Pages

Wednesday, November 7, 2012

Resepi Tuk Kenali

Pagi-pagi aN-NuR tengok-tengok resepi, teringat akan resepi Tuk Kenali yang juga pandai dalam Ilmu masakan, malah beliau pernah menjadi Tukang masak bagi kumpulan pelajar semasa belajar di Tanah suci, Semasa mengajar di Masjid Besar Muhammadi, Kota Bharu juga beliau memasak sendiri..

Bahan-bahannya:
1. Bawang Merah yang digoreng.
2. Cili hidup
3. Terong Masam/ buah Macang
4. Pekasam (Kicap atau budu)
5. Jintan putih.
6. Santan

Cili, Terong masam, dan jintan putih dibersihkan dan ditumbuk. Kemudian gaulkan kesemua bahan dan bolehlah dimakan sebagai bahan pencicah. Pencicah ini sedap sebagai pembuka selera.

Tuk Kenali atau Syaikh Muhammad Yusuf Kenali Kelantan, diwafatkan pada Ahad, 2 Syaaban 1352. Antara ilmu Islam yang diajarkan Tuk Kenali secara serius ialah terjemahan Al-Quran dan tafsiran, beliau mengajarkan tafsir Al-Jalaalain disamping menggalakkaan anak murid beliau dalammenterjemahkan Tafsir Al-Khaazin. Dari tulisan anak murid beliau, Asy-Syaikh 'Uthman Jalaaludin (meninggal dunia pada 1952), Tuk Kenali tidak akan menafsir Al-Quran tanpa adanya Tafsir (syarah) kerna katanya "kita tiada hafadz akan huruf-huruf tafsir dan kalimahnya yang menerangkan maksud ayat Quran." Beliau juga sangat berhati-hati dalam menafsir sesuatu ayat dimana beliau tidak akan mengulas melainkan setelah kitab itu dibawakan kepada beliau, baginya tiada mencukupi ilmu dan ingatan yang ada saja.

Beliau seorang yang pemurah, apa-apa rezeki tidaklah disimpan sehingga esok, malah terus disedekahkan kepada yang memerlukan.Antara pusaka Tuk Kenali sewaktu meninggal alam fana ini ialah sebidang tanah di Kg. Belukar seluas 2.191 depa, terletaknya Masjid Tuk Kenali dan Pondok Tuk Kenali.

Kata-kata hikmat Tuk |Kenali:


  • Belanjakanlah apa yang ada dalam saku, nanti akan dibawakan anda rezeki dari pihak Yang Maha Ghaib.(Rezeki itu bak udara, selalu bertukar ganti, dia akan memenuhi ruang yang kosong apabila ia dikosongkan/ dibelanjakan)
  • Apa-apa yang tidak diperolehi semuanya tidak lah ditinggalkan kesemuanya.
  • Seseorang pengarang itu akan menjadi sasaran (kikit *).(*mesti bertanggungjawab di dunia dan akhirat serta berani)


Sumber: Pusaka Tuk Kenali
             Abdullah Al-Qari B. Hj Salleh