Pages

Monday, November 5, 2012

Surah An-Nur

Allah itulah empunya cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya seperti sebuah lubang di dinding di dalamnya mengandungi pelita, pelita itu berada di dalam kaca, kaca itu bagaikan bintang-bintang yang berkilau-kilauan, pelita itu dinyalakan dari pohon kayu yang berkat iaitu minyak zaitun tidak di timur tidak dibarat, api minyak memancarkan cahya dengan sendirinya, biarpun tidak di sentuh api, cahaya berlapis cahaya. Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang disukaiNya untuk menerima cahaya itu. Dan Allah itu menbuat beberapa perumpamaan untuk manusia, dan Allah jualah yang mengetahui segala sesuatu. AN-NuR-35


Ayat ini mengandungi kegembiraan bagi yang mahu mengambil teladan dan merupakan ancaman bagi yang tidak mahu memikirkan dan memperhatikan.

Kata ibnu Abbas: inilah perumpamaan cahaya Allah, dan dipertunjukkan-Nya dalam hati orang mukmin laksana minyak yang jernih, hampir saja ia menerangi sebelum lagi dia disentuh oleh api. sekiranya disentuh api, maka akan bertambahlah sinaran cahyanya. Begitulah hati orang mukmin itu.