Pages

Wednesday, October 24, 2012

santai-Kita adalah Pelakon

Saya, anda, kamu, awak, kami dan KITA semua adalah artis terkenal... kita sememangnya sudah menjadi pelakon malah sudah terlalu terkenal di sana tetapi sehebat manakah kita? Sehandal mana kita berlakon sehebat itulah juga kita dikenali.. Tetapi, Sejauh mana kita memahami erti lakonan kita?Ermm.. aN-Nur juga tak pasti... ayuh kita gali dan fahami bersama-sama watak kita di bumi Allah ini.

Sehari-hari kita makan minum dan tidur kenapa ya? Makan yang enak-enak untuk kenyangkan perut, atau kerna makanan memberi nutrien, zat kepada tubuh untuk kekal langsing dan sasa.Yup! makan untuk menjaga tubuh supaya boleh digunakan hingga umur 100 tahun..mungkin? Kita tidur untuk hilangkan keletihan selepas penat bekerja. Nikmat makan dan tidur, sungguhpun seperti perlakuan binatang tetapi ia adalah satu nikmat yang wajib disyukuri. Berbagai-bagai alasan / jawapan boleh dihuraikan di sini, ataupun kita makan,minum dan tidur kerna Nabi kita juga berbuat demikian untuk mengembalikan tenaga kepada tubuh melakukan ibadah..jika ya, atas niat, bermakna kita sehari-hari kita melakukan sunnah nabi. Sungguh! memang menjadi keWAJIBan kita menjaga pinjaman Allah ini. Persoalannya, kenapa semua perlakuan ini dikatakan berlakon?

Pertamanya kita melakonkan kembali apa yang telah nabi-nabi kita lakukan. Ini Sunnah..

Ke-2 Hidup Untuk Makan & tidor..?

ke-3 kita berlakon makan dan tidur sekadar memuaskan  
nafsu kita, namun tak pernah puas. Tiada penghujung....

Ke-4 Makan Tidor Untuk HiDup...?

ke-5 kita berlakon makan, minum dan tidur atas suruhan Allah DEMI menjalankan ibadah dan sujud padaNya. Ini ada tujuan...

Dengan tubuh badan yang segar bugar ini, kita pergunakan ia untuk menyembah Allah yang Satu. Ini bermakna tuntutan tubuh badan kita hanya sekadar memenuhi keperluan roh untuk bertemu Allah taala iAitU..
bertemu tatkala kita bersolat, berzikir dan LAin-LaiN..

jasad hanya berlakon menurut syariat yang ditetapkan Allah untuk menunaikan janji-janji roh 10,000 tahun dahulu, berjanji untuk taat, patuh dan sujud pada Allah.
Kita harus berterima kasih atas jasa tubuh kita membantu roh kita yang suci ini untuk menunaikan janji-janjinya pada Allah. Jasad dan roh bersatu beribadah siang dan malam kerna takutkan Allah, Bukan hanya diwaktu makan, tidur malah tika waktu bekerja juga ia bersatu mengingati Allah.
Syukur Alhamdulillah, jika bukan kerna lakonan yang baik dari jasad busuk haruman lumpur ini juga, kita pasti tidak akan dapat bertemu di syurga dgn pelakon-pelakon vateren seperti ibu, ayah kita juga rasullullah yang banyak mengajar aksi-aksi yang terbaik dari Allah yang amat sukar untuk ditiru..
Jika jasad ini makan, minum dan tidur berlebihan tentunya roh kita akan disoal tak terjawab. Apatah lagi jika jasad ini terus berlakon luar dari arahan pengarah, tidak mengikut script yang di tulis, sudah pasti roh ini akan terus bersedih mengenangkan nasibnya disana.

Usah gusar jika tubuh ini TIDAK dibaluti pakaian mahal, TIDAK menjamah makanan enak, TiDAK bekerja hebat bergaji mewah, sekadar mencukupi nafsu kita yang besar, khabarnya sudah memenuhi keperluan nafsu.
NAMUN tidak salah kita bermewah asalkan matlamat dan perjalanan hati juga derap langkah kaki bedendang zikir pada Allah.
Masyarakat langit sudah mengenali kita sebelum kita dilahirkan..mungkin sebagai pelakon pembantu, pak pacak atau the best actor.
Adakah mungkin kita boleh menjayakan watak yang kita tidak kenal siapa usul asal kejadiannya?
Jadi,jom! apa kata kita berusaha study watak kita..kita masih belum terlambat...