Tabout berfungsi sebagai sambungan langsung daripada Musa kepada Tuhan. Tabut mendampingi kaum israel selama 40 tahun di dalam mengembara dan berperang. Kurniaan Allah kepada bani Israel ini dianggap benda keramat yang memberi sumber kekuatan dan keberanian.
Sejak ditinggalkan Nabi Musa,bani Israel tiada pemimpin yang berwibawa. Berkat doa Nabi Samuel, Thalout diangkat menjadi Raja dan sebagai bukti Peti Tabut yang sudah 7 bulan dirampas orang Palestine dikembalikan kembali kepada Bani Israel.
"sesungguhnya tanda dia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabout kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari tuhanmu peninggalan keluarga Musa dan Harun, tabout itu dibawa oleh malaikat" al-baqarah-148.
"sesungguhnya tanda dia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabout kepadamu, di
Jalut telah mempersiapkan tentera untuk berperang. Bani Israel memang terkenal atas sifat engkar sejak dari pemerintahan Musa lagi, namun kemenangan tetap berpihak kepada mereka atas kepintaran pemuda tampan iaitu Nabi Daud mengalah Jalout, panglima perang Palestine.
Keakraban Nabi Daud dan Thalout tidak lama, dimana Thalout,bapa mertua Daud berkali-kali termakan hasutan iblis dan merasa tergugat dengan kehandalan Nabi Daud dan kekhuwatiran nya hilang kepercayaan rakyatnya. Namun segalanya diatasi dengan mudah oleh Nabi Daud dan baginda diangkat menjadi Raja selepas Thalout lari menghilangkan diri kerana malu atas sikap iri hatinya sendiri.
Dibawah pemerintahan Daud, pernah suatu ketika sebahagian kaum Israel yang ingkar akan perintah Allah telah diturunkan azab dimana, mereka yang ingkar ditimpa gempa bumi yang dasyat.
Seterusnya selepas kewafatan Daud, tampuk pemerintahan diambil alih oleh Putera baginda Sulaiman a.s, Sulaiman menerima wasiat Daud bagi membina Haikal Sulaiman dimana disitu ditempatkan Tabut lambang kebesaran bangsa Israel....
Dibawah pemerintahan Daud, pernah suatu ketika sebahagian kaum Israel yang ingkar akan perintah Allah telah diturunkan azab dimana, mereka yang ingkar ditimpa gempa bumi yang dasyat.