Pages

Saturday, November 9, 2013

41 tanda dalam badan anda ada jin

Ihsan pakcikli-jalan akhirat.

Ada ramai juga di kalangan kawan yang tak ambil peduli pasal jin. Kawan-kawan jenis itu biasanya memandang remeh jika ada orang yang mendakwa mereka terkena gangguan jin atau buatan sihir manusia. Mereka rasa orang yang seperti itu adalah lekeh kerana tidak kuat iman.Itu kata kawan-kawan yang ‘kebal jin’. Setiap kali berbincang tentang buatan orang atau rasukan jin, mereka hanya ketawa sinis dan memandang rendah pada golongan yang hidup asyik salahkan jin.
Bagi mereka yang berpengalaman terkena rasukan jin atau buatan sihir orang sudah tentu akan marah dengan sikap seperti itu. Tak kena tak apalah, nanti bila kena baru tahu!. Namun begitu, yang peliknya mereka ini tidak pernah kena lansung hal-hal seperti itu.Jika kawasan yang orang kata ‘keras’, mereka hanya selamba buat apa-apa saja tanpa rasa takut dan tidak mendatangkan kesan sedikit pun pada kehidupan dan juga kesihatan mereka. Memang mereka punya genetik tertentu yang sukar untuk jin masuk ke dalam darah.Persamaan jin dengan orang gila.
Saya pernah berbincang dengan mereka bahawa terkena rasukan atau gangguan jin bukan bermakna tidak kuat pegangan iman. Ia seumpama terkena pukulan kayu yang kuat dari belakang yang dilakukan oleh orang gila. Nak marah, orang yang memukul itu gila, dan dia buat apa yang dia suka.Untuk megelak perkara sedemikian berlaku, maka kita berhati-hati apabila melihat adanya orang gila. Ini di sebabkan samada gila atau tidak gila, hentakan kayu yang dibuat mereka mengenai badan kita tetap sakit dan membuatkan kita merana.Begitulah juga dengan jin.
Nas-nas sahih ada tentang kewujudan mereka. Menolak wujudnya Jin sama dengan menolak kewujudan orang gila. Jika kita berhati-hati dengan orang gila, maka kita juga perlu berhati-hati dengan jin.

Itu bukan bermakna iman tak kuat. Ia tidak ada kena mengena dengan tahap kepercayaan, ia sekadar usaha menjauhkan diri dari bahaya.

Simptom kena jin.

Baguslah jika anda termasuk dalam golongan yang kebal jin. Tapi bagi mereka yang tidak kebal jin sila baca satu persatu simptom yang disenaraikan di bawah. Jika anda sering mengalami masalah-masalah yang tersebut, ada kemungkinan jin menumpang duduk di dalam badan anda.

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Friday, November 8, 2013

Angin Sejuk Tanda Serapan Jin...

#aNNur nak share juga pengalaman seorang perawat. Sekadar untuk kita mengetahui simpton tubuh jika dimasuki jin. Be alert..

Iaitu...antara tanda-tanda jin akan merasuk seseorang ialah kemasukan angin sejuk darikedua belah kaki...Angin itu akan masuk dari hujung-hujung jari kaki kemudian perlahan-lahan menjalar ke atas dan apabila angin sejuk itu ke tubuh...mangsa akan menggeletar kesejukan...
Dan perlahan-lahan ia hilang kawalan...ia diganti dengan kawalan jin ke atas jasadnya.Ia terjadi pada seorang wanita jiran selang beberapa rumah...Ketika ia mengadu dan minta dirukyah kerana rasa tak sedap badan...baru beberapa minit saja dirukyah...angin sejuk mula masuk dan menjalar dari kakinya...Angin sejuk itu mula naik sampai ke pinggang dan saya yang pernah melihat ia kerasukan semasa dirawat oleh seorang rakan...Saya tahu akibatnya...dia akan kerasukan jin jantan dan akan bercakap berjam-jam lamanya dan menggunakan tenaga dalam...malah zikir untuk mempertahankan diri...Saya 'sangat-sangat' tak berminat nak berdepan melayan kerenah dan 'loyar buruknya'...maka saya mengambil keputusan untuk menghalang rasukan dengan menolak jin itu keluar melalui hujung jari-jari kaki...Saya gunakan Amalan Asar ke Asar dan membaca Ayat Lau Anzalna berulang-ulang...Dengan izin Allah...akhirnya angin itu dapat ditolak keluar...jin itu kemudiannya dapat dirasa oleh jiran itu dalam ibujari kaki kirinya seperti seekor ulat...dan dapat tarik keluar...

Yang menariknya...wanita itu menceritakan...ketika angin sejuk mula meresapi tubuhnya...ia merasa sedang berada di satu tempat jauh di-tengah hutan rimba...dalam sebuah taman yang ada padanya air terjun bertingkat...

Tempias dari air terjun itulah yang membuat ia rasa sangat kesejukan...dan beberapa meter di-hadapan...ada seorang lelaki yang sangat tampan berserban jubah putih melambai-lambaikan tangan memanggilnya datang..

Tapi setiap kali ia cuba menghampiri...lelaki tampan itu semakin menjauh...dan akhirnya semua bayangan itu hilang...dia kembali sedar berada dirumahnya...Ketika itulah ia merasa kehadiran 'ulat' itu di ibu jarinya...

SIHIR / PUKAU / SANTAU (PERISAI KEBAL MENGHADAPI ILMU HITAM)ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA

Malas nak menaip dan mengarang, so copy paste jer..
Ihsan: Ust Sharhan Shafie.

aNNur bukanlah pengamal perubatan, aN-Nur  terbaca blog ust ni.. so, share la dengan korang..suke-suke jer..
Bagi sesiapa yang pernah alami yg di bawah, cecepat berubat ya.. bila dah lama menjadi saka..susah.

Sihir masa terkena perit, ujian itu sakit, tapi bila dah baik dan ada pengawalan diri, ia manis. Pengalaman untuk tambah amal! Jadi, jangan takut sangat dengan jin ni, Apa kena buat? kenal siapa itu jin.

Jin mata satu ka? jinbalang ka? Jin dalam botol? Adakah "jin yang bertopengkan manusia" atau "manusia yang bertopengkan jin".

Jom kita berkenalan sikit dengan dunia tanpa sempadan ini. Kita tengok sekali imbas jer.. ambil tahu untuk jaga keluarga tersayang..

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:

1. SIHIR PEMISAH
Takrif dan pengertiannya:Memutuskan hubungan anak dan ibu.Memutuskan hubungan anak dan ayah.Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.Memisahkan antara suami dan isterinya.
Tanda-tanda sihir pemisah:Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.Enggan memohon maaf.Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.

2. ILMU GUNA-GUNA
Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.
Tanda-tanda:Asamara cinta yang keterlaluan.Berubah secara spontan dari benci kepada suka.Cenderung melakukan hubungan seksual.Sukar mengawal cinta.Rindu bayang yang berlebihan.Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab:Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.Mencuba dan ingin tahu.Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.Melariskan peniagaan.Mendapatkan pengikut.
Kesan-kesannya:Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.

SIHIR YANG DIHALALKAN
Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.

3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)
Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.
Tanda-tanda Hinopsis:Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.Seperti kain / api berubah menjadi burung.
Ada juga bukan hanya menyilap pandangan mata. Malah kepala juga pening menyebabkan fikiran salah tafsir perkara sebenar.

4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA
Tanda-anda Sihir Gila:Binggung dan lupa sesuatu.Kacau dalam perbicaraan.Mata kuyu (moyok).Tidak boleh tenang di satu tempat.Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.

5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA
Tanda-Tanda:Suka berseorangan / menyendiri.Tidak bercakap / pendiam.Tidak suka berjumpa orang.Fikiran meracau / terganggu.Selalu pening.Selalu lesu dan tidak bermaya.Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.

6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN
Tanda-tandanya:Selalu mengalami mimpi ngeri.Bermimpi mendengar orang memanggil nama.Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.Selalu was-was. Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.
Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.

7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT
Tanda-tandanya:Selalu sakit pada salah satu anggota badan.Saraf tersumbat.Lumpuh salah satu anggota tubuh.Tidak berfungsi salah satu pancaindera.Lumpuh keseluruhan badan.Bagaimana Berlakunya Sihir ini?Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:
Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh. Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.

8. SIHIR PENDARAHAN
Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".Pengertian PendarahanDikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.

9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN
Tanda-tandanya:
Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.Melihat pelamar bermuka hodoh.Banyak berfikir (fikiran melayang)Selalu gelisah waktu tidur.Selalu rasa sakit di perut.Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.Cara berlakunya Sihir iniJin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.

Thursday, November 7, 2013

KOSONG - nafi & isbat

Kosong. Allah itu bila di akhir perjumpaan kosonglah kita.. Hilangkan ke'aku'an diri. Itulah titik akhir adanya Allah taala.
Dari kosong kita datang, pulangnya kita ke hadrat Nya juga kosong.
Segala-galanya hak Allah taala.. tiada apa-apa walau sehelai rambut adalah hak kita. Usah sesekali mengaku kita empunya tubuh kerna itu hanya akan membuat kita makin lupa asal diri. Keluarkan kembali kenalkan diri kita pada ruh yang satu. Carilah jalan satukan kembali ruh dengan tuanNya. Maka dengan itu, segala persoalan diri dan tuhan akan terungkap.

Dunia ni sekadar pentas mainan budak tadika.. puas kita seronok berseloka, pulang ke rumah tidur keletihan menanti esok berulang tiba..seronok.. tiada apa yang perlu di beratkan fikiran.

Hilangkan kekhuwatiran dalam diri, pulang pada Allah dalam keadaan tenang. Kekusutan yang ada tinggalkan! agar bekas bekalan kosong di isi dengan Nur Allah. Lapangkan dada, kosongkan fikiran, sucikan hati agar Allah dapat mengisi ruang yang ada dengan ilmuNya.

Kekhuwatiran kekusutan itu di andaikan buah mangga masam yang kita makan, walaupun masam kita tetap terus makan sehingga puas, bila mulut cukup terasa dengan masam hingga tak termakan lagi, kita henti dengan kelegaan tanpa rungutan dan serik. Dan berharap nanti dapat di jamah lagi.. Begitulah nikmat rasa yang Allah taala beri, walaupun masam tetapi menjadi kesedapan bagi yang tahu merasa nikmat. Itulah kasih sayang Allah..

Dengan berbaik sangka pada Allah, segalanya akan jadi manis. Ketentuan Allah itu TIDAK PERNAH ADA yang sia-sia. Walaupun seekor kuman tentu ada kebaikannya. Apatah lagi kita manusia yang berakal, Sejahat mana pun kita, jika kembali pada Allah, kita tentu akan dimuliakan oleh Nya.. tetapi, kembalilah dengan ikhlas. Ciptaan Allah itu tetap hebat dan yang terbaik.

Kamu manusia, apa kamu fikir kamu sudah cukup beriman, wah hal kamu belum lagi diuji. Ujian itu kata Allah dapat meningkatkan iman kamu.. Jangan marah, jangan merungut jika di uji.. senyumlah. Khabaran ilmu dari Allah adakalanya suatu ujian untuk dekatkan diri padaNya.

Akhirkan setiap ceritera yang di mulakan dengan berbalik kepada Allah, maka segalanya akan selesai.. kebaikan itu tetap hak Allah. Salahkan diri kita agar ada kebaikan dari Allah. Jangan sia-sia kan apa yang Allah bagi, peluang, masa dan ruang walaupun hal itu amat tidak suka pada rasa kita.

AnNur# Rasa sunyi tanpa sakit, rasa sedih tanpa ujian, rasa takut jika terpaksa berkata demi hak Mu.
hukumlah aku Ya Allah..

Friday, October 18, 2013

Dunia Malam

Malam seringkali menjadi penyaksian keindahan kejadian Allah.. Para abid menjadikan  malam masa bermadu asmara dengan Kekasihnya.. Para Syuhada menggunakan malam berjuang di medan perang.. Kesempatan malam digunakan oleh alim ulama menelaah ilmu dengan baik. Pelbagai agenda boleh diisi sepanjang malam.. Hanya perlu di pilih samada jalan kejahatan atau jalan kebaikan..

Aku? Apa yang aku perbuat kala malam menjelma? ibadat sepanjang malam...hah! Itu tentunya PENIPUAN yang nyata..

Aku apa lagi jika tidak bermantera putar alam..meniup angin sepoi-sepoi bahasa menyeru jin dan polong datang mengadap..? Jeng..jeng..jeng..! hah! Ha!

Tak mampu aku kejangkan kaki berdiri sepanjang malam mengadap Allah..aku bukan ahli ibadah, bukan alim ulama.
Aku hanya anak mak..

Firman Allah An-Naba, 10-11,
Dan kami telah menjadikan malam sebagai pakaian, dan kami telah menjadikan siang untuk mencari penghidupan.

Kita meninggalkan roh tanpa makanan kerna asyik menyara kehidupan di siang hari, dijadikan Allah malam untuk membalut tubuh dengan pakaian malaikat, menguatkan rohani.
Jasad pula di matikan untuk menghadapi esok hari. Begitulah rutin yang tiada henti hingga kiamat menjelang.

Menelusuri dunia malam adalah sesuatu yang mengasyikkan..
sungguhpun kejahatan dan kebaikan seiiring menelanjangi malam hari. Aku suka sangat malam nih..selain boleh putar alam, tidur ialah faveret aku melebihi makan..

Allah menjadikan tidur untuk kita beristirehat, An-Naba-9.

Bagaimana tidur yang dikatakan rehat itu merehatkan?
Usahlah tidur jika hanya meletihkan..ia hanya merosakkan roh dan jasad. Carilah bahagian malam yang baik untuk istirehat. Sementara lainnya, Isilah malam dengan tidur berpakaian zikir mengingati Allah. Itulah pakaian malam yang terbaik. Dan seterusnya, tentunya rehat itu merehatkan.

Zikir itu ingat, bila ingat kita terbayang, bila terbayang sudah tentu rindu, bila rindu menjadi igauan, bila igau tentunya tersebut dimulut. Bangun pagi tentu segar merindu-rinduan sang kekasih.

Samalah seperti mati nya kita sebelum adanya persiapan amalan yang baik dilakukan, matinya kita tentu menyakitkan..
Mati yang merehatkan adalah mati sebelum mati..Dengan mati sebelum mati, kita sudah ada appointment & reservation dengan Allah sebelum memulangkan kembali rumah yang kita pinjam ke tanah.tiada yang akan menyoal status kewarganegaraan serta tanah yang disewa jika tempahan awal dibuat. Mungkar Nakir tentunya tak berani jengah tanah sewaan bagi siute kita, kerna kita dah jumpa tuan tanah minta permit..tentunya kita akan dilayan first class. ?

Thursday, October 17, 2013

AYAT PENAWAR DARIPADA API DAN RASA SAKIT

 
Surah al-Anbiya' ayat 69

Maksudnya: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!"

 
Apabila Maharaja Namrudz mendapati setiap kerja jahat yang dilakukan terhadap Ibrahim a.s. menemui jalan buntu, maka beliau telah mengambil keputusan untuk membakarnya. Taktik kotor itu mendapat sokongan setiap rakyatnya, sehinggakan seorang perempuan tua yang uzur turut bernazar menghantar kayu api untuk merealisasikan taktik kotor itu jika dia sembuh.

Sebuah lubang besar digali untuk dimuatkan dengan kayu api tersebut lalu dinyalakan api untuk membakar nabi Ibrahim di dalamnya. Nabi Ibrahim a.s. telah dicampak menggunakan lastik yang besar atas usulan seorang dari daerah Akraad-Persia (Syu’aib Al Jabay berkata, “Namanya adalah Haizan”, Allah menenggelamkan Haizan ke dalam bumi dan ia tetap  berada di dalamnya hingga hari kiamat.
Pada masa itu datanglah Jibrail a.s. untuk menawarkan pertolongan tetapi ditolak oleh Nabi Ibrahim a.s. kerana baginda hanya mendambakan kasih dan perlindungan Allah.

Malaikat penjaga awan turut menawarkan khidmat menurunkan hujan untuk memadamkan api yang besar itu, tetapi baginda tetap menolaknya. Diriwayatkan semua binatang merasa simpati dan berusaha memadamkan api dengan kudrat masing-masing melainkan wazagh (cicak atau tokek) (berdasarkan hadis riwayat Bukhari). Cicak makhluk yang jahat sebaliknya berusaha meniupkan api itu agar semakin bersemarak membakar Nabi Ibrahim a.s.. Menurut al-Zuhri daripada Aisyah r.h.a. itulah sebab mengapa cicak dipanggil sebagai 'Fuaisiq' yang bermaksud jahat. (Tafsir Ibn Kathir, tafsir surah al-Anbiya' ayat 69). Oleh karena itulah, mengapa Rasulullah shallalllahu ‘alaihi wa sallam menyuruh untuk membunuh cicak, dan menjelaskan bahwa membunuhnya sekali pukul akan mendapatkan seratus kebaikan, jika dua kali pukul, pahalanya berkurang dst. (berdasarkan hadis riwayat Muslim). Wallahu a’lam

Rupa-rupanya kasih sayang Allah s.w.t mengatasi kasihnya makhluk-makhluk itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Api yang sifatnya panas dan membakar bertukar menjadi sejuk dan nyaman untuk Nabi Ibrahim a.s. Mukjizat Allah kepada Nabi agung ini dalam api tidak menjejaskan baginda sedikit pun. (Tafsir Ibn Kathir, tafsir surah al-Anbiya' ayat 69)

Khasiat Beramal

Menurut keterangan ramai orang-orang soleh dan bertaqwa, ayat ini mampu menjadi penawar bagi bahaya kepanasan yang berpunca daripada demam, api dan sebagainya.
 
Caranya ialah ayat ini dibaca tatkala berlakunya musibah itu sebanyak tujuh (7) kali dengan yakin akan rahmat Allah yang menyelamatkannya.

An-Nur terus tersenyum : Memadailah bagiku Hanya Allah sebagai penolong dan Dia sebaik-baik Pelindung. 

حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ                          



 

Imam Hasan al Basri

" Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti aku yang terbaik di kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerna aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila ia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. "
Imam Hasan al Basri.

Thursday, September 19, 2013

Rezki Allah atau rezki syaitan? Pandangan Mata Yang Menipu

Bila kita sebut perihal rezki, apa yang dibayangkan? Makan! Kerja? Gaji? Ilmu? Rezeki Allah melata di muka bumi.. Kita hanya perlu memilih mengikut hukum yang ditetapkan Allah, haram kah ia? Halal? Syubhah atas rasa was-was kita? Kotor/Bersih pandangan zahir kita? Itu sudah cukup memadai patuh syariat islam..cukup menentukan nassab keturunan kita warisi bebas dari sumber haram dan syubhah. Makanlah, pakailah sekiranya ia suci dan halal mengikut syarak..

Allah tidak kejam atas pemberianNya, namun, ia bergantung atas pemilihan nafsu kita.. keperluankah ia? Atau lebihan..tidak mengapa jika tidak mengganggu urusan orang lain.. cuma kita beringatlah.. (",
Makanlah rezeki yang Allah hidang, usah khuatir.. syukur dan ikhlas menerima rezeki Allah..Allah sangat tahu akan hamba-hambaNya..
Jika tidak mampu, sudah kenyang.. berundurlah..mudharat jika berlebihan..

Takut sihir? Santau? Mulakan dengan bismillah, tak cukup? Tambah Ayatul Kursi. Takkan nak habiskan 1juzuk al-Baqarah pulak kan? Selebihnya tawakal pada Allah.Jika sakit, inSyaAllah atas kepercayaan kita padaNYA, Allah akan menjaga kita..Allah akan hantar ubat..Makanlah sekadarnya sambil ingat Allah, berhenti jika kita tidak mampu menjamah atau sudah kenyang. Hanya yang perlu yakin pada Allah..itu saja ilmu yang paling mujarab, IKHLAS menerima rezki Allah walaupun tahu makanan diguna-guna, INGAT Allah dengan bismillah, YAKIN yakni tawakkal.

Kita manusia, roh suci dijadikan Allah dari Nur Muhamad, jin dan syaitan tiada mudharat pada Allah.. Jasad yang kita guna hari-hari seringkali akan kotor,itu lumrah.. perlu dipolish selalu. Mandi hari-hari dengan zikir, doa kendiri dengan terapi al-Quran, doa dan urutan dari guru MURSYID perlu juga, paling utama selalu ingat Allah. Tak paham, musykil, susah hati bincanglah dengan guru yang BENAR & tanyalah Allah. Kadang-kadang manusia tak terlepas dari dosa, maka pendapat manusia bercampur noda dan fitnah..guru ustaz juga manusia..Apatah lagi, sangkaan dan analisis kendiri yang boleh jadi beserta jin yang bediskusi..
Pandangan MATA ZAHIR seringkali menipu, Pandangan MATA BATHIN suluh hakikat, tapi batin itu sembunyi..ia akan terus sembunyi..Hanya Allah saja akan khabar Kebenaran.. Berhubunglah dengan Allah terusi solat, mohonlah pimpinanNYA, sucikan hati..

Saturday, September 7, 2013

Allah jua sebaik-baik Penasihat

Assalamualaikum..
Sengaja aku biarkan sepi berusang blog ini tanpa suara.. kerna sengajanya juga aku ambil pendekatan memerhati dari berkata-kata..
Adakala Allah suka kita bersunyi-sunyian denganNya..

Ambillah Allah sebagai PENASIHAT, kerna Allah lebih dekat dengan kita berbanding manusia, in sya Allah tidak akan sesat kita hingga kiamat..Cukuplah jadikan makhluk sebagai penasihat kalian..Yakinlah Allah saja kaunter petanyaan kita yang dapat menjawab segala persoalan dengan baik. Usah khuatir tidak dapat memahami bahasa Allah, kerna Allah faham dan dengar dengan baik soalan-soalan kita, Dia tidak akan biar kita terkebil-kebil dungu tiada memahami jawapan yang telah dijawabNya.

Kerna apa aku berkata begini kawan? Kerna makhluk, setiap manusia masih belum terlepas dari pengaruh syaitan,..boleh jadi jawapan manusia ada pengaruh jin dan syaitan, boleh jadi jawapan manusia hanya dapat diterima oleh akal kita, yang dangkal pula..tetapi tidak dapat di sahkan pada iman dan islam yang benar..jadi, semaklah kembali jawapan kita dengan Allah sebelum menerima pendapat manusia, double check juga istikharah kita.. kerna kita tidak terlepas dari dosa yang menghijab kita dan Allah, sunat taubat jangan dilupakan setiap kali interaksi dengan Allah dilakukan..

Friday, May 31, 2013

BISMILLAH 5




                                  

Thursday, May 23, 2013

Tabligh

Dakwah dinilai bukan pada HASIL tetapi pada USAHA. Jadi, jangan khuatir jika kebaikan yang kita sampaikan tidak sampai pada tujuannya. tetapi bimbanglah jika tiada usaha disalurkan walaupun sudah tahu pengakhirannya.
Namun, tidak juga perlu dibimbangkan jika tiada kemampuan melakukan kebaikan/dakwah kerna lebih teruk akibatnya jika tidak mampu menanggung bebanan hasilnya.
methode dakwah sangat mudah,

Pertama: sekadar mengingkari didalam hati, iaitu penafian,
kedua:disusuli dengan doa,
ketiga: berilah cerita teladan.
keempat:sampaikanlah dengan lisan.
Kelima: gerakkan anggota melalui perbuatan.

Mulakanlah dari mana jua cara menurut keadaan, kerna apa yang penting intipati dakwah disampaikan. sesudah itu, tawakal kepada Allah, kerna hidayah bukanlah dari makhluk. Allah jua pembuka cahaya.

Usahlah kecewa sekiranya, usaha belum capai kemenangan.. semakin kalah, semakin besar harapan kita pada Allah, makin hampir kita padaNYA. Makin bertambah ketakwaan padaNYA

Friday, April 12, 2013

Sahabat yang ku sayang..

Sahabat,
Dari seorang guru tua yang berpesan padaku, aku ingin sampaikan pada kalian sahabat. sebelum aku tinggalkan singgahsana ini.
Tolong ingat dan beringat wahai teman yang ku sayang,

"Berhati-hatilah kalian dengan musuh yang dikalangan kawan terdekat kalian. yang menjadi api didalam sekam. yang mengetahui dan mengekori setiap perlakuan, perbuatan, agenda perjalanan, langkah kaki kalian..dia bisa menjadi orang diBawah kalian, bisa juga sesiapa jua.."

"takut pada musuh hanya sekali, takut pada kawan seribu kali, kerna kawan bila bertukar jadi lawan, dia banyak tau kita punya kelemahan."

Berfikir dan renung sejenak, pesan guru tua ku ini. setiap propaganda yang kerap terjadi pada kalian tanpa perlu ada suara berbisik atau menyampaikan, namun konflik dan agenda buruk tetap juga terjadi tanpa kalian sedari. sepertinya tidak sengaja. tidak jelas terjadinya seperti perencanaan.. tetapi ketahuilah, hanya Allah pengatur segalanya.. Perencanaan Allah lah yang terbaik!
Aku berpesan kerana Allah taala agar kalian lebih berhati-hati mengorak langkah ke depan.

ikhlas,
#an-Nur

Thursday, April 11, 2013

Istana hinggap, jalan-jalan sufi..

Tiba masa dan ketika, aku kena berpisah dengan dunia khayalan ini.. perjalanan abadi harus aku teruskan..persinggahan demi persinggahan langkahku atur.. inilah hidupku seorang musafir yang berkelana di tanah gersang. Aku tinggalkan pondok singgah yang bisa saja menjadi istana mewah..jihad kecil anak gadis seorang lelaki usang yang menanti penuh harapan.. segala tindak tanduk kerana Allah sudah tentu menjadi ibadah. Namun, sebagai hamba, seorang anak, seorang adik...aku lebih diperlukan.. perjalanan dakwah harus aku teruskan. Rezki Allah melata dimuka bumi ini, bisa saja jenuh lebih dari mencukupi.
Aku mungkin sebenarnya tidak betah lagi di pentas ini, dengan permainan duniawi..yang sebenarnya keras menghambat aku dari terus berdansa lagi. Akan ku terus mendendang lagu, tari menari pada yang ingin mengetahui.. Begitulah aku seorang pujangga sepi. Perjalanan ini entah bila akan terhenti.. sehingga pentadbiran islam teguh berdiri, aku akan mengorak sahut seruan ilahi. Allahuakhbar!
Kata Rasulku, Muhammad, jiran yang menyenangkan memberi kesan yang elok pada ibadah, katanya juga kenderaan yang gagah sangat dianjurkan bila berdakwah, tempat kerja juga harus berdekatan supaya tidak memberi masalah. Segenap sudut aku kaji dan teliti, akhirnya aku dapati jawapan yang pasti.. Perjalanan aku teruskan lagi.. Dari Alam roh menuju ke Alam rahim tiba aku ke Alam dunia menunggu setapak lagi ke Alam Barzakh.Apa mungkin ia menjadi gaung neraka atau taman-taman syurga.?Aku berkira-kira sendiri lagi..Celakakah aku jika terus berirama di pentas ini. Ya! aku kian pasti, kerna Malam Pertama aku akan sendiri, berhimpit-himpit, tulang temulang bersilih ganti. Aku tidak sanggup lagi..

Thursday, April 4, 2013

Hudud dan Sihir

Pernahkah kalian mendengar sepasang kekasih yang khuatir dikenakan hudud, berusaha selagi upaya agar salah mereka tidak didedahkan dengan menggunakan sihir? Sihir juga terkandung dalam hudud, mungkin antara kita tidak tahu. tukang sihir, pengamal sihir semuanya tidak terlepas dari hudud Allah. Bila menjalankan hudud kita perlu mempunyai saksi. Jadi, mungkin sebilangan berfikir jika sihir atau mantera di amalkan orang tidak mengetahuinya, jadi tiada hukum ke atasnya. Itu salah. kita boleh kenal, tahu punca kedatangan sihir dan pengamalnya cuma pada situasi sekarang, pengamal perubatan mendiamkan diri kerana tiada lagi hukum yang difatwakan keatas pengamal sihir. Jangan pelik jika satu hari nanti, kita berada di mahkamah dibicarakan atas kesalahan sihir.

RIYADH-Seorang bomoh wanita yang mengamalkan ilmu sihir telah dijatuhi hukuman pancung di Arab Saudi, menurut kenyataan Menteri dalam Negeri.

September, Seorang lelaki Sudan, Abdul Hammid Hussain juga dijatuhi hukuman mati atas kesalahan mengamalkan ilmu sihir.

Monday, April 1, 2013

Dosa kita tetap kita punya..

Nabi ajar.. kadang-kadang walaupun kita tahu kejahatan sedang berlaku dan kita tahu kedatangan dan puncanya. tetapi nabi tidak marah jika kita terpaksa tipu atau kias kan kesakitan/kejahatan yang datang itu berpunca disebabkan kelalaian diri kita sendiri. Moga-moga penjahat berubah dan beriman. Inilah tarbiah diri yang diajar nabi supaya kita redha dan lebih dekat dengan Allah. Baik kan ajaran rasullullah..
Biarkanlah manusia jahat itu yang tidak mahu bertaubat itu terus dengan agendanya, mengkambing hitamkan orang lain demi menutup salah diri..baling batu sembunyi tangan.walau berkali-kali ditegur, tiadanya peduli.
Namun, Apakah selamanya kita bisa menutup salah diri dengan mencari kambing?habis kambing? Nak cari lembu?
Apa salahnya.. berwuduk, solat.. pohon ampunannya, mohon hidayah Allah. Tunjukkan jalan.. tidak perlu berusaha terus berusaha menegakkan benang yang basah. Berhenti menyalahkan orang lain.
Kadang-kadang bukan Allah tidak beri hidayah, tetapi kita yang menolak cahaya itu kerna masih sayangkan nafsu serakah yang belum puas..
Kata ibn al-Qayyim: seksa kubur terbahagi kepada  dua, iaitu seksaan yang berkekalan, dan seksaan yang terhenti. Seksaan yang berkekalan dikenakan kepada orang kafir dan sesetengah orang mukmin yang melakukan maksiat. Seksaan yang terhenti itu ialah yang dikenakan kepada orang yang ringan dosanya, maka mereka diseksa mengikut kadar dosanya, kemudian dilepaskan daripada seksaan itu. adakalanya seksaan itu dilepaskan kerana doa dan sedekah oleh orang yang masih hidup.
 Janganlah terus-terusan menyalahkan Allah jika nafsu kotor kita tidak dapat dilempiaskan. Hairan, tiadakah secalit iman dijiwa untuk meratap dosa-dosa diri? bukan dengan manusia tetapi tangislah pada Allah. Apa guna solat kamu tunging terbalik jika tiada langsung takut pada Allah?
Ingatlah! Allah akan jaga kita, jika kita jaga Allah. Tak perlulah cari tukang-tukang sihir, pak mentera, Tok Moh untuk cover salah kita. Atau berlindung dengan mereka. Allah yang menjadikan kita, secalit tahi lalat ditubuh kita, Dia yang adakan. Bagaimana mungkin jasad kotor kita boleh menyorok disebalik rimbunan pokok bunga? dengan harapan Allah tidak perasan wujudnya kita disitu?  Dosa kita..tetap kita punya! Tiada wakil yang akan menggantikan kita untuk terima azab dunia dan akhirat. Jadi, carilah jalan terbaik untuk menghapus dosa, Tiada jalan pintas..Juga tidak mungkin boleh sedekahkan dosa.. Fikir-fikirkan..

Friday, March 22, 2013

PESANAN PADA DIRI

Pesanan untuk diri kita...
Amatlah merugikan jika difikirkan kerjaan dunia yang tidak menjurus kepada jalan Nya akan membawa kita di akhirat.. Lagi merugikan jika kita memikirkan kerjaan dunia ini boleh dibawa ke akhirat. 

Bermewah megahlah dengan kedudukan, pangkat dan harta yang kita ada..kepunyaan kita. Akan tetapi ambillah Seadanya dan gunalah  Sekadarnya saja atas kepunyaan kita itu. moga-moga kita bertakwa.

anNur muhasabah diri..

p/s: Pada yang tidak mengerti.. sila bertanya.

Tuesday, March 19, 2013

Kata hikmah seorang guru

Memetik kata-kata seorang ulama terkenal, Tuan guru Nik Aziz Nik Mat,

"Kejayaan hakiki ialah apabila kita berjaya memanfaatkan diri kita untuk kebaikan orang lain, dan yang paling bermakna jika kejayaan itu diiringi pula dengan kejayaan di akhirat." Tok guru.

Sunday, March 10, 2013

Aku Cinta padaMu.

#Satu hari nanti, aku jua akan pergi menemui ilahi.. tujuan hidupku sejak aku benar-benar mencintaiMu seluruh ragaku.. Lebih indah kematian bagi diri ini dari berada dibumi yang sesak dengan kemaksiatan dan juga kosong lohong menjunam jauh tanpa sempadan.

Namun begitu, Aku masih lagi bersyukur di dunia ini dapat bertemuMu setiap hari.. sedari jaga dari pertiduran nyenyak hingga bertemu kembali senja.. Tapi aku lebih merindu pada alam yang tiada kekacauan, dimana semua makhluk sibuk akan hal masing-masing, tiada peduli ambil pusing hal yang lain. Walau ku tahu azab yang maha hebat menantiku pada alam itu.. aku terima walau sayu hati atas rasa cintaKu, asal saja dapat aku bertemuMu.

Kadang kala aku rasa Kau sudah tidak mencintaiku lagi.. kenapa aku seperti dihalang? ataukah aku yang tidak redha?Tiada cacat cela padaMu melainkan itulah diriku, terimalah aku, ampunkan dosa-dosaku.. aku sunyi tanpa CintaMu.

Aku sebenarnya khuathir tidak dapat lagi menurut arahanMu. Rugi tidak dengar MarahMu. Sunyi tanpa ujianMu. Aku rindu untuk bertemu Mu. Indahnya pahit maung hidup dengan CintaMu. Aku ingin lebih lagi mengenali dan mencintai dan mengabdikan diri pada Mu..aku tiada bekalan yang hendak dibawa hadiah pertemuan kita kelak..dan aku juga tidak tahu adakah Kau akan menerima cinta kecilku..? Aku sememangnya rindu akan kematian itu tapi aku juga takut bagaimana penerimaanMu.

an-nur#

Saturday, March 2, 2013

Hakikat insan

Minggu ini an nur pergi kuliah untuk santapan rohani diri in i.Dalam kuliah tersebut tersentuh hati an nur bila mana perkataan hamba sejati kepada Allah.Memang banyak yang tersirat dalam erti memahami diri kepada Allah,di sini an nur ungkapkan kata-kata dari kitab tauhid yang dibincangkan.

Hendaklah kamu ketahui mati itu satu kepastian dari Allah,kerana kematian itu adalah pintu kepada jalan akhirat.Jadi apakah yang kamu telah sediakan untuk Allah jika kamu masih lagi membahagikan antara dunia dan akhirat,kamu masih lagi membezakan dalam amalan kamu kepada Allah,kamu mengatakan bahawa solat itu,puasa itu,haji itu hanya dilakukan dalam hidup untuk Allah,padahal keseluruhan hidup kamu hendaklah berbakti kepada Allah.Tetapi kamu alpakan.Duduklah kamu dalam solat,bermakna kamu harus mengingati Allah selalu.Bukan hanya selepas solat,maka mulalah kita menentukan hala tuju dengan kehendak kita,bahkan kelopak mata ini pun Allah jua yang menggerakkan,maka di mana kamu sebenarnya dalam suasana mengingati Allah?
Kamu tahu islam itu cahaya buat dirimu,tetapi kamu padamkan,kamu yakin iman itu dapat menolongmu,tetapi kamu buangkan,kamu yakin Allah segalanya,tetapi kamu memaksiati Allah.
Jadi di mana kamu yang sebenarnya dalam kehidupan menuju akhirat?



Tuesday, February 19, 2013

Syirik


SYIRIK BESAR & SYIRIK KECIL

1. Syirik dalam beribadah kepada Allah
Syirik iaitu menyamakan selain Allah dengan Allah dalam hal-hal yang merupakan kekhususan Allah, seperti berdoa kepada selain Allah, menyembelih kurban untuk selain Allah, seperti untuk jin atau kuburan, jembatan, rumah, atau lainnya.

Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.” (An-Nisaa’:48)

Ada ulama yang membagi syirik menjadi tiga, iaitu:
1. syirik akbar
2. syirik ashghar
3. syirik khafi.

Syirik besar boleh mengeluarkan pelakunya dari Islam dan menjadikan pelakunya kekal di dalam neraka, jika ia mati dalam keadaan membawa dosa syirik besar tersebut dan belum bertaubat.
Di antara yang termasuk syirik besar adalah penyembelihan kurban atau nazar untuk selain Allah, takut kepada orang yang mati, jin atau syaitan bahawa mereka boleh membahayakan dan memberi kesakitan atau mudharat.

Syirik besar :
· syirik doa(disamping berdoa kepada Allah juga berdoa kepada selainnya),
· syirik niat, keinginan dan tujuan (menunjukkan suatu bentuk ibadah kepada selain Allah),
· syirik ketaatan (mentaaati selain Allah dalam hal maksiat kepada Allah),
· syirik kecintaan (menyamakan selain Allah dengan Allah dalam hal kecintaan).

Syirik kecil tidak menjadikan pelakunya keluar dari Islam, tetapi mengurangi ketauhidan dan merupakan perantara kepada syirik besar.

Syirik kecil :
· syirik zhahir (nyata)
· syirik khafi (tersembunyi).

Syirik zhahir ini terdiri dari perkataan dan perbuatan. Contoh dari perkataan dalam ucapan “Kalau bukan karena aku atau karena si fulan”, adapun contoh yang berupa perbuatan misalnya memakai kalung atau benang sebagai pengusir atau penangkal mara bahaya atau namimah.
Apabila ia berkeyakinan bahwa hal itu sebagai perantara maka ia jatuh pada syirik kecil, namun apabila ia berkeyakin bahwa hal itu dapat menolak bahaya maka itu syirik besar.

Syirik khafi   yakni syirik dalam keinginan dan niat, seperti riya (ingin dipuji orang), sum’ah (ingin didengar orang).

Tuesday, February 12, 2013

Fitnah

Terasa pada hari ini, ingin saya membincangkan perihal fitnah. Kesinambungan kisah fasik yang pernah dikisahkan sebelum ini.
Bila bercakap hal fitnah ini, ia selalu melibatkan hal wanita..Namun tidak terlepas juga kaum lelaki. Fitnah bukan sahaja percakapan dari mulut ke mulut atau tuduhan tetapi ia juga satu keadaan yang menjurus kepada keburukan samada di dalam diri, kepada masyarakat, atau antara diri dan Allah juga dikatakan fitnah.

Kita bincangkan fitnah yang pertama. Apa tujuan fitnah? jawapannya mudah..
Pertama ingin khabarkan pada umum perihal kejahatan manusia, kedua menunjukkan kebaikan/kehebatan/pengetahuan diri yang tidak seberapa (ini selalu terjadi kepada mereka yang kehabisan modal bercerita/atau pada mereka yang tiadanya ilmu) jadi ada sajalah cerita yang di buat untuk menonjolkan diri dan sebab yang ketiga jarang orang selidik, iaitu ingin menutup kesalahan diri empunya pembawa cerita.

Jika dikaji fitnah boleh berlaku kerana ketakutan seseorang manusia itu kepada manusia lainnya, tidak kira sesiapa pun. atau lebih senang kerana tiada takutnya manusia itu kepada Allah swt. Kenapa dikatakan takut kepada manusia tidak kepada Allah?
Ini kerana kecetekan ilmu, kerana terdesak untuk mengejar pangkat dan harta dunia, kerana khuatir diri ditindas, kerana tidak mahu berbuat kebaikan dan supaya terlindung perihal diri dengan cerita dibawanya, maka terlupa lah orang sekeliling akan perihal dan siapa si pencanang. Tidakkah kesemua sebab ini disebabkan takutnya pencanang fitnah kepada manusia?

Inilah yang dikatakan saidina Ali r.a. jika datang satu berita kepadamu, kajilah siapakah si pembawa cerita itu, kemudian baru kaji pada berita yang dibawanya. Bermakna di sini apa yang kita perlu tahu sebelum menerima sesuatu berita? ya.. Siapakah si tukang karut cerita, tidak kisahlah samada cerita  yang dibawa sahih/ bohong. Bagaimana perlu dikaji? tanya pada diri, siapa pencerita? kenapa dicerita? apa tujuan? apa yang dicerita perlukah dikaji? Di sini ada 2 jawapan ya dan tidak. Ya! jika cerita yang dibawa memberi kebaikan kepada kita..contohnya" berhati-hatilah dengan si polan itu kerna dia selalu  mengajak orang melakukan maksiat, tidak solat dan sebagainya, "jadi boleh supaya kamu tidak menjadi kufur jika berbaik dengan si polan, juga boleh jika tujuan kamu ingin membantu si polan supaya berbalik pada Allah dan menariknya dari terus melakukan maksiat. Jawapan Tidak! jika cerita yng dibawa menyakitkan hati kamu sehingga mencetuskan pergaduhan dan cerita yang dibawa tiada langsung membawa manfaat, contohnya" berhati-hatilah dengan pak imam tu, dia selalu  ajak orang kemasjid,bahaya sebab dia boleh pengaruh orang ikut cakap dia supaya kita pakai tudung, sesat pak imam tu.. kadang-kadang dia boleh tahu, kalau-kalau dulu kita pernah mencuri,bahaya pak imam tu.."
Bagaimana cara fitnah di buat? pertama dengan mimik muka yang jahat iaitu tanpa selindung, kedua, dengan bahasa yang baik, suara perlahan, bersahaja supaya orang tidak perasan tujuan penceritaan dan ketiga mengadu domba tanpa ada apa tujuan, yakni meluahkan perasaan tanpa memikirkan akibat percakapan.. Setakat ini dahulu .. kita bincang lagi kemudian hari.

 Berkata Rasullullah, " Jika kamu berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya, bererti kamu mengumpatnya, tetapi jika kamu berkata perkara yang tidak berlaku pada dirinya, bererti kamu memfitnahnya."

Friday, February 1, 2013

Filem Sahara menghina Islam - di mana Hak Islam

Tergamak mereka mencipta filem yang bersangkutan akidah islam.
Filem sahara, memang mengelirukan penonton islam dan bukan islam. Hebat pegerakkan anti islam, sehingga melakukan yang menjatuhkan akidah umat islam, nilai freemason berjaya diserapkan oleh kuncu-kuncunya.
Jadi berbaliklah kepada jalan islam, jangan membikin filem yang sembarangan.
Islam tetap di julang bukan di hina, berlembut bukan untuk di pulas, bekeras bukan untuk dipatahkan, tunduk bukan untuk di pijak, AnNur menulis untuk menyatakan yang hak kepada Allah.

Dengarlah....

Inilah sedikit ulasan Annur dapat terjemahkan apabila mengikuti satu kuliah baru-baru ini, untuk dikongsikan bersama..
Apabila kamu mendengar nama Allah, sayunya hati sewaktu takbir raya, bertambahnya iman kamu bila mana kamu diserukan dengan laungan nama Allah, tetapi takutnya kamu pabila kamu berada dalam kubur.
Bermakna kita takut sewaktu berada dalam kubur, tetapi kita masih lupa dan lalai sewaktu hidup, ada yang terfikir bahawa berapa banyak ilmu dan amal yang ada, tetapi masih lagi tidak mampu mengubah jalan kehidupan akhirat, kenapa terjadi begitu?
Dalam kehidupan seharian kita, lima kali di panggil untuk mengadap yang maha Esa, semasa kecil di azan dan diqamatkan, kita diterjemahkan dengan kematian, kita pernah menghadirkan diri di suasana kuburan, kita pernah melihat pesuruh Allah iaitu malaikat maut mengambil nyawa dan roh di depan mata kita, tetapi di mana kita sebenarnya sewaktu Allah menunjukan pekara itu kepada kita?

Semoga kita beroleh sedikit iktibar untuk kebaikkan bersama.

Monday, January 28, 2013

Mencari Taqwa

Bagaimana kamu mencari taqwa? Adakah dengan melakukan 5 pekara?
Berapa ramai yang pergi haji tetapi tidak dapat kesempurnaan? Jutawan manusia mengerjakan puasa, adakah mendapat sesuatu dari puasanya? Adakah bertaqwa?

Tuesday, January 22, 2013

Nilailah..

Kalau kamu kata islam itu indah, kenapa kita cemari dengan cahaya dari bukan islam? Indahkah itu?

Kalau kamu kata islam itu suci, bagaimana dengan dirimu dan hatimu?

Kalau kamu kata islam itu benar, kenapa kamu banyak melakukan pekara yang tidak benar dalam hidup kamu?

Sebenarnya di manakah kamu sewaktu bicara soal islam, sedangkan kamu berkata kamu islam.

fikirlah untuk kebaikkan bersama.....

Kerana lisan

Sabda nabi yang berkata bahawa ada antara hamba Allah yang kerana lisannya (lidah) bercakap ia pada satu kebaikkan, maka Allah akan menaikan darjatnya.

Dan sebaliknya jika hal itu bukan ke jalan Allah, maka nerakalah tempatnya.
Ada manusia yang menjadi kafir atas lisannya, ada yang menjadi munafik atas katanya, ada yang menjadi hamba kebendaan atas lisan orang lain.
Jadi berhati-hatilah atas lisan yang ada pada kita.

Thursday, January 3, 2013

Poligami-antara suka atau tidak


KETANDUSAN IDEA... itu yang terjadi! seperti tiada bahan untuk bicara di sini..ilmu Allah terlalu Luas, namun masih lemahnya saya untuk berkata sepatah dari ilmuNYA. Dengan bantuan Allah, saya cuba perah sedikit dari selemah fikiran yang malas untuk digunakan..
Tiada upaya kita walaupun sekadar mengerlipkan mata tanpa gerakan dariNYA. Dengan nama Allah yang empunya jasad ini, saya memulakan bicara. POLIGAMI.

Topik hangat dikalangan wanita. Marah, meluat, benci juga sakit hati, tak puas hati, rendah diri.. semua perasaan begini akan terjadi pada banyak wanita bila saya cuba utarakan hal ini bagi mendengar pendapat.. ayuh!atas dasar ilmu, mari kita bersama-sama berkongsi bicara..
Tidak cukup nafkah, tidak ada keadilan, hanya kerana nafsu, tiada agama, kecemburuan isteri, isteri merasa rendah diri dan jauh hati, suami tiada memahami perasaan isteri yang terluka.. ini antara alasan tidak menyokong poligami! takut benar kita wahai wanita, bila kekasih hati dikongsi orang. Apakah masalah ini timbul kerana terlalu sayang?
Berbincang akan perasaan yang meruntun jiwa wanita tentang poligami tak akan ada penyudahnya, kerna nafsu tidak akan luak bila hati tak pernah basuh. Juga, permasalahan suami tidak layak berkahwin atas pelbagai alasan yang munasabah pada akal, segala akan benar belaka. 

Rasa terpanggil menyatakan hak Allah walaupun diri belum layak memperkatakan hal yang 'tiada pada Tempat Kejadian'. Namun yang pasti tiada masalah jika takdir Allah mendatangi, asal saja ia datang dengan tulus dari Maha Esa tanpa sandaran makhlukNya.

Sedarkah saya? juga sedarkah para wanita budiman apa yang kita tak suka bicarakan ini adalah hukum Allah? Tidak layak untukmu wahai wanita berkata SETUJU atau TIDAK bila amanah Allah sudah diperintahkan..Kerna nikmat Kasih Sayang Allah yang dipinjamkan sedikit pada kita sudah membuat kita lupa. Tak malukah kita pada Allah mengaku pada yang bukan hak kekal kita? kita hanya menumpang sesama sendiri berkongsi nikmat kasih yang Allah kurniakan.. 

Lupakah kalian disaat mula Allah tumbuhkan rasa cintaNYa dihati kalian kepada suami...? Membuak-buak rasa cinta, sakit yang entah di mana sakitnya bila rasa tidak dapat diluahkan, indahnya rasa itu seperti "dunia ana yang punya", kadang kala seperti tidak boleh duduk dibuatnya.. 
"Alhamdulillah, inilah jodoh dari Allah padaku," kata kita. Merayu-rayu kita mohon moga kasih sayang bersama suami kekal dan bahagia dengan limpahan rahmat Allah. Setelah di pinang, kemudian kita di ijab qabul berasaskan hukum syariat dengan penyaksian Allah Taala.. Namun sayangnya, bila dah dapat bersama, kita lupa di celahan mana di sudut rumahtangga kita, hendak letak Allah. Di hiasan dinding mungkin?

Anak, suami sekadar pinjaman sementara hidup di dunia ini wahai ibu-ibu sekalian..kita berbalik ke tujuan asal hidup dibumi ini? janji tatkala menjadi isteri? saya yakin pasti semua antara kita mohon doa yang sama..kita memohon pada Allah agar dijodohkan seorang suami sebagai pembimbing ke jalan Allah..

Sayang..kita mungkir janji setelah bersatu bilik, Kita bohong pada Allah! Bila Allah cuba menaik taraf sedikit iman kita, kita tolak, kita kata Allah kejam, kita kata Allah tak faham perasaan kita, suami kita gatal, perempuan dasar perampas suami orang, suami gaji kecik daripada kita.. Malah lebih menyedihkan lagi, kita kata jodoh ditangan kita, boleh dikawal.
Bukan kah itu semua tuntutan nafsu haiwainiah kita, langsung tidak nampak jalan Allah yang terbuka di situ. Bila banyak menggunakan nafsu, lagi banyak kita berdusta..kita jadikan Allah sebagai batu loncatan memenuhi nafsu kita..

Betul! tidak salah menyalurkan nafsu lagi pula halal bagi kita sebagai isteri juga sebagai manusia, kita bukan malaikat!
Jangan kita menggunakan hukum bedasarkan nafsu kita tapi gunakan nafsu berlandaskan hukum Allah.
Berhakkah kita para isteri ada rasa cemburu pada suami? Cemburu kan tanda sayang, Saidatina Aisyah r.a. juga punya rasa cemburu apatah lagi kita, bukan?
Betul tak salah, isteri-isteri nabi juga cemburu..perbandingan yang tidak salah. Namun, sekali lagi kita berpura-pura,  Inilah yang saya katakan, bila kena dengan kehendak kita, kita guna tanpa segan silu.. bila Allah menyatakan Hak-Nya ke atas suami, dengan lantangnya juga kita marah tanpa malu.. Dimana rasa syukur kalian? Banyak sudah kalian guna nikmat dan hak Allah, guna udara tanpa bayar, guna perasaan cintanNya tanpa sedar. 

Sahabat sekalian, nyawa kita di tangan Allah, namun Allah sekadar membiar dan melihat kita memperkudakan jasad kita sewenang-wenangnya tanpa sedikit pun amaran juga bayaran. Allah juga punya sifat Marah jika seringkali hukumnya dipermainkan!

Usahlah ditentang jika tidak mampu menerima.. Berdiam diri adalah lebih baik jika kalian tidak mampu menerima poligami. Cukup sekadar memahami indahnya sesebuah keluarga islam itu, sementara Allah mengangkat darjat kita ke tahap yang lebih baik. 

Kefahaman akan suatu hukum juga adalah dengan hidayah Allah, Ada orang faham sedikit, ada orang faham banyak. Kefahaman dan penerimaan adalah dua perkara yang berbeza. Bila faham belum tentu menerima, Bila menerima sudah tentu faham. Sesudah menerima kita perlu belajar agar redha.

Awas! pembaca budiman, hukum Allah itu lagi banyak ditentang lagi akan mendatang.. bukan menakutkan kalian tapilah itulah cara Allah mentarbiah kalian supaya memahami dan melatih kalian agar lebih dekat padaNYA..

Pada permasalahan suami yang dikhuatiri tidak mampu menunaikan hukum Allah dengan baik didalam poligami, juga jelas TIDAK MAMPU namun keras mempertahankan hak berpoligami..Apa peranan isteri?. Inilah adalah masalah kurangnya agama dalam mengemudi sebuah bahteranya.. dan wajib baginya menyemak keperluan poligami bagi atas dasar Jodoh dari Allah, atau Jodoh dari Syaitan. Namun tidak berhak juga bagi si isteri mengatakan tidak melainkan hanya berbincang dan meminta nasihat pihak ketiga, yakni ibu bapa kedua belah pihak seterusnya pada yang arif hal hukum. Tidak mampu bukanlah satu istilah kewangan, ini berbalik kepada kurangnya agama dalam mengadili rumah-rumah tangga. Justeru, bagaimana mungkin Allah akan redha dan merahmati keluarga poligami tersebut?
Hukum Allah tidak pernah mencacatkan kehidupan manusia. Islam itu tetap Indah. Kita yang tidak berusaha mengikut sistem Allah. Maka, bila di " audit ", banyaklah Observation dan "NCR" nya.

Kesimpulan, usah khuatir pada yang tidak mampu baik dari segi nafkah mahupun keadilan, Allah bukan kejam, Allah hanya akan buka ruang berpoligami pada mereka yang berupaya.. jika ada jalan ke arah itu bermakna kedua pasangan itu baik suami atau isteri itu adalah mampu dan bersedia.. Hanya perlu suami dan isteri menyediakan PERASAAN untuk menerima keadaan baru. Sebaliknya jika ada penolakan dari kita, itulah Nafsu kita yang tak pernah puas. Allah tak pernah gagal dalam setiap perencanaanNYA. Carilah cinta Allah, pasti kalian rasa seperti tidak sempat menyemai kasih melayani suami. Perasaan ingin membolot sorang-sorang" , adalah kerna sayang kita sudah bercampur dengan nafsu yang tiada penyaksian Allah.

Jodoh, Rezki dan Ajal adalah 3 perkara yang menjadi HAK ALLAH. Jangan cuba untuk mengambil alih tanggungjawab Allah. Apa mungkin kalian boleh menolak tatkala ajal mendatang? jika boleh silakan mengambil alih tugas.

p/s bersama-sama kita mendidik jiwa.. (anNur)