Pages

Friday, October 19, 2012

Fatimah Azzahra kesayangan Muhammad saw.

Dikala Fatimah Azzahra r.a. menangis mengeluh akibat keletihan mengisar dan menepung gandum serta melakukan kerja-kerja urusan rumah. Berdiri Rasullullah di sisi pengisar gandum itu, dengan membaca Bismillahirraahmanirrahim baginda memegang batu pengisar sambil meletakkan gandum. Dengan izin Allah Taala, batu pengisar berpusing sambil bertasbih dengan loghat yang salah hingga gandum habis digiling. Baginda mengarahkan agar batu itu berhenti, lalu dengan izain Allah batu itu bercakap dengan bahasa Arab. 
Katanya, "Wahai Rasullullah, jika engkau perintahkan aku menepung dari timur ke barat aku pasti melakukan kesemuanya kerna aku mendengar di dalam kitab Allah bahawa bahan api pembakar di neraka adalah batu dan manusia. Oleh itu aku berasa takut wahai Rasulllullah, adakah aku juga termasuk golongan batu yang masuk kedalam neraka?" Jawab Rasullullah saw," Bergembiralah engkau kerana engkau adalah kepunyaan Fatimah dalam syurga."Maka sukacitalah batu itu.

Kemudian Bersabda Rasullullah,

Anakandaku Fatimah...
"Sekiranya Allah Taala mahu, tentu boleh batu ini mengisar dengan sendirinya tetapi Allah Taala hendak mencatatkan nama engkau dalam senarai kebaikan dan menutup kejahatan serta menaikkan darjat engkau."

Wahai Fatimah...
"Di mana-mana saja perempuan mengisar tepung gandum utuk suami dan anaknya, Allah Taala mencatatkan setiap biji gandum ganjarannya satu kebaikan dan kejahatannya terhapus serta mendapat darjat yang lebih tinggi.

Anakku Fatimah...
Isteri yang paling diutamakan yang mendapat keredhaan suaminya..keredhaan suami kepada isteri bermakna keredhaan Allah taala. Kemarahan suami bermakna kemarahan Allah taala juga.

Wahai Fatimah..
Walau apa pun kalau isteri melayan suaminya sepanjang hari dan malam, dengan hati yang mulia dan ikhlas, ditambah pula dengan niat yang betul, maka Allah taala mengampunkan semua dosanya dan diberi pakaian yang berupa pakaian hijau di kemudian hari? selain itu, dicatatkan untuknya seribu kebaikan pada tiap-tiap rambut ditubuh badannya dan dikurniakan pahala haji dan umrah.

Kesayanganku Fatimah... 
Dimana-mana saja kalau perempuan itu benar tersenyum di depan suaminya, Allah akan melihatkan untuknya nikmat yang berkekalan. Juga, Dimana-mana pun, jika isteri menyapu minyak dikepala suaminya, janggutnya, menggunting misainya dan mengerat kukunya, Allah Taala memberikan minuman air makhtum iaitu sejenis air tuak yang suci dan memudahkan rohnya tinggal sewaktu mati nanti. Dalam kuburnya memperoleh kebun syurga, dan namanya tercatat dalam senarai terlepas daripada seksaan api neraka dan melalui siratul muataqim.."

Ini hanyalah sebahagian kenikmatan yang Allah berikan kepadamu wahai wanita.....