. Diatas langit itu, terdapat beribu-ribu azab dan antaranya ada ynag berwajah anjing, api neraka masuk dari mulutnya dan keluar melalui duburnya dan malaikat memukul kepalanya dengan tongkat besi."

Kemudian Fatimah berdiri dan berkata: " Wahai kekasihku, penyejuk mataku, apakah dosa mereka sehingga disiksa sedemikian?

Maka jawab Rasullullah saw: 

" Wahai anakku Fatimah:
  • Yang tergantung rambutnya itu perempuan/isteri yang tidak bertudung kepalanya dihadapan lelaki ajnabi, selain mahram/suaminya.
  • Perempuan yang tergantung lidahnya perempuan yang menyakiti suaminya dengan lidahnya.
  • Perempuan yang digantung teteknya ialah perempuan yang melakukan maksiat tanpa pengetahuan suaminya.
  • Perempuan yang dipasak kaki di bahagian teteknya dan kedua-dua belah tangannya diikat dibahagian ubun-ubun kepala nya dan diisikan dengan patukan ular dan gigitan kala jengking itu ialah perempuan yang tidak mandi junub dan memandang ringan terhadap sembahyang.
  • Kepalanya berkepala babi dan badannya berbadan keldai ialah perempuan yang suka mengada-adakan sesuatu yang tidak ada, iaitu bercakap bohong.
  • Perempuan yang berupa anjing dan api neraka yang masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya ialah perempaun yang suka menghasut, memfitnah dan hasad dengki."
Seterusnya Rasullullah bersabda lagi," Wahai anakku, amat celakalah bagi perempuan yang durhaka kepada suaminya."

# Hadith  yang kerap kita dengar, mungkin sekali malah mungkin lebih dari 100 kali. Namun sedarkah wahai sahabat, percaya atau tidak ia hanya menjadi angin lalu di telinga kita.. Kenapa dikatakan begitu? Renungkan diri apa perubahan yang telah kita lakukan setiap kali azab-azab Allah didengarkan kepada kita.
Wahai para wanita..hayati dan adakan rasa gentar dihati sebagaimana rasullullah menangisi azab yang bakal kita hadapi. Ayuh! bersama-sama kita muhasabah diri, hijrahkan diri.. bangunlah saudari sekalian..
Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah..

Author,
An-Nur akan kembali...






Perkahwinan & Hak

Faedah Berkahwin

  • ANAK 
Meramaikan zuriat dan ummat Islam, dari itu, kekallah doa anak yang yang soleh sehingga mati akan kedua org tua nya.
Sabda Rasullullah,
" Apabila mati seorang anak Adam, nescaya putuslah segala
amalnya melainkan daripada 3 perkara jua. sedekah yang diwaqafkanya, ilmu
yang manfaat, doa anak yang soleh."

Dan manfaat bagi ibu-bapanya pada hari kiamat apabila mati anaknya pada ketika kecilnya, dengan syarat sabar atas kematian segala anaknya dan tiada pula perkataan yang kemarahan.
Sabda Rasullullah,
" Bahawa sesungguhnya kanak2 kecil yang mati itu menarik ia
dengan kedua ibu-bapnya itu masuk kedalam syurga."

  • SYAHWAT
Menghilangkan akan nafsu agar terpelihara hati dan ibadah. lagi terpelihara daripada syaitan yng mengajak kepada yang haram,
Sabda Rasullullah,
"Barangsiapa berkahwin maka maka sesungguhnya telah terpelihara akan dia setengah agamanya, maka hendaklah ia takut akan Allah Ta'ala pada setengah agamanya yang lain itu."


  • MERINGANKAN PERMASALAHAN DUNIA KEPADA AKHIRAT
Kehidupan yang lebih terurus dengan hadirnya seorang isteri yang soleh mentadbir pekerjaan rumah, maka senanglah hati berbuat ibadah dan menuntut ilmu.
Sulaiman Ad-Darani" Bermula isterinya yang soleh itu bukan ia daripada dunia yang
sia-sia, maka bahawa sungguhnya adalah ia menyelesaikan bagimu dgn mentadbirkan
ia akan pekerjaan rumahtangga dan dapat menyampaikan syahwat sekaliannya"


  • KELAPANGAN HATI
Menyukakan hati akan sebab mu'asyarah dan muklhalathah, yakni bercampur dan bersekedudukan dgn isteri boleh menghiburkan hati dan seterusnya menolong menguatkan lagi ibadah kpd Allah.


Hak Lelaki - Perempuan

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.", An-nisa:34

Ini bermaksud dalam apa jua perkara, kaum lelaki mengatasi kaum perempuan, iaitu dilebihkan Allah taala terhadap sesetengah lelaki ke atas sesetengah wanita dengan memberi nafkah daripada harta mereka untuk menikahi bakal isterinya seperti mas kahwin dan nafkah seharian. Allah melebihkan kaum lelaki begitu banyak sekali sama ada dari segi hakikat mahupun hukum syarak.

Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasullullah bersabda,
" Sebaik-baik perempuan ialah apabila dipandang suaminya, menggembirakannya. Apabila disuruh oleh suaminya ia menurut sahaja tanpa ingkar, jika suaminya tidak ada, ia akan memelihara harta suaminya dan juga dirinya. Perempuan yang derhaka kepada suaminya tidak boleh diberi nafkah dan bahagiannya."

Sabda Nabi lagi,
" Sesiapa yang sabar terhadap perangai isterinya, Allah taala akan mendatangkan upah pahala seperti pahala Nabi Ayub. Sesiapa yang sabar atas perangai jahat suaminya, Allah taala akan mendatangkan upah pahala seperti pahala Nabi Ayub dan upah mati syahid perang fisabilillah."

Pahala kaum lelaki dan wanita di akhirat adalah sepuluh kali ganda dengan hanya satu kebaikan. WAJIB bagi isteri mengekalkan perasaan malunya kepada suaminya, menundukkan pandangan tanda hormat kepda suaminya serta patuh dan diam akan perintah suami. Duduk di dalam keadaan yang suami suka (berdiri/duduk/baring) ketika suami mendatanginya dan menunjukkan manjanya kepada suami agar mengembirakan suami.

Berkata Aisyah r.a.: " Kalau keluarga isterinya mengetahui hak suami terhadap isterinya, tentu mereka mahukan kamu sebagai isteri menyapu habuk dibahagian tumit suaminya dengan mukanya."

Aisyah bertanya kepada Rasullullah saw: " Yang manakah manusia yang paling besar haknya terhadap perempuan?" Jawab Rasullullah saw: " Suaminya." Bertanya Aisyah lagi: " Yang manakah hak yang paling besar ke atas lelaki?" Jawab Rasullullah saw: " Ibunya."

"Ada 3 perkara yang tidak diterima Allah taala:

  • Sembahyang iaitu yang tidak mendapat apa-apa pahala.
  • Tidak diangkat ke langit terhadap perempuan yang dimurkai suaminya.
  • Hamba yang melarikan diri dari tuannya dan dia pulang bersama orang yang mabuk hingga kembali siuman."






Keutamaan Bismillahirahmanirrahim

BASMALAH

B I S M I L L A H I R A H M A N I R R A H I M

Sesungguhnya surat itu dari Sulaiman dan isinya: " Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. an-Naml 27:30


Dalam riwayat 'Atha'dari jabir ibn Abdullah r.a. dikisahkan, 
"Ketika bismillahirrahmanirrahim diturunkan ke dunia, awan mendung bergerak ke timur, angin berhenti bertiup, air laut pasang, haiwan haiwan memasang telinganya, syaitan2 terlempar dari langit, dan Allah bersumpah demi keagunganNya jika namanya tidak disebut pada sesuatu kecuali Dia akan menyembuhkannya dan memberkahinya. Dan barangsiapa mengucapkan bismillahirrahmanirrahim, nescaya dia akan masuk syurga."

Diriwayatkan pula dari Anas ibn Malik r.a., bahwa Rasullullah saw. bersabda,
 " Barangsiapa memungut kertas bertulis basmallah dari tanah dengan niat agar ia tidak terinjak maka disisi Allah ia tercatat pahala orang shiddiq dan siksaan kedua orang tuanya akan diringankan meskipun mereka musyrik."

 Dalam sebuah riwayat, iblis tidak pernah terpekik, kecuali dalam tiga kejadian: pertama, ketika dilaknat Allah dan diusir dari kerajaan langit. Kedua, ketika Nabi Muhammad dilahirkan,
 dan Ketiga tatkala al-Fatihah diturunkan sebab di dalamnya terdapat bismillahirahmanirrahim.

Salim ibn Abu al-Ju'd, mengisahkan bahwa pada suatu waktu Ali ibn Abi Thalib pernah berkata, 
ketika ayat basmalah diturunkan, Rasullullah bersabda,
 " Awalnya, bismillahirahmanirrahim diturunkan kepada Nabi Adam a.s. sehingga dikatakan, apabila anak cucunya membaca bismillahirahmanirrahim, mereka akan aman dari azab Allah. Kemudian diangkat kembali, dan diturunkan kembali kepada Ibrahim. Ketika Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam kobaran api, ia kemudian membaca kalimat itu dan api pun menjadi dingin, tidak membakar. Kemudian di angkat kembali ke langit dan baru diturunkan kembali kepada Nabi Sulaiman. Ketika itu, para malaikat berkata, 'Demi Allah, sekarang kerajaanmu telah sempurna!' Kemudian kalimat itu diangkat lagi, dan Allah berkenan menurunkannya kembali kepadaku."

Makhluk pertama yang diciptakan Allah ialah Lauh Al-Mahfuzh dan Qalam. Kemudiannya diperintahkan untuk menulis segala sesuatu yang akan terjadi hingga hari kiamat di atas Lauh Al-Mahfudzh, dan yang pertama kali ditulisnya adalah bismillahirahmanirrahim. Allah kemudiann menjadikan ayat tersebut sebagai jaminan keamanan bagi seluruh makhluk-Nya selama mereka membacanya, dan kalimat ini pun menjadi bacaan seluruh penghuni 7 langit, penghuni ashshafh al-a'la, penghuni suradiqat al-majd, al-kurawiyyin, ash-shafiyyin dan al-musabbihin.

petikan dari tafsir al-Jailani

Tuesday, October 16, 2012

Hati yang gelisah...

"JANGAN PERNAH BERHENTI MENDENGAR NASIHAT
HATI AKAN BUTA TANPA NASIHAT
JANGAN REMEHKAN PETUA ULAMA'
PETUA MEREKA ADALAH SARI WAHYU ALLAH."
 Syekh Abdul Qadir al-Jailani

Hati Yang GeLisaH....

" Janganlah kalian gelisah kerana makanan yang akan kalian minum, pakaian yang akan kalian pakai, rumah yang akan kalian huni. Kegelisahan seperti itu adalah hasutan nafsu dan syahwat semata. Kalau begitu dimanakah KEGELISAHAN HATI YANG SEBENAR?
Kegelisahan hakiki adalah meminta pada Allah swt.Jadikanlah kegelisahan hanya pada Allah Azza wa jalla dan segala sesuatu milik-NYA. Ingatlah! Dunia ini mempunyai pengganti bernama Akhirat. Demikian juga makhluk kecuali sang khalik. Jika kalian terlena dengan sesuatu didunia ini, akibatnya akan terjadi diakhirat. Dan, kehidupan akhirat adalah lebih baik. Berhitunglah mulai hari ini! Usia kalian adalah yang tersisa!  Bersiaplah menghadapi akhirat! Bersiaplah menerima kedatangan Malaikat Maut!"
 
Obat Hati Berkarat
 
Rasullullah saw bersabda," Sungguh hati itu berkarat. Beningkan ia dengan membaca Quran, Mengingati mati, dan Menghadiri majlis zikir atau Majlis ilmu," (H.R. Syihab dan Baihaqi)