Pages

Wednesday, October 17, 2012

Wanita Syurga Neraka


Wanita SYURGA
  • Perempuan yang memelihara dirinya daripada yang haram dan taat kepada suami.
  • Mempunyai banyak anak
  • Sabar
  • Memadai apa yang ada walaupun sedikit bersama suaminya.

Mengenai kenyataan Rasullullah saw terhadap keempat-empat orang perempuan di atas, jika kematian suami sedangkan mempunyai anak kecil, perempuan itu bersabar terhadap anaknya, tambahan lagi tanpa ia berkahwin lagi tergolong ia di dalam hadith yang tersebut.
Sabda Rasulllullah saw,
"Allah Taala mengharamkan tiap-tiap anak Adam masuk syurga sebelum aku. Jika ada perempuan sedemikian, maka bersegeralah ia masuk ke mana-mana bahagian pintu syurga. 
Maka aku bertanya: 
" Siapakah orang ini, lebih segera daripada aku?' lalu berkata seseorang kepadaku: ' Muhammad, inilah perempuan yang mempunyai beberapa kebaikan, di sisinya (dalam jagaanya ada anak yatim dan dia sentiasa bersabar memelihara anak yatim itu.' ") 

Perempuan NERAKA
  • Perempuan yang amat keji lidahnya (bercakap kasar) kepada suaminya.
  • Jika tiada suaminya disisi, tidak ia menjaga kehormatannya.
Umar al kahttab r.a. berkata bahawa Rasullullah saw bersabda:
" Dimana sahaja perempuan itu meninggikan suara kepada suaminya, dilaknat oleh tiap-tiap sesuatu yang terbit dari atas matahari. Ini kerana perempuan itu menyusahkan suaminya dengan sesuatu yang tidak mampu ditunaikan oleh suaminya." 

Ali bin Abi Thalib berkata bahawa dia telah masuk ke rumah Rasullullah saw bersama dengan Fatimah. Mereka mendapati bahawa Rasullullah sedang menangis tersedu-sedu. Maka Ali bertanya kepada baginda: " Apakah sebab engkau menangis wahai Rasullullah?" kemudian bersabda Rasullullah:

" Wahai Ali, aku telah dibawa berjalan ke langit pada suatu malam. Aku mendapati ramai perempuan daripada umatku yang diisikan ke dalam neraka jahanam dengan berbagai-bagai azab. Ketika itu juga aku menangis kerana melihat mereka disiksa dengan penuh azab. Aku melihat ada diantara mereka yang digantung dengan rambutnya, ada pula yang mengelegak otak mereka, ada yang digantung dengan lidahnya, ada yang dituang air panas mendidih ke dalam mulutnya dan sesetengahnya pula ada yang diikat kakinya dibahagian teteknya, manakala kedua-dua belah tangannya di ikat dibahagian ubun-ubun kepalanya, ditambah dengan seksaan ular dan kala jengking. Sesetengahnya pula, digantung dengan teteknya, ada pula kepalanya menjadi kepala babi dan badannya menjadi badan keldai. Diatas langit itu, terdapat beribu-ribu azab dan antaranya ada ynag berwajah anjing, api neraka masuk dari mulutnya dan keluar melalui duburnya dan malaikat memukul kepalanya dengan tongkat besi."

Kemudian Fatimah berdiri dan berkata: " Wahai kekasihku, penyejuk mataku, apakah dosa mereka sehingga disiksa sedemikian?

Maka jawab Rasullullah saw: 

" Wahai anakku Fatimah:
  • Yang tergantung rambutnya itu perempuan/isteri yang tidak bertudung kepalanya dihadapan lelaki ajnabi, selain mahram/suaminya.
  • Perempuan yang tergantung lidahnya perempuan yang menyakiti suaminya dengan lidahnya.
  • Perempuan yang digantung teteknya ialah perempuan yang melakukan maksiat tanpa pengetahuan suaminya.
  • Perempuan yang dipasak kaki di bahagian teteknya dan kedua-dua belah tangannya diikat dibahagian ubun-ubun kepala nya dan diisikan dengan patukan ular dan gigitan kala jengking itu ialah perempuan yang tidak mandi junub dan memandang ringan terhadap sembahyang.
  • Kepalanya berkepala babi dan badannya berbadan keldai ialah perempuan yang suka mengada-adakan sesuatu yang tidak ada, iaitu bercakap bohong.
  • Perempuan yang berupa anjing dan api neraka yang masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya ialah perempaun yang suka menghasut, memfitnah dan hasad dengki."
Seterusnya Rasullullah bersabda lagi," Wahai anakku, amat celakalah bagi perempuan yang durhaka kepada suaminya."

# Hadith  yang kerap kita dengar, mungkin sekali malah mungkin lebih dari 100 kali. Namun sedarkah wahai sahabat, percaya atau tidak ia hanya menjadi angin lalu di telinga kita.. Kenapa dikatakan begitu? Renungkan diri apa perubahan yang telah kita lakukan setiap kali azab-azab Allah didengarkan kepada kita.
Wahai para wanita..hayati dan adakan rasa gentar dihati sebagaimana rasullullah menangisi azab yang bakal kita hadapi. Ayuh! bersama-sama kita muhasabah diri, hijrahkan diri.. bangunlah saudari sekalian..
Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah..

Author,
An-Nur akan kembali...