Faedah Berkahwin
- ANAK
Sabda Rasullullah,
" Apabila mati seorang anak Adam, nescaya putuslah segala
amalnya melainkan daripada 3 perkara jua. sedekah yang diwaqafkanya, ilmu
yang manfaat, doa anak yang soleh."
Dan manfaat bagi ibu-bapanya pada hari kiamat apabila mati anaknya pada ketika kecilnya, dengan syarat sabar atas kematian segala anaknya dan tiada pula perkataan yang kemarahan.
Sabda Rasullullah,
" Bahawa sesungguhnya kanak2 kecil yang mati itu menarik ia
dengan kedua ibu-bapnya itu masuk kedalam syurga."
- SYAHWAT
Sabda Rasullullah,
"Barangsiapa berkahwin maka maka sesungguhnya telah terpelihara akan dia setengah agamanya, maka hendaklah ia takut akan Allah Ta'ala pada setengah agamanya yang lain itu."
- MERINGANKAN PERMASALAHAN DUNIA KEPADA AKHIRAT
Sulaiman Ad-Darani" Bermula isterinya yang soleh itu bukan ia daripada dunia yang
sia-sia, maka bahawa sungguhnya adalah ia menyelesaikan bagimu dgn mentadbirkan
ia akan pekerjaan rumahtangga dan dapat menyampaikan syahwat sekaliannya"
- KELAPANGAN HATI
Hak Lelaki - Perempuan
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.", An-nisa:34
Ini bermaksud dalam apa jua perkara, kaum lelaki mengatasi kaum perempuan, iaitu dilebihkan Allah taala terhadap sesetengah lelaki ke atas sesetengah wanita dengan memberi nafkah daripada harta mereka untuk menikahi bakal isterinya seperti mas kahwin dan nafkah seharian. Allah melebihkan kaum lelaki begitu banyak sekali sama ada dari segi hakikat mahupun hukum syarak.
Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasullullah bersabda,
" Sebaik-baik perempuan ialah apabila dipandang suaminya, menggembirakannya. Apabila disuruh oleh suaminya ia menurut sahaja tanpa ingkar, jika suaminya tidak ada, ia akan memelihara harta suaminya dan juga dirinya. Perempuan yang derhaka kepada suaminya tidak boleh diberi nafkah dan bahagiannya."
Sabda Nabi lagi,
" Sesiapa yang sabar terhadap perangai isterinya, Allah taala akan mendatangkan upah pahala seperti pahala Nabi Ayub. Sesiapa yang sabar atas perangai jahat suaminya, Allah taala akan mendatangkan upah pahala seperti pahala Nabi Ayub dan upah mati syahid perang fisabilillah."
Pahala kaum lelaki dan wanita di akhirat adalah sepuluh kali ganda dengan hanya satu kebaikan. WAJIB bagi isteri mengekalkan perasaan malunya kepada suaminya, menundukkan pandangan tanda hormat kepda suaminya serta patuh dan diam akan perintah suami. Duduk di dalam keadaan yang suami suka (berdiri/duduk/baring) ketika suami mendatanginya dan menunjukkan manjanya kepada suami agar mengembirakan suami.
Berkata Aisyah r.a.: " Kalau keluarga isterinya mengetahui hak suami terhadap isterinya, tentu mereka mahukan kamu sebagai isteri menyapu habuk dibahagian tumit suaminya dengan mukanya."
Aisyah bertanya kepada Rasullullah saw: " Yang manakah manusia yang paling besar haknya terhadap perempuan?" Jawab Rasullullah saw: " Suaminya." Bertanya Aisyah lagi: " Yang manakah hak yang paling besar ke atas lelaki?" Jawab Rasullullah saw: " Ibunya."
"Ada 3 perkara yang tidak diterima Allah taala:
- Sembahyang iaitu yang tidak mendapat apa-apa pahala.
- Tidak diangkat ke langit terhadap perempuan yang dimurkai suaminya.
- Hamba yang melarikan diri dari tuannya dan dia pulang bersama orang yang mabuk hingga kembali siuman."