Pages

Monday, November 12, 2012

Nabi Sulaiman & Semut

Menurut sejumlah riwayat, pernah satu hari nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut, "wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam satu tahun? "sebesar biji gandum,"jawabnya.
 kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap setahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu. Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?"tanya Baginda.
"Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,"jawab si semut. "Dengan tawakal padaNya aku yakin Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku pasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya untuk peroleh sebiji gandum lagi atau engkau akan terus melupakanku.Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.
Walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah swt semata-mata. Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, Namun khuatir baginda tidak dapat memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah swt semata, bukan kepada manusia.