# Janganlah kalian mengingkari orang lain kerana hawa nafsu, tetapi ingkarilah kerana iman. Jadikanlah iman sebagai peningkar. Jika kalian mengingkari orang ingkar kerana Allah, Dia akan melindungi kalian dalam melenyapkan kemungkarannya dan menolong kalian dalam menyelamatkannya. Tetapi jika kalian mengingkarinya kerana hawa nafsu, hasutan syaitan, dan hasrat kalian, Allah akan membiarkan kalian. Kalian tidak akan mampu menyelamatkan orang ingkar itu dan tidak akan mampu menghancurkan kemungkarannya.Barangsiapa membasmi orang ingkar bukan kerana iman, ia sebenarnya bukanlah menghapuskan kemungkaran orang ingkar itu. Pengingkaran atau penghapusan haruslah dilakukan tanpa "dirimu", kerana Allah semata, bukan kerana makhluk, demi membela agama Allah, bukan demi membela nafsumu, untukNYA, bukan untukmu. #-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani
Sunday, November 25, 2012
Doa Angin Ahmar
Memadai kita amalkan sekali dalam sepanjang hidup kita ayat seperti yang tertera diabawah. Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhamad SAW umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.
Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.
Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhamad SAW dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhamad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.
Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakinilah doa ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.
Amalkanlah membaca Doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.
DOA MOHON DIJAUHI DAN DISEMBUHKAN DARI PENYAKIT ANGIN AHMAR
Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan denganNya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifatMu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiriNya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap Syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepadaMu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisiMu. KepadaMu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam.
Bulan Haram
" Firman Allah SWT yang lepas disebutkan bahawa Allah SWT menciptakan
dalam kehidupan manusia empat bulan yang dinamakan ‘bulan-bulan hurum’.
Perkataan ‘hurum’ merupakan kalimat Arab yang menunjukkan jama’ atau
plural daripada perkataan ‘singular’nya iaitu ‘haram’ yang membawa
maksud larangan. Apabila menyebut tentang bulan-bulan haram ianya
menunjukkan tentang kemuliaan yang terdapat pada bulan-bulan tersebut.
Hal ini termasuklah fadhilat-fadhilat mahupun tegahan-tegahan yang
terdapat padanya. Bulan-bulan haram yang dimaksudkan adalah empat bulan
Islam iaitu Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Sabda Nabi SAW:
Apa yang boleh dikongsikan di sini bila berbicara tentang bulan haram selain kelebihan beribadah didalam nya. Pertamanya kenapa dinamakan dinamakan bulan-bulan haram pada keempat-empat bulan ini? Pengharaman peperangan demi ibadat haji dan umrah yang dilakukan di dalam bulan-bulan tersebut. Perjalanan ke Mekah dilakukan pada bulan Zulkaedah seterusnya ibadat haji dilakukan pada bulan berikutnya, Zulhijjah. Pada bulan Muharram jemaah-jemaah haji akan pulang ke tempat masing-masing. Pengharaman pada bulan Rejab lantaran ibadah umrah yang dilakukan di dalam bulan itu pada pertengahan tahun. .
Inilah kesenangan yang diberikan Allah untuk kita memberikan kita kelapangan untuk beribadah dan menambah amalan. Bila ruang dan masa begini dikhususkan untuk kita beribadah dan diisytiharkan hukuman pengharaman bagi kita beribadah dengan sempurna, sudah tentunya pahala yang diperolehi juga berganda..Namun jangan terlupa jika kerja-kerja maksiat dan sia-sia juga dibuat dengan sempurna maka dosa nya juga tentulah berat.
Kedua, dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia dalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.
“Sesungguhnya zaman(tahun) telah berputar sebagaimana keadaannya sejak hari Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu terdapat dua belas bulan dan di antaranya ada empat bulan yang suci, tiga berturut-turut iaitu Zulqaeddah, Zulhijjah dan Muharram dan keempatnya ialah bulan Rejab ‘Mudhar’ yang jatuh antara dua Jamadil (iaitu Jamad Awal dan Jamadil akhir) dan Sya’ban”. ( Hadith Muttafaqun ‘Alaih). "petikan dari: http://imamudasyraf.com
Apa yang boleh dikongsikan di sini bila berbicara tentang bulan haram selain kelebihan beribadah didalam nya. Pertamanya kenapa dinamakan dinamakan bulan-bulan haram pada keempat-empat bulan ini? Pengharaman peperangan demi ibadat haji dan umrah yang dilakukan di dalam bulan-bulan tersebut. Perjalanan ke Mekah dilakukan pada bulan Zulkaedah seterusnya ibadat haji dilakukan pada bulan berikutnya, Zulhijjah. Pada bulan Muharram jemaah-jemaah haji akan pulang ke tempat masing-masing. Pengharaman pada bulan Rejab lantaran ibadah umrah yang dilakukan di dalam bulan itu pada pertengahan tahun. .
Inilah kesenangan yang diberikan Allah untuk kita memberikan kita kelapangan untuk beribadah dan menambah amalan. Bila ruang dan masa begini dikhususkan untuk kita beribadah dan diisytiharkan hukuman pengharaman bagi kita beribadah dengan sempurna, sudah tentunya pahala yang diperolehi juga berganda..Namun jangan terlupa jika kerja-kerja maksiat dan sia-sia juga dibuat dengan sempurna maka dosa nya juga tentulah berat.
Kedua, dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia dalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.
.
Labels:
bulan haram,
bulan hurum
Friday, November 23, 2012
Berita dari orang-orang fasik
"wahai orang-orang beriman, jika datang kepada kamu seseorang yang fasik dengan membawa suatu berita, maka selidikilahterlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (secara jahil), maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang-orang yang menyesal." (Al-Hujurat:6)
Di dalam ayat ini Allah Ta'ala meminta agar orang yang beriman supaya berhati-hati menerima berita dari orang-orang Fasik, juga jangan bertindak melulu, terburu-buru apabila menerima sebarang berita.Sebab nuzulnya ialah antaranya sebagaimana diriwayatkan oleh ulama, seorang bernama al-Walid bin Aqabah pulang menemui Rasulullah selepas pergi mengambil harta sedekah dengan membawa berita bahawa penduduk bani Mutallib telah murtad. lantas baginda mengumpul bala tentera untuk lancarkan serangan, Baginda menugaskan Khalid al Walid sebagai ketua dan berpesan supaya menyiasat terlebih dahulu.. Pengintip dihantar dan tiba pada malam hari, apabila sampai disana mereka terdengar suara azan dan penduduk mendirikan solat menunjukkan mereka adalah orang-orang Islam..Khalid menemui penduduk dan sememangnya mereka orang Islam. Khalid dan bala tentera pulangke Madinah menemui Rasullullah. Berhubung peristiwa tersebut, maka Allah taala menurunkan ayat ini.
Kita hendaklah mengkaji terlebih dahulu sesuatu berita yang disampaikan, terutama berita itu disampaikan oleh orang yang Fasik, maka ia menjadi satu malapetaka besar ke atas umat Islam samada melalui percakapan atau perbuatan.
Menurut hukum Islam, orang yang fasik bukan sahaja kita tidak boleh menerima berita daripadanya, bahkan dia juga tidak boleh menjadi saksi di dalam mahkamah.
Sumber:Tafsir Surah Al-Hujurat (Tuan guru Abdul Hadi Awang)

Wednesday, November 21, 2012
Sombong Bukan Akhlak Muslim
sumber:www.tarbawi.my.
Ustaz Idris Ahmad
Takabbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam menghina orang yang dianggap level-nya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan releven sepanjang masa, serta tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat yang baik. Imam Al Ghazali berkata di dalam kitab Ihya'-nya, "Orang yang takabbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya (tidak beradab) keras dan kasar".
Takabbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya. Oleh kerana itu, sifaazmumah ini adalah sifat yang paling bahaya jika ia dimiliki oleh manusia, kerana sifat ini merupakan sifat warisan Iblis yang akhirnya menempah neraka buat selama-lamanya.
Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk. Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah.
Orang yang takbur mereka lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis qudis yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud, "Allah berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang merampas keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyeksanya". [Riwayat Muslim]
Tanda-Tanda Sifat Takabbur
Ustaz Idris Ahmad
WRITTEN BY AKADEMI TARBIYAH DPPM
Sombong, bongkak, angkuh, atau takabbur mempunyai satu kategori yang sama, iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun jika terdapat unsurnya yang sedikit sekalipun ia akan mendatangkan kebencian dan kemurkaan Allah Taala, malah sifat mazmumah tersebut boleh menghalang kita mendapat Syurga dan menghapuskan segala amal kebajikan kita.
Firman Allah Taala :
"Dan Tuhan kmu berfirman; Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan memperkenankannya. Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina" (Surah Al Ghafir: 60).
Sifat sombong atau takabbur boleh dibahagikan kepada dua bahagian;

- Takabbur Zahir dan;
- Takabbur Batin.
Takabbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam menghina orang yang dianggap level-nya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan releven sepanjang masa, serta tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat yang baik. Imam Al Ghazali berkata di dalam kitab Ihya'-nya, "Orang yang takabbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya (tidak beradab) keras dan kasar".
Takabbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya. Oleh kerana itu, sifaazmumah ini adalah sifat yang paling bahaya jika ia dimiliki oleh manusia, kerana sifat ini merupakan sifat warisan Iblis yang akhirnya menempah neraka buat selama-lamanya.
Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk. Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah.
Orang yang takbur mereka lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis qudis yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud, "Allah berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang merampas keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyeksanya". [Riwayat Muslim]
Tanda-Tanda Sifat Takabbur
- Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan.
- Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian.
- Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang.
- Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W, "Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya" (Sunan Abi Daud dan At Tirmizi).
- Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain.
Cara Mengubat Wabak Takabbur
Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaddhu'. Orang yang tawaduk dia hidup dengan semua kategori manusia dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada seluruh jenis manusia tanpa mengira tinggi atau rendah pangkatnya. Dia sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka.
Sebagai ahli PAS, kita hendaklah mesti bersikap rendah diri samaada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Rai-kanlah seluruh ahli PAS kerana bukan wang yang mereka minta. Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar.
Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jamaah insyaAllah ia akan merancakkan kerja jamaah dan dapat melebarkan pengaruh
Pas kepada orang luar. Sekiranya ahli dan pemimpin PAS dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam PAS dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah.
Abdullah Ibn Masud R.A ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu sikap berputus asa dan rasa bangga diri.
Sifat tawaddhu' akan membuka hati mad’u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh PAS. Apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua orang yang ditemuinya, bersikap sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis, makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya, dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati.
Firman Allah Taala :
"Dan hamba Allah yang baik (yang diredhai-Nya); ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan)" (Surah Al Furqan:63)
Rasulullah S.A.W turut bersabda, maksudnya, "Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawaddhu' sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain" (Riwayat Muslim dan Abi Daud)
Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.
Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita.
Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan
Apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.
Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.
Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.
Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Apa itu orang Fasik ?
Fasik ialah orang yang keluar dari garis panduan Islam. Mengikut syarat fasik ialah orang yang tidak mentaati Allah dan mengerjakan dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil secara berkekalan. Fasik boleh dibahagikan 3 peringkat:
Peringkat pertama: Melakukan dosa besar secara sekali sekala sahaja. Selepas dia melakukan perbuatan tersebut, dia merasa bersalah dan tersangat menyesal terhadap perbuatannya itu.
Peringkat kedua:melakukan maksiat atau dosa besar dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati.
Peringkat ketiga: Melakukan maksiat atau dosa besar did dalam keadaan berterusan, di samping itu dia menganggap betapa buruknya dosa besar yang dilakukannya itu. Peringkat ini adalah sebahagian daripada peringkat kekufuran.
Imam Syafie mengharuskan orang fasik menjadi imam, pendapat ini diutarakan kerana dizaman beliau ramai pemimpin yang fasik. Sungguhpun demikian mereka rajin bersolat dengan rakyat jelata dan menjadi imam. Telah menjadi adat pada waktu itu, jika ketua atau raja tanpa mengira fasik atau tidak, dialah yang akan menjadi imam solat jika berjemaah.
Imam Syafie berpendapat orang yang fasik tidak sah menjadi wali nikah, Imam Abu Hanafi dan Imam Maliki berpendapat wali fasik Harus menjadi wali kerana dia layak menjadi wali kepada hartanya.justeru dia lebih layak menjadi wali perkahwinan anaknya dan sebagainya.
Jika orang fasik menjadi pemimpin, ketua negara atau sebagainya, maka segala arahan nya yang tidak bercanggah dengan syariat islam hendaklah dilaksanakan dan apabila berlaku percanggahan dengan syariat Allah maka mestilah ditolak, tidak harus dipatuhi.
Petikan:Tafsir Al-Hujurat (Tuan Guru Abdul Hadi Awang)
Monday, November 19, 2012
Mutiara Indah Para Kekasih Allah
Barang siapa telah menggapai kekasih, ia selamat dari kepiluan.
Barang siapa mampu memandang Tuhan, ia tak memerlukan lagi khabar.
Barang siapa telah mencapai taraf ketergantungan hanya kepada Allah, ia selamat dari nestapa.
Barang siapa mencapai taraf pendampingan, ia selamat dari perpisahan.
Barang siapa mencapai al-Haq, ia selamat dari gundah perasaan.
Dan barang siapa mencapai taraf penjumpaan, ia aman dari penderitaan.

Kekasih Allah,
pencinta
Sunday, November 18, 2012
HAIKAL 1 - 7
Haikal Pertama
(Al-Baqarah 2:255)
Haikal Ke-2
Haikal Ke-3
Haikal Ke-4
Haikal Ke-5
Haikal Ke-6
Haikal Ke-7
(Al-Qalam 68:51)
Labels:
Doa Haikal,
Doa Pengukuh Iman,
Haikal 7
Monday, November 12, 2012
Nabi Sulaiman & Semut
Menurut sejumlah riwayat, pernah satu hari nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut, "wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam satu tahun? "sebesar biji gandum,"jawabnya.
kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap setahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu. Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?"tanya Baginda.
"Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,"jawab si semut. "Dengan tawakal padaNya aku yakin Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku pasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya untuk peroleh sebiji gandum lagi atau engkau akan terus melupakanku.Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.
Walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah swt semata-mata. Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, Namun khuatir baginda tidak dapat memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah swt semata, bukan kepada manusia.

cerita2,
Nabi Sulaiman,
sejarah,
Semut,
tawakal
Sunday, November 11, 2012
Ar- Rahman Ar-Rahim
Kata seorang penyair:
"Allah marah jika kau tak meminta kepada-Nya Sedangkan manusia marah jika diminta."
Ar-Rahman terkait dengan penyingkiran derita, sedangkan Ar-Rahim terkait dengan pemberian nikmat.
Ar-Rahman terkait dengan orang yang mengingkari-Nya, sedangkan Ar-Rahim terkait dengan orang yang nengesakan-Nya.
Ar-Rahman terkait dengan penghidupan di dunia, sedang Ar-Rahim dengan kehidupan akhirat.
Ar-Rahman adalah yang memberikan kasih sayang, menyingkirkan mudarat, dan menolak keburukan, sedangkan Ar-Rahim memberi rezeki dan makan.
Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh. (adz-Dzariyat 51:58.)
Wednesday, November 7, 2012
Resepi Tuk Kenali
Pagi-pagi aN-NuR tengok-tengok resepi, teringat akan resepi Tuk Kenali yang juga pandai dalam Ilmu masakan, malah beliau pernah menjadi Tukang masak bagi kumpulan pelajar semasa belajar di Tanah suci, Semasa mengajar di Masjid Besar Muhammadi, Kota Bharu juga beliau memasak sendiri..
Bahan-bahannya:
1. Bawang Merah yang digoreng.
2. Cili hidup
3. Terong Masam/ buah Macang
4. Pekasam (Kicap atau budu)
5. Jintan putih.
6. Santan
Cili, Terong masam, dan jintan putih dibersihkan dan ditumbuk. Kemudian gaulkan kesemua bahan dan bolehlah dimakan sebagai bahan pencicah. Pencicah ini sedap sebagai pembuka selera.
Tuk Kenali atau Syaikh Muhammad Yusuf Kenali Kelantan, diwafatkan pada Ahad, 2 Syaaban 1352. Antara ilmu Islam yang diajarkan Tuk Kenali secara serius ialah terjemahan Al-Quran dan tafsiran, beliau mengajarkan tafsir Al-Jalaalain disamping menggalakkaan anak murid beliau dalammenterjemahkan Tafsir Al-Khaazin. Dari tulisan anak murid beliau, Asy-Syaikh 'Uthman Jalaaludin (meninggal dunia pada 1952), Tuk Kenali tidak akan menafsir Al-Quran tanpa adanya Tafsir (syarah) kerna katanya "kita tiada hafadz akan huruf-huruf tafsir dan kalimahnya yang menerangkan maksud ayat Quran." Beliau juga sangat berhati-hati dalam menafsir sesuatu ayat dimana beliau tidak akan mengulas melainkan setelah kitab itu dibawakan kepada beliau, baginya tiada mencukupi ilmu dan ingatan yang ada saja.
Beliau seorang yang pemurah, apa-apa rezeki tidaklah disimpan sehingga esok, malah terus disedekahkan kepada yang memerlukan.Antara pusaka Tuk Kenali sewaktu meninggal alam fana ini ialah sebidang tanah di Kg. Belukar seluas 2.191 depa, terletaknya Masjid Tuk Kenali dan Pondok Tuk Kenali.
Kata-kata hikmat Tuk |Kenali:
Sumber: Pusaka Tuk Kenali
Abdullah Al-Qari B. Hj Salleh

- Belanjakanlah apa yang ada dalam saku, nanti akan dibawakan anda rezeki dari pihak Yang Maha Ghaib.(Rezeki itu bak udara, selalu bertukar ganti, dia akan memenuhi ruang yang kosong apabila ia dikosongkan/ dibelanjakan)
- Apa-apa yang tidak diperolehi semuanya tidak lah ditinggalkan kesemuanya.
- Seseorang pengarang itu akan menjadi sasaran (kikit *).(*mesti bertanggungjawab di dunia dan akhirat serta berani)
Sumber: Pusaka Tuk Kenali
Abdullah Al-Qari B. Hj Salleh
Labels:
Pencicah,
Resipi,
Tuk Kenali,
Ulama
SEJARAH RINGKAS TABUT
Al-Qurthubi mengatakan tabout diturunkan kepada Nabi Adam dan terus bersamanya sehingga Nabi Yaqub.Dan kemudiannya kepada Musa a.s, Bani Israel berjaya memerangi banyak musuh sehinggalah ketika bani Israel memasuki palestine & menguasainya di bawah pimpinan yusya' bin Nun, dan menjadi serangan bangsa-bangsa sekelilingnya,seperti bangsa palestine sendiri, bangsa arab dan bangsa aramiyin. kemenangan dan kekalahan silih berganti.Atas sikap bani Israel yang gemar bermaksiat, pada suatu waktu datanglah bangsa palestine yakni penduduk "Usydud" satu daerah dekat Gaza menyerang bani israel, dimana kemenangan Palestine berhasil merampas peti keramat mereka iaitu " TABUT", sebuah peti penyimpanan kitab Taurat.Kaum Israel diusir dari Jurussalem oleh tentera Jalut.
Tabout berfungsi sebagai sambungan langsung daripada Musa kepada Tuhan. Tabut mendampingi kaum israel selama 40 tahun di dalam mengembara dan berperang. Kurniaan Allah kepada bani Israel ini dianggap benda keramat yang memberi sumber kekuatan dan keberanian.
Sejak ditinggalkan Nabi Musa,bani Israel tiada pemimpin yang berwibawa. Berkat doa Nabi Samuel, Thalout diangkat menjadi Raja dan sebagai bukti Peti Tabut yang sudah 7 bulan dirampas orang Palestine dikembalikan kembali kepada Bani Israel.
"sesungguhnya tanda dia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabout kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari tuhanmu peninggalan keluarga Musa dan Harun, tabout itu dibawa oleh malaikat" al-baqarah-148.
"sesungguhnya tanda dia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabout kepadamu, di
Jalut telah mempersiapkan tentera untuk berperang. Bani Israel memang terkenal atas sifat engkar sejak dari pemerintahan Musa lagi, namun kemenangan tetap berpihak kepada mereka atas kepintaran pemuda tampan iaitu Nabi Daud mengalah Jalout, panglima perang Palestine.
Keakraban Nabi Daud dan Thalout tidak lama, dimana Thalout,bapa mertua Daud berkali-kali termakan hasutan iblis dan merasa tergugat dengan kehandalan Nabi Daud dan kekhuwatiran nya hilang kepercayaan rakyatnya. Namun segalanya diatasi dengan mudah oleh Nabi Daud dan baginda diangkat menjadi Raja selepas Thalout lari menghilangkan diri kerana malu atas sikap iri hatinya sendiri.
Dibawah pemerintahan Daud, pernah suatu ketika sebahagian kaum Israel yang ingkar akan perintah Allah telah diturunkan azab dimana, mereka yang ingkar ditimpa gempa bumi yang dasyat.
Seterusnya selepas kewafatan Daud, tampuk pemerintahan diambil alih oleh Putera baginda Sulaiman a.s, Sulaiman menerima wasiat Daud bagi membina Haikal Sulaiman dimana disitu ditempatkan Tabut lambang kebesaran bangsa Israel....
Dibawah pemerintahan Daud, pernah suatu ketika sebahagian kaum Israel yang ingkar akan perintah Allah telah diturunkan azab dimana, mereka yang ingkar ditimpa gempa bumi yang dasyat.
Tuesday, November 6, 2012
Ilmu Rahsia
Di kala rasullullah diuji Allah kesorangan setelah kematian Abu Thalib disusuli kematian Khadijah kesayangan baginda, baginda terus menghadapi tekanan yang hebat dari musyrikin mekah hingga memaksa baginda keluar dari mekah ke Thaif..
Namun dengan sabar rasullullah terus berdakwah walaupun dilempari dengan batu hingga melukai baginda.
kesabaran dimiliki rasul Allah ini membawa kembali baginda ke bumi Mekah untuk berdakwah bersama Zaid bin Haritsah dibawah perlindungan Allah juga bantuan tokoh Quraisy Al-Math'am bin 'Ady, dan kembali menyeru Mengesakan Allah dan beribadah kepadaNya seperti sebelum diusir..
Penderitaan demi penderitaan dihadapi baginda dalam urusan berdakwah.. tanpa lelah, malu akan cacian, tiada rintihan dan keluhan..
Perintah dan kasih sayang Allah dibawa dalam menghadapi tekanan sepanjang berdakwah.. Setiap Wahyu di terima baginda menjadi kekuatan menghadapi ujian yang tiada taranya.
"Dan besabarlah dalam menunggu ketetapan Rabbmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah memuji Rabbmu ketika kamu bangun berdiri, dan bertasbihlah kepadaNYa pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar)."
ATH-THUR 48-49
Dapatkah kita khalifah kecil ini menerima secebis ujian dengan redha dan cuba kita membayangkan apa telah di lalui baginda dahulu untuk kesenangan kita membawa islam sekarang. seterusnya membantu membentuk keperibadian mulia persis baginda.. SABAR... ialah ILMU terhebat yang senang dicari tetapi PAYAH DIMILIKI...! Dengan adanya ilmu ini , kita pastinya dapat merasai manisnya kasih sayang Allah itu.. tetapi harus diingat, apa jua ilmu tentu nya ada kaedah pengamalannya..
Labels:
ilmu rahsia,
muhasabah diri,
Sabar,
ujian
Subscribe to:
Posts (Atom)