“Sesungguhnya zaman(tahun) telah berputar sebagaimana keadaannya sejak hari Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu terdapat dua belas bulan dan di antaranya ada empat bulan yang suci, tiga berturut-turut iaitu Zulqaeddah, Zulhijjah dan Muharram dan keempatnya ialah bulan Rejab ‘Mudhar’ yang jatuh antara dua Jamadil (iaitu Jamad Awal dan Jamadil akhir) dan Sya’ban”. ( Hadith Muttafaqun ‘Alaih). "petikan dari: http://imamudasyraf.com
Apa yang boleh dikongsikan di sini bila berbicara tentang bulan haram selain kelebihan beribadah didalam nya. Pertamanya kenapa dinamakan dinamakan bulan-bulan haram pada keempat-empat bulan ini? Pengharaman peperangan demi ibadat haji dan umrah yang dilakukan di dalam bulan-bulan tersebut. Perjalanan ke Mekah dilakukan pada bulan Zulkaedah seterusnya ibadat haji dilakukan pada bulan berikutnya, Zulhijjah. Pada bulan Muharram jemaah-jemaah haji akan pulang ke tempat masing-masing. Pengharaman pada bulan Rejab lantaran ibadah umrah yang dilakukan di dalam bulan itu pada pertengahan tahun. .
Inilah kesenangan yang diberikan Allah untuk kita memberikan kita kelapangan untuk beribadah dan menambah amalan. Bila ruang dan masa begini dikhususkan untuk kita beribadah dan diisytiharkan hukuman pengharaman bagi kita beribadah dengan sempurna, sudah tentunya pahala yang diperolehi juga berganda..Namun jangan terlupa jika kerja-kerja maksiat dan sia-sia juga dibuat dengan sempurna maka dosa nya juga tentulah berat.
Kedua, dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia dalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.
.